CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label luahan perasaan. Show all posts
Showing posts with label luahan perasaan. Show all posts

Thursday, May 16, 2013

Happy Teacher's Day

 
N3 kali ni, dipetik dari status fb asben. (Walaupun dia dah tak bertugas sebagai seorang GURU untuk sementara waktu).

8 tugas dan kewajipan guru mengikut kitab Imam Ghazali Ihya Ulum Al Din dan Mizanul Amal:

1. Guru perlu Ikhlas bekerja kerna Allah SWT, tidak hanya boleh mengharap upah balasan dan ucapan terima kasih.

2. Guru mesti mempunyai belas kasihan kepada pelajar.

3. Guru mesti menasihati pelajar tentang cara2 belajar.

4. Guru mesti mejaga maruah dan imej pelajar dari segi psikologi.

5. Guru tidak boleh memperkecil2kan bidang2 ilmu yg lain dari pengkhususanya.

6. Guru perlu mengajar mengikut kesesuaian tahap kemampuan akal pemikiran pelajarnya.

7. Guru perlu mengajar dgn jelas kepada pelajar yg lambat memahaminya.

8. Guru perlu megamalkan apa yg diajar.


Sekadar ingatan pada para2 pendidik. Saya sebagai bekas pendidik merasakan bahwa seseorg guru harus mempunyai ciri2 di atas supaya niat kita adalah utk membantu para pelajar kita mencintai ilmu dan mempunyai inisiatif utk meningkatkan diri sendiri.


p/s: Selamat Hari Guru buat semua yang bergelar GURU. 

Monday, November 12, 2012

Bila badan dah penat

Semester break sepatutnya menjadi antara hari-hari yang tak berapa busy....tapi disebabkan ada beberapa project yang perlu diselesaikan...beberapa tu maksudnya lebih daripada satu la tu...Tender Drawing nak kena siap dalam 2 hari. Submission Drawing nak kena hantar before ikut cik Abang ke Bukit Merah (yang tu cerita kemudian eh...).

Rabu
Drawing nak kena siap 7hb  November sebab nak hantar kat client 8hb. Maka, berhenpas pulas menyiapkan semua report and drawings hari tu jugak. Semua sekali settled jam 9.30 mlm. 
Cuaca sekarang pulak asyik hujan aje. Perjalanan balik ambil masa panjang sebab jalan jem. Malam tu jugak ada appoinment dengan adik nak kirim barang bawak balik kampung. Fuhh.... Memang hari yang panjang.

Khamis
Bangkit pepagi dah sibuk packing baju nak ke Bukit Merah pulak. Subuh tersedar, Airiel merengek...rasa dahi dia..Panas...Demam pulak budak ni....Dalam pukul 11 pagi dah kena bertolak sebab nak kena check in jam 3.30ptg. Program kursus start jam 4.00ptg. Sempat singgah di Rawang untuk lunch. Then sambung perjalanan dalam keadaan hujan renyai-renyai dan tiba dengan jayanya jam 3.30ptg. Niat di hati, sepanjang kat sini nak settlekan assignment...huhu... Anak-anak sibuk ajak mandi kat swimming pool yang betul-betul terletak sebelah bilik kami... "Esokla..Mama janji..sebab hari ni hujan, Adik demam, kalau esok tak demam boleh mandi pool".

Jumaat
Lepas sarapan, teman anak bermandi-manda di kolam. Ada acara 'Treasure Hunt' pulak kat area tu. Kesian pulak tengok orang dewasa kena masuk kolam untuk ambil bola ping-pong. Disebabkan adanya bola-bola ping-pong tu, Naurah pun sibuk kejar bola-bola yang bertaburan...Tetiba dia terjatuh ke dalam kolam dewasa yang 1.5m depth tu...kelam kabut Mama cuba  atrik dia keluar dari kolam.... Papa nampak pulak tu....Aduhai... Petang hujan, maka duduk aje dalam bilik layan cerita, then, habis hujan sambung mandi kat kolam. Malam ada dinner.

Sabtu
Seharian berjalan-jalan di sekitar Bukit Merah Lake Town, dari Water Park ke Pulan Orang Utan ke Eco Park berakhir di Chairf Lift. Perjalanan pulang, abang sayang mabuk sikit so, perjalanan agak lama. Singgah di R&R Tapah untuk Solat Asar dan Jamak Maghrib & Isyak. Sampai di PJ jam 10.00 malam lebih. Tunggu pula suami k.B datang jemput. Lupa nak bagitau yang ada 3 orang kawan tumpang untuk balik ke KL. Sampai rumah dekat jam 12 malam.

