CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label office. Show all posts
Showing posts with label office. Show all posts

Monday, October 1, 2012

Muka masuk paper lagi....

Lama betul tak update blog..huhu...busy manjang....puasa...exam...adik kahwin...study lagi...assignments...nak exam lagi.... macam tu la selagi tak habis belajar...huhu..banyak yang perlu dikorbankan terutamanya KENDURI KENDARA family .... Tunggu next year la bila takde exam...

Tetiba rajin plak update kan...huhu.... sebab hari ni MUKA I MASUK PAPER..Paper kecik je...HARIAN METRO.... Lama dah muka nie tak masuk paper... Teringat masa kecik2 dulu masuk paper sebab mewakili sekolah dalam Kuiz Kesihatan Peringkat Negeri..Kalau tak salah tahun 1991... Masuk UTUSAN...
 Then, masa kat U dulu pun pernah masuk paper gara2 Cave Exploring @ Gua Tikus, Perlis. Masa tu aktif dalam ARC (Adventure & Recreational Club).

Bezanya kali ni, En. Suami pun ada sekali..... Dulu dia pun pernah masuk paper gak...Tapi dia dulu masuk paper kat NEW ZEALAND... Duduk atas riba PRINCESS DIANA lagi... Alaa...tak jeles pun....

So, jom kita tengok.....

Jumpa tak saya yang mana satu.... Ala yang tudung pink tu la....

Gambar ni diambil masa kat Candi Borobudur... Kami pergi from 27 Ogos - 30 Ogos 2012.. Terus balik sebab adik nak nikah esoknya... Kelam-kabut jugakla balik ke Bahau sebab anak2 tinggal kat situ...

p/s: Ceria je wajah semua orang kat dalam gambar nie...... :)

Friday, July 13, 2012

Pot Luck Pra-Ramadhan 2012

Hari nie ada Pot Luck di opis sempena nak sambut Ramadhan minggu depan... Kali nie ramai pulak yang takde tak datang , tapi makanan tetap habis ditapau. Kami juga ada menjemput ex-staff untuk join pot luck kali nie.

So, apa masakan saya...

Ini lah dia....Apa namanye? Jom tengok Menu




 Hati dan Pedal masak Ungkep

 Sessi Pagi
 Sessi petang

Petang menapau balik soto Chah beserta nasi impit yang belum potong. Anak3 suka sangat soto tue..Siapa tanya Mama beli kat mana ? Maklum la Mama jarang buat soto sebab Papa tak makan sangat soto nie....

p/s: Nampaknya kena mintak resepi dari Chah la nie....

Wednesday, March 21, 2012

Hari Keusahawanan Twintech

Mula-mula lagi dah tunjuk gambar niekan....credit to Linda sebab bagi gambo nie...
Macam mane boleh bergambar dengan Datuk Chef Ismail nie yer???

Sebenarnya, hari nie merupakan Hari Keusahawanan yang dianjurkan oleh Kelab Usahawan Twintech. Chef Ismail merupakan salah seorang penceramah yang diundang untuk memberi panduan mengenai 'conventional bussiness'. Manakala yang seorang lain saya tak ingat langsung nama dia bercerita mengenai 'Networking bussiness' (Skor A). Isi ceramah yang agak baik... Seronok dapat kongsi pengalaman beliau selama chef mula berniaga dari jualan biskut sehinggalah membuka sebuah restoran REBUNG yang terletak di Bangsar.

Saya juga tumpang gembira kerana berjaya menyiapkan cenderahati yang ditempah khas untuk Chef Ismail iaitu Mini Pillow. Gambar upload kemudian kat sini yer....

Jom kita layan gamabr2 di bawah....

Selepas acara perasmian

Melawat gerai jualanku...

Ke gerai yang lain pula

Bertanyakan sesuatu nampaknya chef...

Tapi apakan daya, kebetulan hari nie result SPM keluar, maka rombongan sekolah yang dijanjikan datang memeriahkan majlis tidak muncul jua.... Tapi disebabkan adanya gerai jualan yang menjual pelbagai makanan, adalah 3 kali turun beli makanan....Last beli aiskrim... Ada mintak tolong student jagakan barang jualan...Alhamdulillah laku juga.....

