CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label masakan. Show all posts
Showing posts with label masakan. Show all posts

Wednesday, August 28, 2013

6 Hari di Beijing: Day 3

Alhamdulillah, dalam cuaca yang baik (walaupun panas terik), hari ni kami berjaya berjalan selama 3 jam di area Tienanmen dan Forbidden City. Punye la ramai pengunjung kat sini sebab sekarang ni musim cuti sekolah kat China. Sapa-sapa yang pergi pada musim panas sangat2 dianjurkan pakai topi besar ala2 Catherine Zeta Jones gitu... haha.. Apa lagi? Jom layan gambar.

Avil, Me & Zack

+ Elwana, Kadir & Atiqah

Jalan, jalan dan jalan lagi

Nice Stone!

Bila masa la student snap gambar ni...Rindu kat family dah masa ni..hehehe

An artificial hill in Beijing: Jingshan Hill

Beautiful garden

Tiananmen Gate Tower: ada kerja-kerja renovasi di situ



Dalam kawasan Kota Larangan


Hall of Supreme Harmony

Pandangan berbeza

Sudut lain

Temporary Room mate

Red Door


Kepanasan + Kepenatan


Imperial Garden

Dui Xiu Shan: Bukit Batu Buatan dengan 2 buah gua

Sebahagian dari Imperial Garden
Selesai berjalan dengan jayanya di Kota Larangan, kami singgah untuk solat di sebuah masjid yang sangat cantik luar dan dalam.

Ruang solat jemaah lelaki
Pandangan dari ruang solat perempuan

Waktu Solat

It's me...

Pandangan hadapan masjid
Kaki dah penat berjalan, maka kami pun singgah ke salah sebuah pusat perubatan tradisional untuk menikmati urutan kaki secara percuma. Sebelum tu, kaki kami direndam dalam air panas berisi uncang herba khas (macam teh), katanya untuk mengeluarkan segala toksid dalam badan. So, lagi gelpa warna air, lagi banyak toksid yang kita ada...emmm... ye ke

Tak paham pun..

Ok la, kaler kuning2 gitu

Sempat pose tu..
Agak2 apa yag kitorang buat kat sini ye?

Pesinggahan sebelum makan malam, kami menonton pertunjukan akrobatik.. Kat panggung ni show start pukul 5.30 ptg. Konsep persembahan agak moden. Ada sedikit rasa kagum dengan para akrobat meliuk lentokkan badannya... Auishh.. terasa patah riuk semua tulang2 kat badan ni.
Borak sakan sebelum persembahan bermula

Amek gambar penonton jek, sebab 'No camera allowed during the show'
p/s: Esok nak balik dah....

Thursday, October 18, 2012

Anak dah makan pedas.....

Rasa lama dah tak update gambar makanan... Sebabnya xde yang istimewa pun..biasa-biasa je...

Ahad lepas, lepas balik jalan-jalan teringin masak nasi lemak...Lagi pulak baru je bukak pek beras basmathi...Biasa masak beras biasa je....

Alkisah, masa makan malam tu, sempat membebel cakap kat Naurah yang selama ni tak makan pedas. Umur dah 6 tahun lebih tapi masih tak makan pedas walaupun sikit.Sos cili yang tak pedas tu pun dia kata pedas. Hatta kari pun dia tak nak. "Kakak kena makan pedas sikit, cuba je dulu sikit-sikit. Tahun depan dah sekolah darjah satu. Nanti kalau kat kantin makanan pedas, kakak nak makan apa." Dia jawab, "Bawak bekal la". Amboi..macam la Mama dia ni rajin nak buat bekal tiap-tiap hari. Kat pis pun keje beli makanan kat cafe je. Kalau ada lebih dinner dapatla bawak ke opis. Kalau tak jangan harapla nak bangun awal pagi buat breakfast except for weekend.

Dalam pada nak makan tu, sudukan la sikit sambal tumis ikan bilis kat dia. Itu pun hujung sudu je. Naurah pun cuba... Dia kata "Tak pedas la Mama...". So, berjaya dia makan sambal. Si Airiel pun tengok kakak dia makan sambal, dia pun balun jugak. Tapi lebih banyak dari kuantiti yang Naurah amek. Airiel memang tahan pedas sikit.