Ahad
Subuh dah bangun dengan beratnya tapi terpaksa bangun juga sebab kena hadir ke kelas. Kena present untuk group assignment. Nasib baik semester ni cuma 2 kelas je. So, kelas habis dalam pukul 2.30ptg. Balik sampai rumah jam 3 lebih, terus ajak Abang sayang dan anak2 gie lunch. Lepas lunch terus balik rumah. Badan dah penat. Lepas tutup pagar luar terus terduduk kat tepi post box. Abang sayang tanya, 'kenapa nie?''... Terus air mata berjurai kat halaman rumah tu...Macam buat drama swasta plak....

Apa jawapan mama?

"BADAN DAH PENAT SANGAT!"

p/s: Memang minggu yang sangat memenatkan......

Tuesday, October 9, 2012

Stress


Sedar tak sedar dah masuk minggu ke 5 dalam sem baru ni....Insya-Allah sem terakhir yang ada periksa.... Tapi dah STRESS dah pun... macam kat gamba kat atas tu..huhu...

Nak baca buku waktu malam, otak dah penat... Anak2 pulak baru kebah demam masing2.... Abah kat kampung sakit pulak...walaupun mak kata dah ok sikit, tapi hati tetap tak tenang selagi tak balik ke kampung... Abang sayang ajak balik minggu ni, tapi lagi 2 minggu dah Raya Haji plak.. nak balik kampung jugak... Confuse la jugak....

Then, cerita pasal kat kelas.....Task pertama dah present, tapi ada sikit amendment yang perlu dibuat sebelum disubmit semula.. Ada tambah second task untuk tunjuk kat kelas seterusnya....Aduhai...ala-ala add math la pulak... Aritu kat kelas ada  buat latihan. Lecturer cakap; lets try the simple exercise..simple dia kata. Jawapan aku 900, jawapan kat slide 97....kira cuba lagi lagi guna HP je (biasanya da kalkulator dalam beg, but I left my handbag at home).... Tapi salah jugak...hish...Tension....!!!

Pastu, subject yang lagi satu ala-ala Chemistry la  pulak...My lecturer is A Chemist OK... Mana nak  ingat all elements suke Ca , Te, P, C...and bla..bla..bla...  Ca + Te = ???? ..Kalau H2O tu semua orang tahu..... 

Bukak web, dah ada 2 assignment...due date 11 Nov and 25 Nov....Tu tarikh kawan2 opis gie Guang Zhou...  Arrrgghhh.....Nasib baik memang tak pergi pun...huhu...

Pendek kata memang STRESS la semester kali nie.. Nak kata menyesal salah pilih majoring  pun boleh jugak...tapi dah tak boleh putar balik...MOVE FORWARD...Mujur sekarang tengah semester break..... Boleh la bernafas sikit... Tapi boleh ke??

p/s: Kalau saya STRESS rasa macam nak menangis.... :(

Wednesday, March 28, 2012

Cik Viva ku sayang

Semalam, tiba-tiba tapak tangan kiri gatal..orang kata, tanda nak keluar duit....Nak keluar duit apa sebab belum gaji lagi....

Nak jadi cerita, pagi tadi masa ke tempat kerja, Cik Viva mengeluarkan bunyi yang sangat nyaring...sepanjang perjalanan pulak tu...Ada rasa nak berhenti sebab cuak..dah la hujan.... Masa kat simpang ke opis, telefon Linda sebab ingat nak minta tolong dia... Tapi ku teruskan juga menekan pedal minyak dek mengejar jam 8.00 pagi..huhu...Kalau tak merah plak kang... MAsakat parking terjumpa pulak K.Aida, sempat bagitahu dia nak pergi bengkel jap lagi...
Risau punya pasal, terus pergi bengkel yang biasa pergi tu..Tapi masih belum buka lagi.. Try pergi bengkel lain pun sama..... Kecewa...Balik rumah, bagitahu kat Cik Abang, kereta ada keluarkan bunyi...

Lepas bersarapan, Cik Abang kata pergi sendiri ye, Abang ada kelas.....huhu... Sampai begkel yang sama jam 10.00 pg.. Gaya macam baru buka je sebab semua mekanik sedang bersarapan...
Tunggu punya tunggu, sorang mekanik tue datang...

Mekanik: Apa masalah?
Aku : Break pad
Mekanik : Itu saja ka? Tak mau check yang lain?
Aku : Tak mau !
Mekanik : Ok !

