CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, January 28, 2011

Yang ditunggu sudah tiba

Hari Selasa yang lalu, rakan sekerja memberitahu ada satu bungkusan untuk ku yang diletakkan di atas meja. Alangkah riangnya rasa di hati melihat bungkusan yang selama ni ditunggu-tunggu dah tiba. Bila melihat tarikh pengiriman dibuat, punyalah terkejut sebab ianya tertulis 11 September 2010. Rupa-rupanya dah lama dah benda ni sampai di sini, tapi tak sampai pada penerima sepatutnya. Sudah melebihi 4 bulan.

Jadi, apa yang ada di dalam bungkusan tersebut?



Jeng jeng jeng......



Hadiah Hari Jadi untuk Airiel daripada Drypers.. Senang sahaja nak dapatkan hadiah ni, cuma perlu isi borang penebusan hadiah beserta 6 keping barkod Drypers pek besar. Hadiahnya berupa:
- Satu tabung kucing
- Satu bingaki gambar
- Dua pek Drypers Drypantz (3 keping)
- Kad
- Borang Kaji selidik

Seronok Airiel dan Naurah buka bungkusan tersebut. Ini bukanlah kali pertama kami mendapat hadiah daripada Drypers. Selum ini pun banyak barangan yang kami pernah dapat. Antaranya, t-shirt super Drypers, t-shirt Drypantz,tuala, bola, bingkai gambar kertas, Baby Milestones files, beg sandang dan macam-macam lagi. Kami juga ada menerima risalah keibubapaan dan program Timang-timang Si Manja Drypers.
Kami memang pengguna tetap Drypers memandangkan anak-anak kami yang tidak sesuai memakai lampin pakai buang jenis lain.

p/s: Airiel terus minta duit syiling nak isi dalam tabung baru dia....

Tuesday, January 25, 2011

Siaran Tertangguh: Trip to PD

Ahamdulillah...Malam tadi merupakan malam yang tidur ku tidak diganggu mimpi2 berkenaaan dengan air. Ini adalah berkat doa semua ahli keluarga dan rakan-rakan sekalian. Jadinya bersemangat lah sikit untuk memasukkan N3 yang tertangguh gara-gara kemalangan yang berlaku baru-baru ini.

N3 kali ini menceritakan tentang rombongan Cik Abang sayang bersama-sama para pelajar Studio 4 ke Port Dickson. Kali ni kami menginap di Blue Lagoon Resort. Kami bertolak pada hari Jumaat 7hb Januari 2011 betul2 selepas kelas habis dan tiba di sana jam 8 malam. Setibanya kami di sana kami terus berjumpa dengan para pelajar yang telah tiba terlebih dahulu pada 5.30ptg. Seterusnya, kami pergi ke D'jimat Seafood untuk makan malam. Setelah kenyang perut, kami pergi ke tapak pesta (Fun Fair) yang terletak berhampiran dengan tempat makan kami.




Keesokkan harinya, aktiviti seharian kami bermula pagi sehingga ke malam berlangsung di tepi pantai. Aktiviti pertama kami adalah pertandingan membina istana pasir. Kemudian kami menyaksikan pertandingan yang agak lucu iaitu A.E.I.O.U tembikai. Dalam acara ini, para pelajar dikehendaki makan tembikai dan mereka hendaklah menjadi patung apabila diarahkan berhenti. Habis berjujuran air tembikai apabila disuruh berhenti. Kemudian, kami anak beranak pergi meneruskan acara mandi-manda di kolam renang kondo, manakala para pelajar pergi menaiki 'Banana Boat'.



Oleh kerana cik abang sayang belum sihat sepenuhnya, maka pada petangnya, kami hnaya duduk di dalam bilik memandangkan keadaan Abang sayang yang dah tak boleh bangun. Pada sebelah malam, barulah kami ke tepi pantai untuk menikmati makan malam yang berupa ayam panggang yang dimasak menggunakan set B.bQ yang dihadiahkan oleh Kayla, Caoi, Noe dan safeer sempena perkahwinan kami hampir 6 tahun yang lalu.


Pada pagi Ahad, kami meneruskan aktiviti mandi-manda di kolam renang dan para pelajar pula pergi berkayak sebelum kami semua berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Sebelum sampai ke rumah, kami singgah ke One Utama untuk menikmati makan tengahari dan membeli barangna keperluan ku di Watson.



p/s: Inilah percutian kami yang terakhir menaiki Gen 2...isk..isk....

