CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, April 29, 2011

Kereta Baru

Sudah lama tak mengemaskini blog nie. Jadinya, nak mula dari mana yek....??
Banyak benar benda yang terjadi sepanjang 1/2 April terakhir nie....

Wednesday, April 13, 2011

Me Turns to 31


Pagi-pagi lagi Mr. Hubby dah tanya nak apa 'birthday ' kali ni.... Jawabnya tidak tapi tersenyum je... bak kata kak Jua, bagus2...isteri yang baik... Sejujurnya memang tak tahu nak apa kali ini... Bak kata akak, laptop dah ada, telefon pun dah baru....tapi masa N3 nie ditulis tetiba teringin nak tukar rim Viva tu pulak..padahal ari dah bagitau nak kumpul duit sendiri...bukan setakat nak tukar rim, tapi nak tukar tayar sekali..hu..hu..cakap dalam hati aje lah...


Seperti biasa, orang akan tanya, dapat apa?? Dapat apa yer.. kali ni dapat 'teddy bear' buat kali yang ke-2 dalam masa 10 tahun. Pertama kali dulu, Abang sayang bagi masa mula-mula 'declare'. Caranya, dia letak kat belakang bonet. berpura-pura suruh letak payung kat bonet belakang, bukak je bonet, ada teddy tengah duduk dengan comelnya...... Setiap kali dapat hadiah daripada dia tak pernah sekali pun dia bagi berhadapan. Kali ini dia letak kat tempat letak baju kami....Tetiba je masa nak mandi, nampak Cik Tedi elok terduduk di rak yang paling atas....Oleh kerana kali ini dapat masa dah ada anak, makanya harus di bawa ke pejabat nie... Sayang beb....Walaupun kecil yang penting dari seseorang yang amat istimewa. Oleh kerana dah tahu cara si dia memang macam nie, maka setiap kali tiba hari-hari penting kami, pasti akan meninjau ke sana-sini dan pastinya tak pernah kecewa..ha..ha...Macam main sorok-sorok pulak ek..


Comel kan...siap pegang jelly beans hijau lagi...my fav colour...



Petikan daripada kad ucapan dari si dia...Ah...Suke...suke...


Isi dalam pula...saje je 'share'....sharing is caring...


Selepas maghrib kami menuju ke The Curve untuk makan di Kenny Rogers' dan kemudiannya ke MPH untuk membelek buku. Naurah memilih buku " The Enormous Turnip" dan Airiel memilih " Braking Brewster" untuk dibeli.


OK, itu cerita selepas balik kerja. Sebenarnya sepanjang siang tadi sibuk dengan beberapa urusan. Antaranya mencetak contoh kertas soalan dan skema jawapan untuk peperiksaan hujung semester yang akan tiba 2 minggu sahaja lagi. Kemudian, mencuri masa ke Mydin bersama Achah dan Linda untuk membeli air mineral terutamanya dan beberapa barang sampingan lain yang melebihi harga air... Ha..ha...biasalah kan... Yang penting masa cukup-cukup sahaja. Pastu, sampai di pejabat, Achah terus ke kelas dan aku ke tempat fotokopi untuk membuat salinan kertas peperiksaan yang dicetak tadi. Kami makan tengahri di cafe bawah sahaja sementara menunggu para pelajar berkumpul untuk ke Taman Tasik Manjalara sempena 'Stamina Time Trial' yang akan diadakan pada jam 2 ptg. Setelah sekian lama tak berjoging, berjaya juga menghabiskan larian. Tak sia-sia usaha menaiki tangga ke tingkat 4 blok F dan ke tingkat 5 blok E akhir-akhir nie. Tak la pancit....he..he...



Taman Tempat 'Stamina Time Trial' berlangsung



Aktivit memanaskan badan yang diketuai oleh En. Azam


Peniaga berjaya


Gaya seorang komander ker???