So, dia pun ambik segala peralatan yang diperlukan dan mula membuka tayar dan break pad yang haus tu dikeluarkan.

Aku : (Mood tengok je)
Mekanik: (Pandang muka aku macam nak bagitau sesuatu je)
Aku : Kenapa?
Mekanik : Cik boleh tunggu sekejap tak?
Aku : Kenapa?
Mekanik : Spare part habis stok.. Baru order, kena tunggu
Aku : Lama ke?
Mekanik : kejap je..Lebih kurang 20 minit
Aku : Yelah...
Mekanik : Cik, tayar nie dah botak..
Aku : Husband saya kata ganti break pad je..
Mekanik : kena tukar nie..
Aku : Nanti balik saya bagitahu dia
Mekanik : Ok

Tak lama tu datang la Mat despatch hantar barang tue.. Usai semua, nak gie bayar la bayar kat tokey dia.
Aku : Berapa?
Tokey : RM 80.00
Aku : Aik, dulu RM 75.00 je
Mekanik : (Menyampuk) Campur labour cost ma..
Aku : (dalam hati) dulu satu RM35.00 X 2 jadi RM70 + labour cost RM5.00 = baru RM75.00
Mekanik : Tayar tak mau tukar ka?
Aku : Tokey, tayar satu berapa ?
Tokey : RM 135.00
Aku : Kalau empat?
Tokey : Sama
Aku: OK la...mau balik kumpul duit dulu...
Tokey : Thank you aa..
Aku :mmmm

Tu la dialog kereta ku..dah la semalamnya terajin pulak basuh kereta lepas balik kerja..dek dah sakit mata tengok kereta tu berhabuk.... Habis je lap, hujan turun dengan lebatnya... Punyala membebel, malam tu Cik Abang tolong lapkan balik..huhu... Masa tu dia kata dah terdengar bunyi yang pelik tue..

p/s: Tak sampai 2000km lagi dah nak kena servis plak...

Tuesday, February 28, 2012

Air oren Yang sedap!

Dek kerana keletihan yang amat sangat, maka pagi semalam terbangun lewat....sebab tersalah tekan 'stop' instead of 'snooze'... Sudahnya, kelam kabut..punch card merah...confirm kena potong gaji bulan depan..dah la memang bulan nie hari sikit, maka lebih banyak yang akan dipotong... Nasib badan...

Semalam pula merupakan 'Birthday' Abah tersayang yang ke 56 tahun...."Happy Birthday Abah....!".... Anak2 pulak sibuk nak telefon atuk Nasir nak sambut hari jadi atuk kata mereka..Tunggu yer anak2, esok kita balik kampung...Kami sengaja ambil cuti 2 hari (Khamis & Jumaat) sempena semester break nie...Saja nak release tension, kelas tiap2 minggu kan...Assignment melambak2 lagi...


Semalam jugak dah lancarkan blog baru mengenai 'kerja sampingan' bermula 3 tahun nan lalu....So, silalah melawat ke sini yer.... boleh juga melawat ke facebook...kata carian yang sama...
Maka sebelum melelapkan mata, Cik Abang bertanya, mampu ke nak manage semua nie dalam satu masa?.. Insya-Allah boleh dengan sokongan padu daripada semua orang...kan..kan....he..he...

Lupa plak, tadi ada buatkan Abang sayang air oren sunkist je untuk dia sebelum tidur...Dah berapa malam dia minta benda yang sama... Bila tanya kenapa, dia kata macam nie, " Air oren Yang sedappp sangat....he..he....

p/s: Kembang berbunga-bunga rasa di hati

Sunday, February 26, 2012

Gas habis

Pagi nie dimulakan dengan mood yang agak ceria sebab ala2 bersediala nak pergi kelas....Mandi, Solat Subuh, keluarkan baju dari mesin basuh, then masak air...keluarkan nugget, daging salai dan kepingan daging burger dari peti ais, petik2 dapur gas...tak keluar api pulak....alahai...gas habis ke....?? Oleh kerana memang dah berniat nak bawa bekal ke kelas, maka kena jugak keluarkan jugak kuali elektrik..Nasib baik ada kuali tue...berjaya bawak sandwich dan burger..Sarapan pulak roti sapu nutella je...Air kosong dan teh tarik wajib...hahaha..padahal selama nie bawak air milo je...

