CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label kawan2. Show all posts
Showing posts with label kawan2. Show all posts

Sunday, February 24, 2013

Pertemuan: K.T.A.M

Selepas last reunion kitorang hampir 3 tahun nan lalu, masing-masing tiada khabar melainkan melalui FB sahaja. Teknologi sekarang lebih memudahkan jita untuk berjumpa kembali sahabat lama. Dengan adanya aplikasi WhatApps di telefon pintar masa kini sekali lagi membawa kepada pertemuan kami. Kali ini dengan date dan masa yang agak dekat, aku bertemu kebali dengan Su, CT dan Yot. Masa reunion kat melaka aritu, Yot tak dapat datang sebab berpantang.

Pertemuan Pertama: Pn. Suhaiza  @ Steak House
Tarikh: 22 Feb 2013
Sebab perjumpaan: Amek barang dari Jakarta
Geram dengan Sufi, rasa nak geget


Kenangan dengan Su & Sufi
 Pertemuan kedua: Pn. CT @  Q Bistro, Tesco Mutiara Damansara
Tarikh: 23 feb 2013
Sebab pertemuan: Ambik Sabun
Ayunya puan CT kita ni....

Pertemuan ketiga: Pn Nadia a.k.a Yot @ Manjalara
Tarikh: 23 Feb 2013
Sebab perjumpaan: Nak amek sabun
Yot & Me with kids



Yot with Elena
Sempat jamu ni je, sbb paginya dah dating ngan CT
p/s: Semoga pertemuan kali ini menbawa kepada jalinan ukhwah yang berpanjangan......Amin...

Monday, February 18, 2013

Jakarta Aku Datang

Tajuk macam tajuk filem...tapi kali ni heroin dia ramai....sebab ni ala2 Girls Day Out..spouse suma tinggal jaga anak OK...huhu... Ada sorang je hero tapi dah jadi milik orang ye...

Kami ke Jakarta...Kami tu Aku, Achah, Linda, Yana dan Raz + family... K.Aida tertinggal kapal terbang kali ini. Lagipun skarang dia kapal lain, kami masih di kapal yang sama...


Hari 1
8.22 am - SMS dari Achah, tanya  dah kat mana...dah otw  masa tu...baru je memulakan perjalanan ke LCTT dengan menuruh adik menekan pedal minyak Kancil sehabisnya. Mau taknya....malam tadi tak tidur, sibuk siapkan assignment yang kena re-do tu.. Tak sempat pun nak susun seeloknya..... Pastu kelam kabut mandi and kejut adik. Nasib baik anak2 + Papa diorang dah balik Bahau semalam.
So, sampai je LCTT, terus check in beg dan terus masuk tempat menunggu. Tak lama tu naik kapal terbang, nak tidur perut lapo plak. Lepas dapat makan baru tido tup-tup dah sampai.

Kami terus ke hotel. Ok jugak hotel tu.. Namanya Thamrin Residence, lokasi betul2 sebelah Thamrin City Mall...bawah ada kedai 24 jam dan kedai makan. Lepas check in hotel, kami keluar lunch, rehat sekejap, then ke Carefour Kuningan. Malam tu makan kat area bawah hotel tu jugak. Service out la kedai tu...lambat & tak mesra..Nasib baik kat negara orang. Oh ya, sebelum tu kami ke Thamrin City Mall tapi banyak kedai dah tutup. Awal betul kedai kat sana tutup yer...

Sampai  je hotel snap gambo dulu sementara nak tunggu check in

Hari 2
kami breakfast kat hotel je...Dah masuk package kan... Kemudian, kami terus ke Tanah Abang dengan tujuan utama shopping barangan nak jual kat Konvo..Tu alasan je...banyak nak beli barang sendiri je...hahaha.... Memang rambang mata dok kat sana...setiap tingkat kitorang ronda kecuali tingkat beg + aksesori... kedai jual reben pun kitorang masuk. Murah tu reben-reben kat sana... Tengahari makan kat Foodcourt Tanabang...Ok la..