Selain makanan, ada yang jual perfume, jersi.... Ada juga buat tayangan movie dan lawan PS2.... pendek kata macam2 ada.... Tapi rasanya boleh pelbagaikan lagi barangan jualan...Pelik pulak kali nie takde gerai yang jual tudung or brooch...semua dah pakat jual online je gamaknya....

p/s: Harus buat post-mortem nie......

Wednesday, March 7, 2012

Pindah Opis

Minggu nie dimulakan dengan hari yang penuh keletihan sebab..........

KAMI PINDAH OPIS!!!

Arahan berpindah nie dapat masa kami bercuti 2 hari aritu.. Maka sepanjang cuti dok teringatlah prang lain dah berpindah keluar dari opis lama ke opis baru.....Kat mana opis baru tue?? haha..dekat je.....Pindah blok sebelah je... Dulu kat Blok F tingkat 4, kini di Blok E tingkat 5...tempat CLMS lama....

Kerja-kerja mengangkut mengemas barang dimulai dari jam 9.30 pagi....berulang-alik menggunakan troli yang ada...lepas lunch ingat nak habiskan satu almari barang guna troli, apakan daya ramai pulak yang nak guna...maka berulang-alik pulak gunakan eco-bag..Mana-mana student yang terserempak tu, confirm ke tolong angkut barang....Takpe..jasamu ke kenang...

Lunch pulak, semua pakat makan nasi ayam dara, makan kat area makan baru kat opis baru nie...Seronok juga sebab makin besar tempat makan tu..huhu..

Esoknya, sambung kemas opis lepas kelas. Hari Selasa kelas jam 8pg - 10 pg je....Kebanyakkan lecturer mintak student tolong kemas lagi baki barang yang ada kat opis lama...lebih-lebih lagi opis dean.

Yang paling pening ialah bila nak memuaskan hati semua orang dari segi lokasi tempat duduk (working space) masing-masing...

Tambah pening lagi bila ada meeting tergempar jam 3 ptg yang menyebabkan terpaksa meninggalkan opis dalam keadaan tergesa-gesa... Ha..ha...Kalau saya berpersaan macam nie memang tak boleh menghadap sesiapa pun. takut terbuat benda-benda yang tak masuk akal, pendek kata, takut terbuat benda BODOH...! ....Saya memang macam tue...Yang pastinya akan pulih dengan sendirinya...LEAVE ME ALONE!!!!!

p/s: Susah nak puaskan hati orang, susah lagi nak puaskan hati sendiri.

Sunday, August 21, 2011

Flaming Steamboat Buffet @ 9.00pm

Kenapa tajuk di atas tue begitu ye?? Sebabnya, kami sebahagianpejabat nak berbuka puasa di Flaming Stemboat Buffet kat Bandar Sunway, tapi disebabkan lewat membuat tempahan, maka kami tepaksa mengambil tempat kedua iaitu jam 9.00 malam...sebelum tue, kami beramai-ramai berbuka di rumah ku dahulu..... tapi tiada gambar di N3 nie sebab aritu ambil gambar guna kamera Linda Rosly.


Setengah daripada rakan pejabat pernah ke sana, tapi ada sebilangan yang pertama kali menjejakkan kaki di sana termasuklah kami sekeluarga. Tiada gamabr pada permulaan makan dek tuntutan perut yang minta diisi.


Hanya gambar di penghujung waktu di sana saje ye....

Habis licin....Naurah kata best makan kat sini....


p/s: kami balik awal sebab anak2 pakat mengantuk...masuk kereta terus tidur

Tuesday, April 12, 2011

Koc Wanita

Pertama kali dalam sejarah hidupku menaiki koc wanita KTM...Agak lama tak menaiki komuter. Dulu masa kerja di Jalan Pahang Barat, memang kami suami isteri menaiki komuter untuk berulang-alik ke tempat kerja. Masa tu anak baru seorang. Naik di stesen Kepong dan parkir kereta di Taman Komuniti yang berdekatan. Masa tu, abang sayang bekerja di Mid Valley, manakala saya akan turun di stesen komuter Putra berdekatan The Mall untuk menukar tren LRT Star yang akan berhenti di stesen Titiwangsa. Kemudian barulah berjalan ke Jalan Pahang Barat lebih kurang 10 - 15 minit bergantung pada masa yang dikejar.