Agak mengantuk kat kelas hari nie sebab anak2 malam tadi berpakat bangun selang-seli minta tolong picit kaki...Selang berapa jam Airiel bangun, lepas tue baru nak lelap Naurah pulak, siap dengan iringan lagu nagis le tue Masing2 sakit kaki, almaklum semalam banyak berjalan kan....

Balik rumah sampai jam 6.40ptg...Lepas maghrib keluar ke Gaint Kota Damansara untuk dinner...Boleh pulak terjumpa cik Syira Fauzan dengan housematenya...


Jadi kat mana kami makan ye....?? Haa kat sini la...Abang sayang nak makan Nasi briyani kambing sebenarnya, belum sempat order, pelayan dah bagitau siap2 "kambing dah habis.."..Maka, masing2 ambil menu ayam je.. Ayam Briyani, Ayam masak merak untuk Mama dan Ayam Goreng berempah untuk anak...Lapar punya pasal, Mama order nasi kali nie, biasanya order mee bandung Muar...Takpe minggu nie balik Muar...

Lepas dinner, terus balik rumah and buat ulangkaji apa yang patut...Assignment melambak, nak ready untuk exam awal sket kali nie...huhu...

p/s: Cuti Semester Break kena buat at least 1 Assignment....

Wednesday, February 22, 2012

Apa cerita?

Dulu, masa mula2 buat blog, niat di hati nak tulis tiap2 hari macam kat dalam dairi..Tapi apakan daya hajat tak kesampaian.....Banyak jek tertangguh nak menaip dalam nie...

3 minggu kelas berturut-turut...agak meletihkan... abang sayang dulu kelas tiap2 malam OK tambahan pulak dah ada tugasan yang perlu dibuat..yang mana lebih mencabar dari semester yang lepas..... Class trip pun ada jugak...maybe on March and another one is in April....Opss...bahasa pun dah bercampur, malas nak fikir perkataan BM yang lebih sesuai...

Kesihatan kami sekeluarga pulak dalam tahap yang tidak menyenangkan..masing2 dah menunjukkan tanda2 nak kena demam selsema....Nampaknya, balik opis nanti memang kena gie Klinik untuk amik ubat...Prevention is better than treatment....

Hari ni jugak ada Birthday Party kat sekolah Naurah dan Airiel, mama terlupa la pulak nak prepare apa yang patut...Next 2 months la baru mama sediakan eh...

Nak pergi ke kelas, hari nie ajara topic Islamic Arts & Architecture.... antara topic yang ditunggu2 oleh student....

Ok...time nak gie class.....

p/s: Asyik baca blog orang je, blog sendiri malas nak update....

Wednesday, January 18, 2012

N3 pertama 2012

Kenapa saya lama tidak mengemaskini blog....???

Sebab utama ialah saya telah semakin sibuk...Manakala sebab yang lain ialah kamera dah rosak. Mana best N3 tiada imej... Seterusnya, 'mood' nak menulis tu takde...

Kenapa saya sibuk?
- Sibuk menjahit (mengejar 'dateline' terkini...)
- Anak ke 2 pun dah masuk Taska
- Sambung belajar peringkat ijazah Sarjana sejak September nan lalu...dah masuk semester ke-2 pun....Ahak..

Kamera rosak??
- Focus system error
- Belum hantar ke kedai untuk dibaiki
- Dengan erti kata lain, belum ada bajet nak beli yang BARU..huhu...

Mood??
- Sibuk baca N3 orang lain
- Mood belajar malam dan menyiapkan assignment lebih penting daripada mood menulis blog
- Lagipun, awal tahun lepas banyak insiden yang tak bersemangat untuk dikenang..maka cuba untuk meninggalkan tarikh tersebut....dah lepas pun... Kereta pun dah selamat dijual...
- Ingatkan saya sorang je yang tak berapa bermood sangat, kak jua lagi lah..dari bulan Sept tak 'update'..he..he..

p/s: Harap2 lepas nie ada la benda yang nak dicoretkan di ruangan ini....

Wednesday, August 17, 2011

Birthday Amin

Hari nie tersangatlah letihnya......

Cuti Nuzul Quran tapi seharian tak duduk kat rumah...

Ke Mid Valley untuk membeli keperluan raya................

Kebetulan pula memang ulang tahun kelahiran adik Amin dalam tahun hijrah...

Berbuka bersama-sama di Food Junction.....

Lepas buka terus balik rumah.....

Tak sempat nak berterawih kat masjid......

Kaki terlalu penat dek penangan Airiel yang asyik nak dukung aje.......

Tak berapa larat nak mengemaskini blog nie......

Esok lah.........