Ini je la yang sempat posing, yang lain sibuk shopping...huhu

Kitorang borong berguni telekung kat sini, suka tokey kedai ni

Malamnya, setelah berfikir2 nak keluar ke tidak, akhirnya kami ke Sarina Kompleks untuk mencari money changer...hahaha....duit Rp dah habis, tinggal duit RM je... yang dah kosong tu memang kena cari ATM la. Nasib baik kemudahan perbankan dah mudah sekarang....hihi.... Setelah poket kembali terisi, kami ke sebuah restoren Nasi Padang.....Glamer restoren ni, branch kat KL pun ada.... Pilih punya pilih amek 4 piring lauk je untuk makan 3 orang. Opps....lupa nak bagitau, Yana tak ikut keluar ni sebab katanya nak berehat.
Hambek kaw lauk yang dihidangkan....

Mana satu yang betul nih???

Gambo terpenting kat sana, senang nak cari kedai tadi...huhu

Cups
 Hari 3
Malam tadi dah berdiskusi untuk pilih satu sahaja destinasi nyopping....Thamrin City Mall or Tanah Abang.... Semestinya TANAH ABANG....So, apa yang dah berkira-kira dalam kepala hendak dibeli + kiriman member dan adik beradik, maka berborong untuk kali terakhir sebelum kami semua bertolak pulang ke tanah air... Kali ni dah tak rambang mata, sebab dah tahu apa nak beli. Tapi, memang tabik spring kat Chah sebab dia boleh ingat segala lorong2 dalam bangunan Tanah Abang tu...pergghhhh...Wa Salute sma lu...

Settled je beli semua barang, (exceli setelang poket kosong ye kawan2) , kami balik ke hotel untuk check out dan berangkat pulang ke Malaysia. Kebetulan masa sampai di airport ada Dragon Dance Performance. Layan mata kejap.




Oleh kerana sampai awal di perbandaran, maka kami memgkongker kerusi yang ada utuk buat persidangan meja bulat.

Muka-muka bosan
 Kenapa muka bosan??. Ahaaa.... sebabnya tak dapat beli FM...Nak peta Indonesia or Jakarta tapi mahal banget sih.. Lain bulan kirim kat Chah...
Beli donat buat bekal atas kapal. Tengok kat belakang tu, gigih Si Raz gendong si Seif


Sempat posing sebelum naik kapal mabur

Sampai rumah dah malam sangat. Anak-anak dan asben dah makan, makan singgah 7E makan ni je la.


Ni je la yang mampu buat masa ni.....(mampu masuk perut daaa)
 p/s: Lepas ni trip ke mana pula yerr???

Friday, November 23, 2012

Farewell 'Pot Luck'

Hari ni hari terakhir untuk K.Aida berada di FABE kerana berpindah kerja di tempat lain.... So, seperti biasa pakat-pakat buat  potluck.... Apakan daya, misi mencari rak dapur gas baru berjaya diselesaikan malam tadi (Sila lihat gambar terakhir).. Lagipun awal-awal dah bagitau yang 'pot luck' kali ni aku nak beli aje.... Tapi tempah dulu kat makcik jual nasi lemak kat area nak gi opis lama.... Tiada gambar yang diambil bersama sebab masa K.Aida sampai dengan membawa kek Secret Recipe nye, aku keluar kejap ... Adahal...huhu.... tengok gambo menu jela ye....


Tengok aku bawak apa.... haaa Sambal Paru Goreng + Rendang kerang (tak tulis)... Masa nak balik tu semua salam2...tapi takde pun yang sayu sangat sebab diorang nanti jumpa gak masa trip kat  Ghuangzhou nnt....... Tapi sayu gak.... nangis dalam hati je la....  Kalau rasa tak best kat sana, balik sini ye.. Lagipun separuh nyawa ada lagi kat sini kan.....

Beli kat HomeStar Selayang

p/s: Sob...sob...sob...

Tuesday, March 13, 2012

Koleksi Lama & koleksi Baru

Jumaat lalu, kami ke IKEA sempena sale yang baru bermula 8 Mac hingga 25 Mac ini. Barang sendiri cuma kotak fail je, yang banyak dan ringan barangan kak Jua beserta kawannya yang berupa bantal kecil...Untuk anak-anak katanya......Mula dia kirim 2 biji je, tapi bila tahu harga dah turun sebab sale nie, dua tiga kali call nak tambah order...Bila bawak balik tue, susun punya susun dan macam koleksi dah... Naurah pun mintak satu...Nantila ye nak, kalau Mama pergi IKEA lagi...