Bezanya pengalaman menaiki komuter kali ini ialah, dulu tiada koc wanita. Sesak di waktu puncak memang masih seperti dahulu, cuma kali ini tak perlu berasak dengan penumpang lelaki. Masa menunggu juga agak lama dek kelewatan tren. Lebih kurang menunggu 30 minit barulah nampak kerlipan lampu komuter. Keadaan di dalam tren masa mula-mula naik agak lenggang, tapi bila tiba di stesen KL dan Bank Negara, dah macam isi sardin pulak.

Sampai di stesen Kepong jam 8.00 mlm. Terus pergi makan malam di Thai Base. Masa masuk dalam kereta, Naurah tanya " Kenapa Mama jalan kaki?" Ha..ha.."Mama naik komuter la....". Mereka tak nampak komuter sebab terus seberang ke taman perumahan Bukit Maluri. Jalan sikit apa salahnya. Lagi pun esok ada 'training'. Hu..hu...

Lupa lak nak cerita sebab naik komuter nie....Hari ini mewakili dekan ke mesyuarat pelajar senibina di PAM, Jalan Tangsi. Pergi dengan Hafsah dan kak Aida. Tapi dalam perjalanan balik, Chah kena bergegas pergi ke JKR untuk menolong kakaknya yang mengalami masalah kereta. Maka, kami diturunkan di KL Sentral. Kalau takde hal tu, tak dapat la merasa naik koc wanita nie. Bukannya senang nak dapat pengalaman macam ni....Terima kasih yer Chah....

p/s: Koc 'Pink' .........tapi berasak boleh tahan......

Saturday, March 19, 2011

Cerita-ceriti 1/2 Mac 2011 (Bahagian 1)

Wah..wah....tajuk N3 kali nie dah macam segmen dalam Lagu Tiga Kupang pulak...Dah agak lama tak 'update' ceriat-cerita terbaru...

Antara cerita-ceriti ku ialah makan-makan di pejabat sempena gaji pertama kak Elis & Kak Ayun serta hari pernikahan Rizal buat kali yang kedua , dan Hari Keluarga Waris Dato' Muda Omar yang berlangsung pada hujung minggu lalu di Batu Kikir. Tak lupa, Hari pendaftaran kokurikulum yang berlangsung dengan meriahnya.

Majlis 'potluck' kali nie tiada tema yang khusus. Bawa aje apa2 yang boleh dikongsi makan dan pastinya menyelerakan. He..he...Hari itu, hidangan yang menjadi pilihan ialah Sambal Tumis Ikan bilis dan ubi rebus.
Info gambar: Kari ayam (Hafsah), Nasi goreng kerabu ( K.Ayun), Aiskrim (Mukram), Kuih-muih (Liyana) dan Ubi rebus + Sambal Tumis

Info gambar: Tembikai (Linda), Puding (K.Ayun), Kek Oren + Kek Pisang (Razlinda), Sandwich ( Ain) dan Peruk Tahu (K. Aida)

11 Mac 2011

Tarikh ni merupakan tarikh pernikahan salah seorang staff FABE iaitu Rizal dan pasangannya Hafitah (Betul ke ejaan namanya nie?)...Oleh kerana sudah memberitahu Rizal bahawa kami tak dapat menghadiri majlis di rumahnya pada hari Ahad nanti, maka kami mengikut rombongan Cik Hafsah ke Nilai untuk menghantar hantaran yang telah kami siapkan semasa cuti pertengahan semester yang lalu secara bergotong royong. Antaranya ahli bunga dip kami: Kak Ika (secara maya), Kak Zam (pemilih tema)kak Aida, Roslinda, Hafsah (Direktor),Razlinda dan beberapa tukang komen: Ayie, Mukram, Cik Mail dan tentunya Rizal sebagai pelanggan utama.
Sirih Junjung dibuat oleh kawan Ayie.


