CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, July 29, 2011

Makan-makan @ Studio

Buat julung kalinya, kelas Basic Design 2 mengadakan sedikit jamuan makan tengahari di dalam kelas. Entah dibenarkan ke tidak, yang pasti sambil kami makan tu ada je mata-mata yang memandang serta menjenguk ke dalam studio. Kami membuat jamuan ini sebab nak merasa ikan yang ditangkap oleh para pelajar semester 2 diploma senibina ketika aktiviti menggagau di Homestay Sg, Hj. Dorani. Keseluruhan jumlah ikan yang ditangkap adalah 17 ekor. Disiang dan dimasak goreng bercili oleh tukang masak kami, si Syamil Ikram. Pada mereka yang tidak dapat menyertai lawatan tapak dan membuat analisa tapak tempohari, ditugaskan untuk menyediakan air dan membeli nasi di kafe memandangkan nasi yang dibawa oleh pensyarah mereka nie tidak cukup. Antara menu lain ialah, sayur campur, ulam-ulaman lebihan 'potluck' semalam, sambal kicap, dan tempe goreng..Si Faisal pula menyediakan 2 bekas bihun goreng yang sangat sedap. Nenek dia yang masak katanya. Apapun, tiada gambar semasa jamuan tersebut berkangsung memandangkan masing2 tidak membawa kamera. Tambahan pula memang perut dah lapar, jadinya terus menyerbu bila disuruh makan....

Gambar-gambar di bawah adalah antara aktiviti yang kami jalankan di sana...




Lawatan ke kilang Nata de Coco. Nampak menyelerakan.....


Mewarna batik


Nak mencuba jugak walaupun dah banyak kali buat sebelum nie..


Anak-anak pun turut mencuba


BBQ




Melawat 'Homestay Unit' berdekatan rumah pengerusi Homestay Sg. Hj. Dorani



Menumbuk padi



Mengagau




Mandi di kali rambutnya basah





Acara wajib: bergambar beramai-ramai



p/s: Lepas raya nanti, nak buat makan-makan lagi.

Tuesday, July 19, 2011

Fuhhhhh.....

Alamak.....lama sungguh tak menulis di sini...dek ketiadaan 'blogspot' di pejabat. Faham-faham ajelah yea... Tambahan pula 'wireless' pun tengah mereng sekarang nie...

Tak tahu nak mula di mana.

Banyak yang dah tertinggal untuk diceritakan.....Hari Lahir Airiel di bulan 5 dan Perkahwinan kak Muna di bulan 6.



p/s: Harap selepas nie rajin kembali menjenguk ke alam nie......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...