Selonggok....

Cuba susun sikit....Yang depan kakak punya, yang belakang kawan dia punya..

Bercerita mengenai koleksi ni, nak share la antara koleksi terbaruku..tapi tak lah baru sangat..Bermula Julai tahun lepas, dah start kumpul kod bar MILO untuk program penebusan Van Milo. Kalau ikutkan penggunaan sendiri, memang agak mustahil unutk mendapatkan kesemua van yang ada. Dah la ada 2 saiz, besar dan kecil. Ada 6 jenis semuanya.... Atas sokongan dan pertolongan kawan-kawan di opis, maka dapat lah 8 buah semuanya; 6 kecil and 2 besar. Kalau dikira-kira, mahu habis RM500 lebih untuk membeli Milo...Itupun kalau kira beli yang pek 2kg. Pek kedai 3kg disqualified.... Proram nie berlangsung selama 3 bulan. Koleksi pertama Bulan Julai van 50an dan 60 - 70an. Dapatla juga pergi tukar kat pusat penebusan di Taman Mayang, PJ. Koleksi kedua 80an dan 90an. kali nie dah tak boleh tebus kat sana sebab dah habis dan terhad. Sangat limited. Ada tak sampai 4000 buah je untuk setiap bulan...Kat Mudah.com pun mau beratus orang jual......Maka kena melalui pos. 3 kali la pos laju datang rumah hantar parcel..Penghabisan penghantaran adalah pada awal bulan Januari lepas. Kepada kawan-kawan, Achah, K. Aida, Linda....Terima kasih daun keladi, lain kali boleh tolong lagi...hehe...

Jom layan gambar.....

Van mini 50's & 60's-70's

Van mini 80's & 90's

Van mini 2010 & 2011


Van besar 90's


Van besar 2011

Keseluruhan koleksi Van mini .... :)

Itu cerita koleksi baru. Ini pulak cerita pasal koleksi lama.....NOVEL...Maklumlah hobi membacala katakan....Sebenarnya ada lagi, sebahagian tu ada member pinjam....Rumah kat kampung pun ada tapi lebih kepada adik punya la... Kebanyakkan novel dibeli atas penulis itu sendiri..Antara penulis kegemaran ialah Aisya Sofea, Anis Ayuni, Norhayati Berahim, Damya Hana dan Sharifah Abu Salem...Norzailina Nordin pun OK gak...dia pun ada buku masakan.... Kalau novel penulis lain tu, biasanya kawan bagi hadiah.....

Opss....yang novel paling kanan tu Abang sayang yang punya...hehe....

p/s: Lain kali cerita pasal koleksi lain pulak

Wednesday, March 7, 2012

Pindah Opis

Minggu nie dimulakan dengan hari yang penuh keletihan sebab..........

KAMI PINDAH OPIS!!!

Arahan berpindah nie dapat masa kami bercuti 2 hari aritu.. Maka sepanjang cuti dok teringatlah prang lain dah berpindah keluar dari opis lama ke opis baru.....Kat mana opis baru tue?? haha..dekat je.....Pindah blok sebelah je... Dulu kat Blok F tingkat 4, kini di Blok E tingkat 5...tempat CLMS lama....

Kerja-kerja mengangkut mengemas barang dimulai dari jam 9.30 pagi....berulang-alik menggunakan troli yang ada...lepas lunch ingat nak habiskan satu almari barang guna troli, apakan daya ramai pulak yang nak guna...maka berulang-alik pulak gunakan eco-bag..Mana-mana student yang terserempak tu, confirm ke tolong angkut barang....Takpe..jasamu ke kenang...

Lunch pulak, semua pakat makan nasi ayam dara, makan kat area makan baru kat opis baru nie...Seronok juga sebab makin besar tempat makan tu..huhu..