Kek Hantaran disediakan oleh Kak Che Pah

Bekas cincin dan jam digubah olehku

Baju kurung sepasang : bungan hasil ilham Hafsah

Minyak Wangi digubah oleh Hafsah

Semua hantaran di atas pahar di rumah Rizal

Kami bertolak ke Nilai jam 9.30 pagi dengan menaiki 2 buah kereta. Antara ahli rombongan ialah Kak Ayun, Kak Elis, Roslinda. Manakala Hafsah dan Azam menumpangkan kami untuk ke sana. Kami berpecah kerana hendak singgah di Ampang untuk mengambil pahar di rumah mertua Hafsah dan berjanji untuk berjumpa di perhentian R & R Nilai.

Kami dijamu dengan nasi putih berlaukkan masak asam pedas ikan merah dan senangin, sayur campur dan karipap pusing yang sangat sedap. Rasa macam nak mintak bawak balik je....Selesai makan, kami memnita diri untuk pulang ke Sri Damansara. Perjalanan pulang kami menupang pula Alza baru Cik Azam sebab Hafsah ada hal lain......

Bersambung......

p/s: Nampaknya cerita Hari Keluarga dan Hari Ko-kurikulum terpaksa di bawa ke bahagian ke-2

Thursday, February 3, 2011

Cuti CNY 2011

1 Februari 2011

hari ni merupakan hari cuti umum bagi Wilayah Persekutuan. Oleh kerana tempat kerja terletak di Kuala Lumpur Selangor, maka secara rasminya kami kenalah pergi ke pejabat. Jalan raya lengang sebab KL cuti dan ramai yang memilih untuk bercuti awal sempena kedatangan Hari Raya Cina. Oleh kerana kami membatalkan kelas kerana ada perubahan pada minggu pembelajaran, maka hari ini kami berkesempatan membeli beberapa barang keperluan untuk mengubahsuai kawasan kerja kami. Idea ni dah lama, tapi seperti biasa kami kena menunggu kewangan stabil di awal bulan untuk membeli keperluan tersebut.

2 Februari 2011

Pagi-pagi lagi kami dah bangun untuk bersiap pulang ke kampung. Sebelum tu, sempat lagi mendapat panggilan daripada mak di Muar yang hendak memastikan bahawa kami memang akan pulang ke Bahau setelah beberapa faktor diambil kira. Sebenarnya, ikutkan perancangan awal, kami akan bergilir balik ke Muar dahulu barulah ke Bahau. Oleh kerana keadaan jalan yang tidak mengizinkan, maka pada cuti kali ini kami akan menghabiskan cuti di Bahau sahaja. Lagipun, 2 minggu yang lalu kami lama tinggal di Muar dek kemalangan yang menimpa kami sekeluarga. Tambahan pula kenduri kendara memang banyak di Bahau ni. Sebelum kami pulang ke Bahau, kami sempat singgah ke Plaza Low Yatt untuk membeli komputer riba Abang sayang yang baru sempena kejayaannya menghabiskan progam Sarjana dalam masa yang ditetapkan. pemilihan untuk membeli komputer riba tersebut tidak mengamil masa yang panjang, sebab kami sudah beberapa kali pergi ke Digital Mall di Seksyen 14 PJ. Abang sayang pula sudah pergi meronda di 'IT Fair' Mid Valley dan semalam kami ada membuat sedikit tinjauan ke Plaza Low Yatt.

Selesai urusan di pusat IT tersebut, kami meneruskan perjalanan ke Bahau. Ketika kami sampai di pekan Senawang, kereta kami tiba-tia berhenti dengan sendirinya. Kami merasa cemas seketika. Rupa-rupanya, skru yang memegang bateri kami longgar.Setelah mengetatkan skru tersebut di Pusat Servis di Stesen Petronas, kami meneruskan perjalanan ke kampung halaman dan tiba dengan aman.

