CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Warehouse Sale. Show all posts
Showing posts with label Warehouse Sale. Show all posts

Saturday, December 29, 2012

Mattel Sales


Actually saya terpandangkan poster ni masa baca paper kat opis .... Budget memang nak pergi..tapi dia buat hari bekerja pulak... Weekend cuma hari Sabtu..Ikutkan planner dah dibooked oleh Hari Orentasi Darjah Satu .... Tapi setelah berdiskusi dengan Cik Abang sayang, maka kitorang plan nak pergi lepas urusan pendaftaran dan taklimat selesai. So, plan kami ; SEKOLAH --> MATTEL SALES ---> HANTAR ABANG PERGI OPIS ---> BALIK RUMAH.
 
Pagi tu Airiel kami hantar ke rumah bekas pengasuhnya dulu, kunun2 nak lepaskan rindu la...Padahal biar senang bergerak. Haahaaahaaa...Jujur tak?? Urusan kat sekolah pula tak lama mana sebab Guru Besar ada hal...Tapi cecah tengahri la jugak... Habis je, terus cabut dengan membawa Naurah yang masih lengkap berpakaian seragam sekolah yang ada bau kedai lagi tu... (Tapi dah basuh yer...)

Sampai je kat SSTwo, kami terus ke lokasi seperti yang tertera kat dalam iklan surat khabar tu...Dalam perjalanan dari parking ke Tingkat 2, memang kami berselisih dengan ramai orang yang membawa bungkusan Mattel..besar-besar pulak tu...Haishh...Geram dah ni... Murah sangat ke??  Niat di hati nak cari Hotwheels Airiel dan Barbie Naurah....

Masuk2 je....agak kecewa sebab nampak macam dah tak banyak yang boleh dibeli...sebab kawasan sebesar tu dah kosong sebahagiannya...Maklumlah...kitorang pergi pun dah hari yang terakhir....Seperti biasa, benda first wajib ambik ialah kotak...Naurah pun pegang satu kotak.. Kami berpecah untuk mencari barang masing-masing.

Memang murah semua mainan...Siap ada 'Buy 1 free 1' lagi.... So mari kiat tenagok apa yang kami pilih & beli..

Hotwheels untuk Airiel. Ni je yang tinggal... :(
Dah lama Naurah nak yang ni...(Sorry, gambar blurrr....)

Hasil tangkapan...huhu....
Lepas hantar Abang sayang ke opis, kami pun pulang ke rumah. Sampai je rumah terus bagitau kakak dengan excitednya...Dah dia pun nak soh belikan untuk anak2 dia pulak...  Tengok jam macam sempat, lagipun Airiel xde... Telefon Abang mintak kebenaran nak pergi lagi...Dia bagi Green Light, terus pecut ke SSTwo Mall lagi...

Gambar kat bawah ni yang orang kirim pulak yer.... termasuklah member opis Abang  sebab dia pun dah jaja cerita. Siap kirim Barbie lagi untuk anak perempuan dia...
Untuk anak2 buah
Pesanan Alan...Adult Collection


Raniah punye...







Naurah sampai tak sabar la nak suruh jemput Airiel dari rumah pengasuh dia. Sibuk dia nak bukak mainan si adik. 

n
Muka excited: Sorang pegang Barbie, sorang pegang Batman
Letih bermain permainan baru....
 p/s: Lain kali kena alert Warehouse macam ni...huhu... Berbaloi-baloi...

Saturday, October 15, 2011

Books Warehouse Sale: Big Bad Wolf

Hari ni, selepas habis kerja lapangan di Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong, kami keluar ke MAEPS untuk ke pameran buku terbesar 'Big Bad Wolf'. Tak banyak buku ynag kami borong walaupun kami ada di sana selama 3 jam lebih. Kenapa ye?? Sebabnya, awal bulan ni, kami banyak membeli di Jualan Gudang MPH di Petaling Jaya. Di sana banyak juga buku yang kami beli.



Kami berpendapat, harga buku-buku di sini biasa-biasa je sebabnya masa MPH Book Sale aritue dapat buku kulit tebal harag RM2..kat sini palaing murah RM3. Itupun susah nak dapat. Kulit tebal paling murah pun RM6. Tapi kira OKla...berduyun-duyun juga orang yang datang sampaikan nak masuk pun kena beratur.


Ramai yang berkunjung ke sini





Skuad Perodua ERA pun sempat ke sini





Anak-anak dah keletihan (tengah pilih tapis buku)





Jadi, apa yang kami beli di MAEPS ??





Buku aktiviti untuk anak2
Buku untuk bacaan Airiel Ini pula buku untuk Mama.

Ikutkan ada lagi buku nak dibeli. tapi tapis punya tapis, tinggal 2 nie aje yang di beli. Yang warna ungu tu, kotak untuk buku 'Garden Mania'. Buku Papa tak dapat diambil gambar sebab Papa dah bawa naik atas untuk di baca.


Itu yang dibeli di MAEPS. Di Jualan gudang MPH pada 2 Oktober yang lalu kami beli.....