Esoknya, sambung kemas opis lepas kelas. Hari Selasa kelas jam 8pg - 10 pg je....Kebanyakkan lecturer mintak student tolong kemas lagi baki barang yang ada kat opis lama...lebih-lebih lagi opis dean.

Yang paling pening ialah bila nak memuaskan hati semua orang dari segi lokasi tempat duduk (working space) masing-masing...

Tambah pening lagi bila ada meeting tergempar jam 3 ptg yang menyebabkan terpaksa meninggalkan opis dalam keadaan tergesa-gesa... Ha..ha...Kalau saya berpersaan macam nie memang tak boleh menghadap sesiapa pun. takut terbuat benda-benda yang tak masuk akal, pendek kata, takut terbuat benda BODOH...! ....Saya memang macam tue...Yang pastinya akan pulih dengan sendirinya...LEAVE ME ALONE!!!!!

p/s: Susah nak puaskan hati orang, susah lagi nak puaskan hati sendiri.

Sunday, August 21, 2011

Flaming Steamboat Buffet @ 9.00pm

Kenapa tajuk di atas tue begitu ye?? Sebabnya, kami sebahagianpejabat nak berbuka puasa di Flaming Stemboat Buffet kat Bandar Sunway, tapi disebabkan lewat membuat tempahan, maka kami tepaksa mengambil tempat kedua iaitu jam 9.00 malam...sebelum tue, kami beramai-ramai berbuka di rumah ku dahulu..... tapi tiada gambar di N3 nie sebab aritu ambil gambar guna kamera Linda Rosly.


Setengah daripada rakan pejabat pernah ke sana, tapi ada sebilangan yang pertama kali menjejakkan kaki di sana termasuklah kami sekeluarga. Tiada gamabr pada permulaan makan dek tuntutan perut yang minta diisi.


Hanya gambar di penghujung waktu di sana saje ye....

Habis licin....Naurah kata best makan kat sini....


p/s: kami balik awal sebab anak2 pakat mengantuk...masuk kereta terus tidur

Saturday, March 19, 2011

Cerita-ceriti 1/2 Mac 2011 (Bahagian 1)

Wah..wah....tajuk N3 kali nie dah macam segmen dalam Lagu Tiga Kupang pulak...Dah agak lama tak 'update' ceriat-cerita terbaru...

Antara cerita-ceriti ku ialah makan-makan di pejabat sempena gaji pertama kak Elis & Kak Ayun serta hari pernikahan Rizal buat kali yang kedua , dan Hari Keluarga Waris Dato' Muda Omar yang berlangsung pada hujung minggu lalu di Batu Kikir. Tak lupa, Hari pendaftaran kokurikulum yang berlangsung dengan meriahnya.

Majlis 'potluck' kali nie tiada tema yang khusus. Bawa aje apa2 yang boleh dikongsi makan dan pastinya menyelerakan. He..he...Hari itu, hidangan yang menjadi pilihan ialah Sambal Tumis Ikan bilis dan ubi rebus.
Info gambar: Kari ayam (Hafsah), Nasi goreng kerabu ( K.Ayun), Aiskrim (Mukram), Kuih-muih (Liyana) dan Ubi rebus + Sambal Tumis

Info gambar: Tembikai (Linda), Puding (K.Ayun), Kek Oren + Kek Pisang (Razlinda), Sandwich ( Ain) dan Peruk Tahu (K. Aida)

11 Mac 2011

Tarikh ni merupakan tarikh pernikahan salah seorang staff FABE iaitu Rizal dan pasangannya Hafitah (Betul ke ejaan namanya nie?)...Oleh kerana sudah memberitahu Rizal bahawa kami tak dapat menghadiri majlis di rumahnya pada hari Ahad nanti, maka kami mengikut rombongan Cik Hafsah ke Nilai untuk menghantar hantaran yang telah kami siapkan semasa cuti pertengahan semester yang lalu secara bergotong royong. Antaranya ahli bunga dip kami: Kak Ika (secara maya), Kak Zam (pemilih tema)kak Aida, Roslinda, Hafsah (Direktor),Razlinda dan beberapa tukang komen: Ayie, Mukram, Cik Mail dan tentunya Rizal sebagai pelanggan utama.
Sirih Junjung dibuat oleh kawan Ayie.