Nie berinternet pun sebab ada benda penting nak tengok.......


p/s: Ngantuknye....ZZZZZZZzzzzzzzzz........

Tuesday, July 19, 2011

Fuhhhhh.....

Alamak.....lama sungguh tak menulis di sini...dek ketiadaan 'blogspot' di pejabat. Faham-faham ajelah yea... Tambahan pula 'wireless' pun tengah mereng sekarang nie...

Tak tahu nak mula di mana.

Banyak yang dah tertinggal untuk diceritakan.....Hari Lahir Airiel di bulan 5 dan Perkahwinan kak Muna di bulan 6.



p/s: Harap selepas nie rajin kembali menjenguk ke alam nie......

Monday, December 13, 2010

Panas Hati

Hari Jummat yang lalu, 10.12.2010, kami pergi ke Melawati untuk mengambil Thesis abang sayang yang dijilid di sebuah kedai percetakan di sana. Sebenarnya, dah pergi pun semalamnya sebab mereka kata siap hari Khamis tengahari. Kami pergi selepas waktu bekerja dan sampai di sana jam 6 petang, tapi buku yang dijanjikan siap masih belum sampai di kedai. Setelah beberapa pangilan dibuat oleh staff yang bertugas, kami dimaklumkan bahawa buku yang ditunggu-tunggu hanya akan tiba di kedai tersebut selepas isyak iaitu lebih kurang jam 9 malam!!!. Kemudian, staf tersebut kata, kalau buku tu sampai awal, mereka akan telefon. Maka, dengan panas hatinya kami keluar dari situ. Niat nak ke pasar malam Melawati pun terbantut.

Keesokkan harinya, selepas semua urusan berkaitan pejabat selesai, kami pergi ke Melawati sekali lagi. Lebih kurang jam 10.51 pg kami tiba di kedai tersebut. Untuk mengambil buku, kami berurusan dengan staff di bahagian kaunter. Di sana, kami meminta bayaran dikurangkan sebab dapat lambat buku. Tapi staff tu kata kena tanya dengan ketua dia , staf no 36 yang berada di bahagian atas kedai. Mula-mula dia kata boleh tolak RM5.00, tapi kami kata nak tolak RM20. Dia kata mereka yang tentukan harga, bukan pelanggan. Kami tak setuju dengan cadangan tu sebabnya, janji hari Khamis tengahari siap, tapi kami sampai petang pun masih tak wujud lagi buku tu kat kedai. Kemudian suruh pulak datang balik lepas Isyak. Kalau dapat awal mereka akan telefon, tapi mereka hanya telefon pagi jumaat, itupun dah pukul 9.36pg. Jadi, kami kata, kami nak berjumpa dengan staff tersebut. Tapi staff no.36 tu, ada di bahagian atas pulak. Tunggu punya tunggu,dia tak turun-turun. Ikutkan hati nak je kami naik ke atas. Tapi disebabkan kami sedar yang ada had-had tertentu di kawasan kerja orang, maka kami tunggu jugak. Bila ditanya bila staff no.36 nak turun, dia kata sibuk, ada kerja. Hello...!! Ingat dia sorang ke ada kerja. Kami ni banyak lagi kerja nak buat tau. Takde maknanya nak kena berulang datang sini sekali lagi semata-mata nak ambil buku tue! tapi kena ambil jugak, penting beb! Thesis master tu . Muka staff kat kaunter bayaran tue dah bengang dah. Nasiblah... Yang lagi sakit hati, takde staff pun yang nak minta maaf atas kelambatan mereka. Semua staf kat situ cuma perhati aje babak yang berlaku. Nampak sangat semua nak curi-curi pandang dan dengar, termasuklah pelanggan yang lain. Ikut hati nak je buat kecoh..Dapat lah mereka tengok drama percuma. Hari Jumaat beb! penghulu segala hari. Kawalan diri perlu dijaga. Hee...hee..

Akhirnya setelah hampir 1/2 jam ada kat situ dengan hati yang membara, kami terus letak duit kat kaunter tu bayar mengikut apa yang ditentukan tannpa mengambil resit. Masa tue dah pukul 11.27 pagi. Mana nak kejar ke UiTM lagi, lepas tue abang sayang nak kejar sembahyang Jumaat pulak. Kami keluar sambil berkata "Terima kasih atas PERKHIDMATAN anda". Paham-paham sendiri lah yer...

Inilah yang menjadi isu..


p/s: Lepas nie TAUBAT, tak akan jejak kaki lagi ke kedai tue.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...