Pilihan Naurah



Pilihan Airiel



Pilihan Mama



Pilihan Papa

p/s: Membaca Amalan Mulia

Saturday, December 4, 2010

Dewan serbaguna Taman Ehsan, Sime Darby Convention Centre & Plaza Low Yat

N3 kali ni kisah yang berlaku semalam dan hari ini.

Semalam kami pergi ke Dewan Serbaguna Taman Ehsan sempena Jualan Gudang Hytex. Tak banyak memborong, setakat 2 pasang baju untuk Airiel, 2 helai baju untuk Naurah berserta sehelai topi ada gambar Minnie Mouse.



Petangnya pula, bersama Kak Aida dan Ayie, kami pergi ke Sime Darby Convention Centre sebab ada penyampaian hadiah untuk Green Affordable Residential Challenge 2010.
Pemenangnya adalah pelajar dari UiTM Shah Alam. Konsep yang digunakan sangat menarik dan kreatif. Beliau menggunakan "container" sebagai konsep utama. Sila lihat hasil kerjanya di bawah.




Kemudian, sessi minum petang. Tapi dah macam makan malam pulak.


Sebelum kami balik ke SD, kami sempat melawat ke bahagian 'Roof Top' yang masih lagi dalam proses-proses akhir pembinaan.


Hari ni pulak, sepatutnya ada Acara meraikan para pelajar FABE di Pavilion Taman Tasik Metropolitan, Kepong. Oleh kerana kami sampai situ pun dah pukul 4.20 ptg. Maka, tak sempatlah jawabnya. Jumpa esok ajelah kat Matrade ye. Jadi, apa yang disibukkan sangat tu?? Haaa...hari ni pagi-pagi lagi selepas je semua bersarapan, kami sekeluarga pergi ke Plaza Low Yat untuk menghantar laptop Cik Ainur yang mengalami kerosakkan. Sementara menunggu ianya diperbaiki, ada beberapa aktiviti yang kami sertai sempema promosi TM di bahagian Ground floor. Antaranya, "Boxes Puzzle", kutip gula-gula, bergambar bersama Adam AF2 dan menari dengan belon. Untuk acara pertama, Mama dan Papa bertanding sesama sendiri dan pemenangnya Mamalah...Dapatlah "Goodie bag" dari TM. NAuarh pulak naik pentas untuk menari bebas dengan belon. Tapi bila kena duduk atas belon dia menangis pula, sebab dia kata susah nak buat. Maka, pakcik badut pun bawaklah dia turun dari pentas. Airiel pula, sempat bergambar bersama Adam. Siap dukung lagi. Cik Ainur tak sempat nak ambil gambar dengan Adam sebab dia tengah tunggu laptop dia siap.

Mama dan Papa sedang menyusun.


Airiel dan Adam AF2


Naurah menari dengan belon.


Kami keluar dari situ jam 3.45ptg sebab tunggu Upin dan Ipin tak muncul-muncul. Lagipun anak-anak dah nampak keletihan.



p/s: Gambar terakhir tue, anak-anak tengah tengok cerita guna projector,di kedai sebelah tempat cik Ainur hantar laptop dia diservis.

Saturday, May 1, 2010

Bata Branded Ware House Sale


Aktiviti pagi dimulakan dengan memasak sarapan untuk seisi keluarga. Sarapan berupa pasta fettunice goreng + roti goreng salut telur + teh tarik....Yummy.... Kemudian sekeluarga bersiap untuk ke Menara Mustapha Kamal @ Damansara Perdana sebab nak pergi ke Bata Branded Warehouse Sale dengan niat nak membeli kasut. Boleh tahan murah lah jugak kasut2 kat sana..Memborong sakan. Antara sebab lagi nak belikan kasut sukan Naurah untuk dipakai masa Hari Sukan IIUM Educare pada 15 Mei nanti. Oleh kerana tak ada saiz untuk kasut yang dia minat, akhirnya kami belikan dia kasut sekolah 'B. first'. Seperti biasa, dia kata nanti kasut tue nak pakai pergi sekolah kerajaan...Ha..ha......
Teka apa ada dlm nie??


Ini lah yang kami dapat...he..he..
Untuk mama, daripada aim 2 pasang (dari rumah kata nak beli 2 pasang jek..) , sudahnya ambil sampai 4 pasang. Itupun, ada 2 pasang lagi target nak beli..Itupun kalau sempat pergi lagi..(takpe2 Sale sampai esok ). Sepasang Maire Claire (RM30), Sepasang lagi bata kaler merah menyala (RM 1).


RM15.00


RM5.00


RM 10.00
RM 20.00

Ainur sempat rembat 2 pasang untuk dia...Prima Viera RM5.00 (apsal lah aku tak nampak kasut tue dulu) and Bata biru RM 1..Airiel ngan Papa jek yang tak beli coz takde yang berkenan di hati. Lagipun susah gie jualan gudang bawak budak2 nie..

p/s: rasa macam nak pergi lagi jek jap lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...