Tapi, dalam tak nak tu, terpaksa juga menempuhi halangan yang disediakan oleh para AJK Kelab Kembara dan Fotografi. Di akhir halangan, mereka beramai-ramai menyanyikan lagu "happy Birthday' untuk kami... Wah..wah..wah....Dah tak kira masa yang diambil, yang penting dapat dihabiskan walaupun tak sempurna...Paksa rela beb...


'Jemputan khas' daripada Pn. Hafsah


"Dah nak habis jap lagi nie..."


Hasil jualan air dan jeli kelapa agak membanggakan...habis licin....Tahniah buat Cik Roslinda Rosli dan Pn. Razlinda kerana berjaya melariskan jualan. Waktu-waktu begini, khidmat QS memang amat diperlukan. Keh..keh..keh...


Kira Linda jangan tak kira.....


p/s: Selamat Panjang Umur dan murah rezeki buat diri sendiri...Amin......

Tuesday, April 12, 2011

Koc Wanita

Pertama kali dalam sejarah hidupku menaiki koc wanita KTM...Agak lama tak menaiki komuter. Dulu masa kerja di Jalan Pahang Barat, memang kami suami isteri menaiki komuter untuk berulang-alik ke tempat kerja. Masa tu anak baru seorang. Naik di stesen Kepong dan parkir kereta di Taman Komuniti yang berdekatan. Masa tu, abang sayang bekerja di Mid Valley, manakala saya akan turun di stesen komuter Putra berdekatan The Mall untuk menukar tren LRT Star yang akan berhenti di stesen Titiwangsa. Kemudian barulah berjalan ke Jalan Pahang Barat lebih kurang 10 - 15 minit bergantung pada masa yang dikejar.

Bezanya pengalaman menaiki komuter kali ini ialah, dulu tiada koc wanita. Sesak di waktu puncak memang masih seperti dahulu, cuma kali ini tak perlu berasak dengan penumpang lelaki. Masa menunggu juga agak lama dek kelewatan tren. Lebih kurang menunggu 30 minit barulah nampak kerlipan lampu komuter. Keadaan di dalam tren masa mula-mula naik agak lenggang, tapi bila tiba di stesen KL dan Bank Negara, dah macam isi sardin pulak.

Sampai di stesen Kepong jam 8.00 mlm. Terus pergi makan malam di Thai Base. Masa masuk dalam kereta, Naurah tanya " Kenapa Mama jalan kaki?" Ha..ha.."Mama naik komuter la....". Mereka tak nampak komuter sebab terus seberang ke taman perumahan Bukit Maluri. Jalan sikit apa salahnya. Lagi pun esok ada 'training'. Hu..hu...

Lupa lak nak cerita sebab naik komuter nie....Hari ini mewakili dekan ke mesyuarat pelajar senibina di PAM, Jalan Tangsi. Pergi dengan Hafsah dan kak Aida. Tapi dalam perjalanan balik, Chah kena bergegas pergi ke JKR untuk menolong kakaknya yang mengalami masalah kereta. Maka, kami diturunkan di KL Sentral. Kalau takde hal tu, tak dapat la merasa naik koc wanita nie. Bukannya senang nak dapat pengalaman macam ni....Terima kasih yer Chah....

p/s: Koc 'Pink' .........tapi berasak boleh tahan......

Friday, April 1, 2011

1st Blog Anniversary

Dah setahun rupanya menulis kat blog nie walaupun selalu je tertinggal N3 dek masa dan beberapa faktor dalaman...he..he... N3 bulan lepas pun ada yang tak sempat di paparkan....

Hari nie, anak-anak kesayangan hamba demam panas pula..merengek2...terpaksala Mama dan Papa ambil cuti.... Pukul 4.30 pg dua orang panas serentak..Kelam-kabut jugaklah Mama nak memberitahu para pelajar untuk membatalkan kelas pagi ini. Itupun ada yang dah tersampai kat kolej dek tak dapat pesanan daripada kawan-kawan yang lain.


P/s: Cepat sihat yer anak=anakku...Mama ada urusan yang nak dibuat.....he..he..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...