CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, April 23, 2012

Makanan waktu exam


Minggu exam nie memang tak sah kalau tak makan nasi. Asyik lapar je, abang sayang kata sebab dok perah otak menghafal segala jenis principles, approaches dll. So, masa dok kat rumah sorang-sorang maka inilah hasilnya....tadaa...
Plan View
 Gablok kata orang jawa, yang sebenarnya ialah Nasi impit goreng.

Close-up
 So, kat bawah nie cara nak buat beserta bahan2nya...

Bahan-bahan:
3 ketul ketupat mini (dipotong dadu)
1 biji bawang merah (ditumbuk)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
4 biji cili api (ditumbuk)

Ikan bilis secukup rasa (ditumbuk)
seketul sosej di potong nipis2 (nak ganti dengan fish ball ke ayam ke pun ok gak)
2 sudu kicap manis
1 susu kicap masin
Sayuran (ikut suka, saya masukkan sawi dan kobis)
1 biji telur
sedikit gula dan garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara-cara:
Panaskan minyak
Tumiskan bahan tumbuk dan kepingan sosej
kemudian masukkan sos tiram, garam, gula
selepas itu masukkan ketupat beserta sayuran
tuangkan kesemua jenis kicap
masukkan telur  dan kacau hingga berasap.

Lepas tu masukkan dalm pinggan, taburkan bawang goreng dan daun sup.
Ok siap...walah...

p/s: makan sorang2 pun sedap gak..hihi...

Wednesday, April 18, 2012

Wish me luck!!!

Minggu nie minggu membaca..... Baca nota Ok... kena fahamkan balik apa yang dipelajari selama satu semester nie.. Maka, tolong doakan saya.... Saya amat risau sebab macam tak berapa nak prepare.... Semester nie memang sibuk...sibuk dan sibuk.....

Dalam sibuk2 tue, sempat plak masukkan N3 plak kan...huhu...

p/s: Wish me luck!!!

Saturday, April 14, 2012

Telatah anak2

Masa cuti Pertabalan Agung aritu, anak2 sibuk suruh buat karipap, so hujung minggu nie dengan bantuan anak2 kami bekerjasama membuat karipap. Tolongnya sikit je, yang lain banyank main tepung je....


Penggelek sorang satu, yang pasti yang besar tu Mama yang punya...
 Sebelum digoreng

Siap dah minum petang kita...Karipap panas + Air Milo

p/s: Menzahirkan hasrat anak2..

Friday, April 13, 2012

Me turns 32

Hari nie ulang tahun kelahiran ku yang ke 32.. Orang pertama wish, Pika, betul2 masuk 13 hb...Dan time tu dah tidur dah... tapi sebab terdengar sms masuk, terus terjaga..

 So, sepanjang hari nie, ramai jugak la yang wish, termasuklah student. Siap nyanyi dalam lif lagi macam tahun lepas... Haha...tapi sebab tengah nak exam  nie, tak berapa ramai student yang adala... Kawan-kawan opis pun wish..mak telefon dari kampung .... kakak pun wish, adik2, anak2 wish...sorang je yang tak wish lagi....Abang sayang... Takpelah nak wat macam mane kan....kot lah dia lupa ke...logik ke lupa, dalm fb kan ada...

Ok, hari beransur petang, nak baik rumah dah... balik ambil anak2 kat taska. Sampai rumah macam biasa, tutup pagar rumah, buka peti surat..oppssss.... Ada something la kat dalam tue....tadaa...
*
*
*
*



Anak2 bagitahu Papa diorang, posmen bagi Mama hadiah...padahal hadiah tu Papa la yang bagi... Masuk rumah Papa dah tunggu sambil senyum2...So, apa lagi bukak la....
*
*
*
*
I got dinner bag! Wahhh...!  Boleh la pakai masa dinner hujung bulan nie..

Lepas solat maghrib, Abang sayang tanya nak makan kat mana.... Teringin nak makan tom yam plak tu. Maka kami ke Phapha Seafood dengan harapan dah buka sebab last pergi harit u tutup sebab  renovation. Alhamdulillah dah bukak....Haha...kembali senyum.....

p/s: Terima kasih semua

Wednesday, April 11, 2012

Agar-agar Neapolitan

Hari nie cuti sempena pertabalan Agung. So, bila cuti anak2 mesti mintak mama mereka nie buatkan sesuatu untuk mereka. Macam last weekend, Airiel soh buat donut. Kali nie si kakak nak minat mama dia tolong buat karipap.. Sorry la dear, Malam mim. alif.lam.sim la nak potong kentang...Tapi takpe, Mama buat kuih lain ok?

Fikir punya fikir, sambil dok menggoggle resepi, maka terhasillah Agar-agar Neapolitan nie... Itu pun berpandukan bahan2 yang ada kat rumah je..Seperti biasa, ada olah sikit resepi tu....hehe...
 Kejap je dah licin nie....
Cantik tak?

p/s: Lama dah tak buat agar2....

Monday, April 9, 2012

Masakan lagi

Semalam dah ikan, hari ni makan ayam plak...
Rendang Ayam untuk Mama & Papa + Sup Ayam untuk anak2

p/s : Simple je kan...?