Wednesday, January 19, 2011

Cerita Sedih di awal tahun 2011

Salam......
N3 kedua untuk tahun nie merupakan berita-berita sedih saja....Ada cerita percutian ke PD, tapi nampaknya terpaksa ditangguhkan dulu untuk memberi laluan cerita sadis kami sekeluarga.

Hari nie genap seminggu kejadian yang agak payah dilupakan. Sampai ke malam tadi masih termimpi-mimpi benda yang sama. Kisah bermula pada pagi 12 Januari 2011, di mana kami sekeluarga mendapat berita pakcik ipar kami, Cik Wan yang menetap di Pasir Puteh, Kelantan meninggal dunia akibat masalah paru-paru. Agak terkejut juga sebab sepanjang hayatnya, arwah seorang yang sihat dan tidak pernah mempunyai apa-apa penyakit kronik. Cuma sebelum arwah meninggal, dia dikatakan demam selama sebulan, dan dalam masa seminggu berat badannya turun sebanyak 7 kilo. Sehari sebelumnya, arwah pengsan di sekolah ( arwah merupakan seorang guru) dan apabila di bawa ke hospital, doktor mengatakan bahawa paru-parunya sudah tidak boleh berfungsi. Arwah meninggal dunia jam 3.20 pg.

Pada pagi yang sama, mak memberitahu kami, makcik kami (kakak abah) pula masuk Hospital Tangkak dan keadaannya kritikal. Disebabkan telah berjanji dengan Ain untuk menggantikan dia menjaga "Re-Sit Examination" maka kami tetap datang kerja seperti biasa dan akan pulang ke kampung apabila selesai menjaga peperiksaan tersebut. Kebetulan pula hari itu memang tiada kelas dan Abang sayang pula mengajar pada waktu pagi sahaja. Kami berangkat pulang ke kampung jam 1.00 tengahari. Oleh kerana lapar, kami singgah di perhentian sebalah Senawang untuk mengalas perut. Setibanya kami di Ayer Keroh, kami mendapat panggilan bahawa makcik kami telah meninggal dunia. Ya Allah! Lagi 1/2 jam sahaja untuk kami tiba di Hospital Tangkak. Sampai sahaja di hospital, arwah Wak Bibit masih lagi di atas katil. Sehinggalah pihak hospital datang untuk memandikan dan mengapankan jenazah barulah kami pulang ke kampung sambil membawa Atok Odah sekali. Atok kelihatan cukup lesu, dan kami mengambil peluang membawa atok balik supaya dia dapat berehat walau sebentar cuma. Apa yang tambah menyedihkan ialah, adik-beradik abah kini semua dalam perjalanan ke Pasir Puteh untuk menziarahi keluarga cik Nanuk. Ketika itu mereka berada di Setiu. Maka, mereka meneruskan perjalanan ke Kelantan dan pulang semula ke Johor pada hari yang sama.

Arwah wak Bibit (Hajah Khomariah binti Khalid) dikebumikan jam 10 pagi. Selesai upacara pengebumian, kami singgah ke rumah Arwah untuk memaklumkan kepada mak yang kami akan balik selepas zuhur. Naurah pula tidak mahu mengikut kami balik kerana dia hendak bersama dengan sepupunya yang lain. Selepas bersalaman dengan semua saudara mara yang hadir kami pun meminta diri untuk balik ke rumah. Lagi pun kesian abah berseorangan setelah ditinggalkan selama 3 jam.

Dari sini cerita kami bermula. Tinggal beberapa saat lagi untuk kami sampai di halaman rumah, tiba-tiba kami dilanggar oleh sebuah Hilux saat kami membelok masuk ke jambatan rumah. Saat kereta menjunam ke dalam parit tu memang tak dapat dilupakan. Keadaan masa tu menjadi gelap-gelita. Semasa air memasuki kereta, tanganku memegang Airiel dengan kuat. Tetapi semasa mula tertelan air dan tersedut air parit tersebut, hati sentiasa mengucap dan tangan telah melepaskan Airiel secara perlahan-lahan. Sebetulnya, aku telah berputus asa ketika itu. Tiba-tiba, pintu kereta terbuka sedikit. Rupa-rupanya ada orang datang membantu. alhamdulillah, dapatlah bernafas. Hanya laungan Allahu Akhbar yang keluar dari mulut ini. Oleh kerena, pintu tersekat dalam lumpur, maka mereka terpaksa mengumpil pintu tersebut dengan besi dan pintu dapat dibuka luas. Tapi satu lagi masalah timbul, badan tersekat oleh tali pinggang kaledar. Oleh kerana tak dapat melepaskan diri dari tali pinggang tersebut, kami menjerit meminta gunting. Kebetulan pula salah seorang yang berhenti di tepi jalan, membawa gunting dalam kenderaannya. Akhirnya, aku dapat diselamatkan dan dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans. Selesai urusan di Kecemasan, aku ditahan di Wad manakala Abang sayang dan Airiel dibenarkan pulang.