Sambal tumis ikan bilis yang tak pedas tu ........
Esoknya, requested by anak-anak Mama, maka Mama buat sambal lagi, tapi kali ni makan dengan cencaru bakar.


Tambahan sayur lemak + sosej untuk Airiel

Lusanya, Papa nak makan yang simple-simple je. Kalau dah simple tu, maksudnya roti la.... Mama x mau makan roti, goreng ayam popcorn je.

Chicken Popcorn + Figo
p/s: Boleh la Mama masak 1 version je lepas ni...Cuma tak bolehla pedas sangat.....

Saturday, July 14, 2012

Roti Sardin

Dah berapa hari Naurah minta Mama masak roti sardin. So, hari nie, sarapan kami sekeluarga ialah roti sardin dengan air teh. Meh layan gambar
 2 pinggan berasingan. Cuba teka yang mana versi dewasa, yang mana satu versi kanak2 tak pedas
 Yang nie la versi dewasa......haha....sama aje kan.....

Close-up sikit

p/s: Sebenarnya tak pedas mana pun yang dewasanya tue...cili sebiji je....


Friday, July 13, 2012

Pot Luck Pra-Ramadhan 2012

Hari nie ada Pot Luck di opis sempena nak sambut Ramadhan minggu depan... Kali nie ramai pulak yang takde tak datang , tapi makanan tetap habis ditapau. Kami juga ada menjemput ex-staff untuk join pot luck kali nie.

So, apa masakan saya...

Ini lah dia....Apa namanye? Jom tengok Menu




 Hati dan Pedal masak Ungkep

 Sessi Pagi
 Sessi petang

Petang menapau balik soto Chah beserta nasi impit yang belum potong. Anak3 suka sangat soto tue..Siapa tanya Mama beli kat mana ? Maklum la Mama jarang buat soto sebab Papa tak makan sangat soto nie....

p/s: Nampaknya kena mintak resepi dari Chah la nie....

Tuesday, May 1, 2012

Happy Labour day 2012


Sempena cuti hari buruh nie, Papa kata teringin nak makan ketam, maka ke Tesco kita mencari ketam.
Hasilnya:

Menu utama: Ketam goreng
Menu sampingan: Ikan goreng, sayur bayam tumis, sambal cili besar




p/s: puas hati hasrat tercapai




Monday, April 23, 2012

Makanan waktu exam


Minggu exam nie memang tak sah kalau tak makan nasi. Asyik lapar je, abang sayang kata sebab dok perah otak menghafal segala jenis principles, approaches dll. So, masa dok kat rumah sorang-sorang maka inilah hasilnya....tadaa...
Plan View
 Gablok kata orang jawa, yang sebenarnya ialah Nasi impit goreng.

Close-up
 So, kat bawah nie cara nak buat beserta bahan2nya...

Bahan-bahan:
3 ketul ketupat mini (dipotong dadu)
1 biji bawang merah (ditumbuk)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
4 biji cili api (ditumbuk)

Ikan bilis secukup rasa (ditumbuk)
seketul sosej di potong nipis2 (nak ganti dengan fish ball ke ayam ke pun ok gak)
2 sudu kicap manis
1 susu kicap masin
Sayuran (ikut suka, saya masukkan sawi dan kobis)
1 biji telur
sedikit gula dan garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara-cara:
Panaskan minyak
Tumiskan bahan tumbuk dan kepingan sosej
kemudian masukkan sos tiram, garam, gula
selepas itu masukkan ketupat beserta sayuran
tuangkan kesemua jenis kicap
masukkan telur  dan kacau hingga berasap.

Lepas tu masukkan dalm pinggan, taburkan bawang goreng dan daun sup.
Ok siap...walah...

p/s: makan sorang2 pun sedap gak..hihi...

Saturday, April 14, 2012

Telatah anak2

Masa cuti Pertabalan Agung aritu, anak2 sibuk suruh buat karipap, so hujung minggu nie dengan bantuan anak2 kami bekerjasama membuat karipap. Tolongnya sikit je, yang lain banyank main tepung je....


Penggelek sorang satu, yang pasti yang besar tu Mama yang punya...
 Sebelum digoreng

Siap dah minum petang kita...Karipap panas + Air Milo

p/s: Menzahirkan hasrat anak2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...