3 Februari 2011

Buat julung kalinya, kami menyaksikan pernikahan antara 2 orang warga tua yang bertempat di Surau Kolej Islam Al-Majidiah berdekatan dengan Pondok Warga Emas Al Majidiah. Majlis pernikahn dijalankan selepas waktu Asar. Pengantin lelaki berusia 70-an manakala pengantin perempuan berusia 61 tahun. Selama nie dengar perkahwinan warga emas di media cetak sahaja, tapi kali ni berlangsung di depan mata. Agak lucu bila mengenangkan pengatin lelaki yang terpaksa mengukang akad beberapa kali. Berdebar agaknya. Maklumlah, majlis kali nie disaksikan oleh semua anak menantu dan cucu. Selesai upacar membatalkan air sembahyang dan bergambar, para tetamu dijemput untuk menjamu di bahagian bawah surau. Buat Haji Alias dan Puan Maimunah, kami ucapkan Selamat Pengantin Baru, Semoga berbahagian sehingga ke akhir hayat. Maklumlah, dengarnya banyak cabaran terpaksa dihadapi oleh pasangan ini sebelum melangsungkan perkahwinan ini. Antaranya ialah banjir besar yang berlaku ketika ini. Untuk makluman pengantin lelaki tinggal di Gemas, baju yang ditempah untuk pengantin perempuan juga tertinggal di Gemas angkara banjir dan gigi palsu pengantin perempuan jugak tidak dapat disiapkan sebelum hari nie. 8 hb baru siap katanya.

p/s: Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan.

Thursday, December 9, 2010

Outcome-Based Training

Hari ni, bersama rakan-rakan sefakulti dan fakulti-fakulti lain, kami mengikuti satu kursus iaitu "Outcome-Based Training", bertempat di Bilik E3102, Tingkat 3, Blok E, Pusat Perdagangan Sri Damansara. Cehh..bunyi macam menarik je kann??? Kat Twintech je pun.... Pengisian adalah berkenaan dengan cara nak isi dokumen COPPA 'Area 2'. Kalau selama ni tak berapa nak jelas, kira dapat penjelasan panjang lebar la ni. Kesimpulannya, kerja ni memang kena buat secara berkumpulan. Tak boleh syok sendiri buat sorang-sorang tau....Malas nak tulis panjang-panjang sebab dah seharian berada dalam kursus. Tengok gambar aje la ye....

Di bawah nie, kami sedang menikmati hidangan makan tengahari yang telah disediakan. Masa minum pagi kami makan pulut panggang, kuih keria dan teh tarik.


Ni pula semasa kerja berkumpulan


Serius nampak...


Ahli kumpulan kami


Kumpulan dari Fakulti lain





p/s: Lepas ni kena siapkan semua dokumen baru pulak....he..he...

Friday, June 18, 2010

Archustic 2010: XXII Architectural Workshop

ArchUStic : XXII PAM Architectural Workshop berlangsung selama 5 hari bermula dari 12 Jun - 16 Jun 2010 (Sabtu - Rabu) bertempat di UKM dengan kerjasama tuanrumah, Twintech dan Taylor's. Hari pertama saya tak dapat jenguk sebab balik ke kampung misi menghantar kucing dan menghadiri kenduri jiran depan rumah.
Hari kedua 13 Jun 2010 Ahad, berangkat ke UKM. Anak-anak tinggal dengan Papa di rumah..Sekejap je..setengah hari. Sampai jek terus menuju ke Dectar dengan harapan dapat jumpa dengan rakan sekerja yang lain sebab tak dapat nak hubungi mereka no kontek semua dah takde . Majlis Perasmian dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran. Seronok menonton persembahan pembukaan dan persembahan wakil IPTA dan IPTS. Semuanya kreatif dan idea yang dipersembahkan juga hebat. Selesai semua persembahan kami terus ke pameran para pelajar. Acara seterusnya minum pagi, berupa soto, roti jala dan bingka ubi. Kemudian acara bergambar dan mengambil gambar. Malangnya kameraku kehabisan bateri. Maka hanya inilah gambar yang sempat diambil.



Hari ke -3, tak dapat nak hadir sebab ada kelas sepanjang hari, tapi hari-4 berkesempatan pergi ke majlis penutup di UKM jugak. Kali ini pergi seisi keluarga. Ada juga kawan-kawan bekas UIA yang jadi pensyarah pengiring pelajar yang mewakili IPT masing-masing. Seronok melihat para pelajar membuat persembahan nyanyian dan bermain alatan muzik. Selama ni tengok mereka dalam kelas jek...