Sunday, April 8, 2012

Donat dan Ikan

Menu pagi minggu nie bermula dengan jemput-jemput manis. Sebenarnya ingat nak buat semalam, tapi dek ada pisang pemberian office-mate, K. Aida, maka sarapan semalam jadilah cekodok pisang. Tapi tak sempat nak snap gambar sebab Airiel dah serbu terlebih dahulu..

Untuk minum petang plak, anak-anak pulak sibuk mintak Mama diorang nie buat kueh, mengikut bahan yang ada di dapur, maka donat je la ye..

 Siap ada yang bubuh coklat, tapi terlebih masak plak coklat tue...

Makan malam, Mama masak ikan siakap masam manis, sayur kacang botor dan ulam....
Kuah memang sengaja asing sebab untuk anak2 juga...

p/s: Mood masak dah datang.....

Thursday, April 5, 2012

Visit to Petronas Refinery

CH aritu subject lain, kali nie subject Global Environment plak, kami melawat ke Petronas Refinery, Sg. Udang, Melaka. Tak payahlah cerita pasal study kat sini, meh layan gambar....
 Kawasan penapisan dari bukit tinjau
 Yang nie terletak 1 km dari tepi pantai
 Pavilion di bukit tinjau untuk sesi diskusi
 Wajib parkir undur untuk langkah2 keselamatan mengikut HSE
 Pelajar-pelajar dari UKM dan UiTM pun datang melawat ke sini

Kat kawasan ni ada beberapa pokok mati kering...boleh buat research nie...hehe...



Sebelum kami balik, kami singgah ke pasar ikan berdekatan dengan PRC untuk meninjau keadaan sekeliling. kami juga menemubual salah seorang nelayan mengenai kesan pembinaan pusat penapisan tersebut.
 Pasar Ikan
 Bot nelayan
 Yang nie terletak 6 km dari pesisir pantai
 Sulfur : Bau dia sangat menyengat
 Nelayan tengah baiki jala
 Daun Pokok ketapang dimakan ulat

Kami lunch di hentian rehat Rembia, agak jauh dari Sg, Udang sebab masing2 tak nak makan kat area situ.
 Wakaf
Air jinger buatan tempatan

p/s: Balik KL assignment menunggu....

Monday, April 2, 2012

Strawbery Smoothie

Hasil daripada pembelian buah strawberi yang banyak2 , maka nielah dia...jeng jeng jeng....
*
*
*
*
*
*
*

Strawbery Smoothie
 Saje je boh buah tue buat penaik selera..
 Sorang segelas je tau...

p/s: Sedap hingga menjilat gelas...hahaha...

After 22 years.....

Destinasi Site Visit untuk kelas Land Use and Natural Resources Management adalah di Cameron Highlands.... Sebenarnya dah lama giler tak pergi ke sini. Dah 22 tahun!!! Dulu pergi ikut rombongan Sek. Keb. Paloh Hinai, Pekan, Pahang. Masa tu ikutkan parents tak bagi pergi tapi sebab Kak Jua pun nak pergi jugak, maka dapatlah ikut dengan syarat, kalau ada family trip kena tinggal kat kampung...Ha..ha...tak pe tinggal kat kampung sebab boleh main parit dengan sepupu sepapat...

Berbalik cerita ke Cameron Highland, kami bertolak dari KL jam 7.30pg seba nak bekejar ke MARDI sebelum jam 12.30pm ikut appointment. Melalui exit Simpang Pulai, kami sampai di sana jam 12 tengahari, then terus ke Hotel. Dalam 12.30 semua dah ada di MARDI, dapat penerangan serba sedikit mengenai pertanian dan masalah2 yang dihadapi oleh penduduk setempat dan pelancong. Sebelum tu, Dr. Hamdan dah bagi sorang satu fail yang berkaitan dengan CH nie.

Gambar-gambar kat bawah  ni Papa yang ambil, sebab masa nie Mama ada kelas...

Kemudian kami sekelas ke Ladang Teh Sg. Palas. Naik kereta lecturer sebab family semua pakat balik hotel. Dah la sejuk, hujan pulak tu.
 Nie dalam perjalanan nak pergi makan. Seperti biasa Airiel dah tertidur...terpaksalah Mama dukung...

Malam tu, kami ke night market, beli strawberi dan beberapa cenderahati ynag lain. Sayur target nak beli masa balik. Makan malam ringan je, jagung bakar, tempura sayur.... rasa sihat je..hah...

Esoknya aktiviti bebas. Lepas bersarapan kami sekeluarga ke Ladang Teh Bharrat Cameron Valley.









Kemudian, MARDI sekali lagi.


Then ke The Smoke House untuk tengok English garden design.










Time to check out


Dalam perjalanan balik, kami sempat singgah ke Time Tunnel. Barang-barang pameran dalam tue giler old school... Memang mengimbau kenangan lalu...














Singgah R&R Ulu Bernam, terserempak pulak dengan Kayla & Caoi...

 p/s: Sambil menyelam minum air
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...