Itu cerita belah aku. Cerita sebelah suami pula, semasa air mula masuk dalam kereta, dia terus keluar melalui pintu belakang. Kemudian, dia mengambil Airiel yang sudah pun tenggelam dan cuba menarikku keluar tetapi tidak berjaya. Maka dia pusing ke sebelah dan melihat aku sedang diselamatkan. Sebenarnya, dia pun tak dapat mengingati detik-detik bagaimana dia boleh menanggalkan tali pinggang kaledar dan seterusnya keluar melalui pintu belakang dengan keadaan kereta yang dah terbalik!. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa dan nasib baik orang yang melanggar tue berhenti untuk menolong kami. Kalau tidak, rasanya takde orang perasaan yang ada kereta telah terjunam terbalik di dalam parit tersebut.






Lihatlah gambar-gambar di atas kesan akibat dilanggar oleh Hilux. Mengikut cerita orang kampung, pemandunya hampir dibelasah orang ramai. Nasib baik polis datang cepat. Andaian orang, pemandu terbabit tidak perasaan ada kereta mahu membelok sebab dia tengah menggunakan telefon bimbit. Boleh dia kata dia tak bawak laju. Kalau tak laju takdenya kami terbalik jath dalam parit. Kami akan membuat tuntutan insurans terhadap kecederaan dan trauma ynag terpaksa kami hadapi.

17 Januari 2011, kami merancang untuk balik ke KL. Jam 7 pagi kami dikejutkan berita makcik, pakcik dan sepupu kami pula terlibat dalam kemalangan semasa hendak menghantar anaknya melapor diri di Peladang, Johor Bharu. Kemalangan berlaku di Panchur. mengikut cerita, Toyota Camry yang dipandu oleh sepupuku Azlan, telah melanggar tiang elektrik sehingga patah dan seterusnya melanggar pokok mangggis lalu menghempap bahagian hadapan kereta berkenaan. ianya berlaku disebabkan hendak mengelakkan seorang penunggang basikal yang tiba-tiba ke tengah jalan raya. Akibat daripada itu, pakicik ku patah gigi dan koyak bibir, manakala makcikku Bik Juk patah di pergelangan tangan kiri.

Kami balik ke KL selepas melawat Bik Juk di Wad 6 tempat aku di rawat kelmarin . Kami selamat tiba di rumah jam 9.30 mlm. Naurah pula demam panas, diikuti Airiel semalam dan hari nie. Cerita sedih bertambah apabila Pika pula gagal memasuki KPLI.... :(

p/s: Trauma masih belum hilang, asal tidur je mesti mimpi terjatuh dalam air.

Tuesday, January 4, 2011

Tahun Baru 2011

01.01.2011
Aktiviti pertama kami sekeluarga pada tahun ini ialah menghadiri kenduri di rumah kawan abang sayang di Kuarters Kerajaan Jalan Duta. Kebetulan pula memang kenal dengan mereka sekeluarga masa lawatan ke Chiang Mai tahun lepas. Mereka pergi satu keluarga, kami pergi berbulan madu berdua. Jadi, kali ni dapatlah memperkenalkan kepada mereka anak-anak kami pula.

Kenduri diadakan selepas zuhur. Maka, kami pun bertolak dari rumah lepas solat. Sampai je sana, orang tengah baca doa. Dah habis baca Yaasin la tu. Masuk je rumah, lagi la terkejut! Belon-belon berwarna-warni bergantungan. Ada majlis sambutan hari jadi rupanya. Kami tak tahu pun, maka tak bawa hadiah la. Makanan pun sedap-sedap belaka. Yang penting ada kurma kambing + ayam masak merah. Kek pun sampai 3 jenis. Puas anak-anak makan.




Balik daripada rumah Mat, kami terus ke Tesco untuk beli barangan dapur yang hampir kehabisan.

p/s: Kenyang perut senang hati.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...