Hari ke -4, bertolak ke Taylor's Lakeside Campus untuk Architectural Symposium dengan Kak Wan dan Ayie. Sesat bagat sampai ke Puchong, terpaksa buat pusingan U kat sana. Akhirnya sampai ke sana. Si Chah dah dah sampai dulu, tapi dia keluar sekejap sebab ada temujanji dengan JPS. Selepas acara makan tengahari, kami dibawa bersiar 'TOUR de CAMPUS' oleh Mr.Soon Pensyarah Q.S di sana. Memang "World Class" kemudahan yang disediakan (Sila rujuk gambar).













Makanan di bawah nie pula dihidangkan oleh pelajar hospitality Kolej Taylor's. Kesian budak-budak tu kena hidang sambil diperhatikan oleh pensyarah masing. Nampak sangat mereka gabra sebab sudu, garfu dan pisau asyk terjatuh aje...Maka menjelinglah para pensyarah...





p/s: Macam buat "free marketing" untuk Taylor's lak nie

Wednesday, June 2, 2010

Pot Luck & Corporate Shirt Day

Hari ini ada pot luck kat opis. Saja jek buat makan-makan sempena Hari Rabu yang diwartakan secara tak rasmi menjadi hari Corporate Shirt. Kali ni, membawa Tauhu sumbat goreng resepi dari Makcik Limah. Layan jee la gambo di bawah nie...


Nie bukan makanan potluck tau, nie makanan malam tadi, sambal udang + sup fishball utk anak2 + pecal + kuah + telur dadar takde dalam gambar sebab Asben tgh masak



Makanan Potluck, Kak Aida bawa nasi tapi tak snap pulak gambo periuk tu


p/s: Gambar makanan dulu, gambar orang upload kemudian

Tuesday, May 11, 2010

Superfriends 2010


8 Mei 2020

Hari nie ada aktiviti students Twintech. Ada beberapa acara yang dah daftar nama seminggu sebelum tue. Aktiviti ni kira ala-ala family day gaks coz acara-acara yang diadakan adalah untuk mengeratkan silaturahim antara students, staff & lecturers. Antara acaranya seperti pertandingan karoke, sukaneka, Lawan PS2, gerai2 jualan kecil-kecilan (banyak gak RM meyang kat gerai2 kecik nie) dan lain-lain. Nampak macam happening tapi rasanya lecturer yang ramai datang macam dari FABE jek...
Acara bergambar menjadi aktiviti wajib. (Gambar-gambar lain boleh tengok kat FB)
Sampai kat Kolej dah pukul 11.00 pagi. Acara bermula jam 9.00 pagi. Maka terlepaslah acara yang dah daftar awal iaitu kupas kuaci. Tapi takpe ada cara lain lagi. Jeng jeng jeng..... Masuk acara tiup belon sampai pecah. peserta dari FABE, Kak Aida, Kak Ika, Me (off course) dan import students dari FEIT (tak tau pun nama dia sapa). Ingatkan dapat no. 3 tue dah ok dah. Rupanya ini acara liga. Yang best tue dapat masuk final tapi tak menang. Sebabnya kali ni, tak boleh pakai pin. Kena pecahkan cara manual. He..he..he...
Peserta pertama group kami, Kak Aida
Dah lama tak tiup belon, biasa pakai pam jek
Round pertama (boleh pakai pin lagik)
Kak Ika meniup lak
Peserta import dari FEIT

Tengahari lunch kat situ jek. Beli nasi lauk ikan goreng + sayur = RM4.00. Kira ok lah tue coz Naurah dah lapar. Airiel lak tak ingat nak makan, astik main aje. Bila nak menyusu, masuk lecture theater kononnya nak tengok orang lawan Takeen PS 2. Ha..ha..

Juara acara 'Grooming': FABE tau

Acara Band bermula jam 2 petang. Tapi tak dapat tunggu sampai habis coz Airiel nangis sebab berebut bola dengan anak staffs lain. Sian dia, kecik-kecik dah kena buli. Sambil dia nangis tue, dukung bawak masuk kereta. Naurah tak puas hati coz nak kena balik. Dalam kereta dia tanya "Nape Mama kalah, kan dah tak dapat hadiah". Takpe lah Nak oii, asalkan happy sudah ler.

Naurah nak bergambar jugak kat Opis Mama dia...

P/s: Kalau Naurah nak hadiah, next week Naurah mesti menang masa hari sukan tau!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...