Kek Hantaran disediakan oleh Kak Che Pah

Bekas cincin dan jam digubah olehku

Baju kurung sepasang : bungan hasil ilham Hafsah

Minyak Wangi digubah oleh Hafsah

Semua hantaran di atas pahar di rumah Rizal

Kami bertolak ke Nilai jam 9.30 pagi dengan menaiki 2 buah kereta. Antara ahli rombongan ialah Kak Ayun, Kak Elis, Roslinda. Manakala Hafsah dan Azam menumpangkan kami untuk ke sana. Kami berpecah kerana hendak singgah di Ampang untuk mengambil pahar di rumah mertua Hafsah dan berjanji untuk berjumpa di perhentian R & R Nilai.

Kami dijamu dengan nasi putih berlaukkan masak asam pedas ikan merah dan senangin, sayur campur dan karipap pusing yang sangat sedap. Rasa macam nak mintak bawak balik je....Selesai makan, kami memnita diri untuk pulang ke Sri Damansara. Perjalanan pulang kami menupang pula Alza baru Cik Azam sebab Hafsah ada hal lain......

Bersambung......

p/s: Nampaknya cerita Hari Keluarga dan Hari Ko-kurikulum terpaksa di bawa ke bahagian ke-2

Monday, February 14, 2011

Kenduri Rumah Kak Zam

Minggu lalu, kami mendapat panggilan daripada keluarga angkat di Kampung Bantal, mengatakan bahawa ayahanda Sulaiman telah pulang ke Rahmatullah pada 5hb Februari 2011. Mereka kata ada cuba menghubungi pada hari tersebut, tetapi talian tidak dapat dihubungi. Al-Fatihah buat Ayah Sulaiman. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Semalam, kami pergi ke Taman Puncak Jalil sempena kenduri naik rumah kak Zam + En. Zolpairi. Pada mulanya berpakat dengan Chah untuk bersaing. Tapi disebabkan mereka hendak menunggu En. Ayie dahulu, maka kami bertolak dulu memandangkan keadaan kereta yang tak boleh laju nie. Jalan perlahan-lahan dulu...Alamat pula, minta pada kak Aida sebelum bertolak tue. Jumaat aritu tak ambil sebab ingatnya nak ikut Chah je...

Setibanya kami sana, kelihatan kak Aida sekeluarga sedang menjamu selera. Kami meninjau kawasan rumah kak Zam terlebih dahulu sebelum menikmati makanan yang disediakan. Banyak makanan yang menjadi hidangan tetamu pada hari itu. Antaranya ialah nasi beriani, gulai kambing, ayam goreng yang sangat sedap , rendang daging, dalca, bubur pulut hitam dan beberapa kuih muih.

Sebelum kami pulang, kami sempat mengambil gambar di bahagian ruang makan dan salah satu sudut rumah kak Zam saja. Itupun sebab malu nak petik kamera berulangkali. Rumah ini serba hijau. Hijau pula warna kegemaranku walaupun ramai yang megatakan kesesuaian warnaku adalah warna merah jambu. Iye ke???


Persinggahan kami sebelum pulang ialah di UIA PJ. Kami ke sana untuk berjumpa dengan pelajar Abang sayang yang akan menghadapi 'Portfolio Day' pada hari ini. Tujuan lain adalah untuk membincangkan mengenai 'Farewell Party' yang akan diadakan esok.

Balik dari kerja hari ni, kami pergi ke Tesco untuk membeli barangan yang diperlukan dan makan di KKFC. Dah lama anak2 nak makan KFC nie.....Tapi sebenarnya kami tak suka pergi ke KFC kat Tesco Kepong nie, sebab layanan yang kurang memuaskan. Sebelum pulang, sempat menyinggah ke kedai buku Popular untuk membeli novel. Kononnya nak baca masa tunggu kereta siap diselenggara hari Rabu ni. Dapat rebet 25% lagi tue....

p/s: Persediaan untuk esok bermula selepas ini.

Saturday, December 25, 2010

2nd K.T.A.M Reunion @ de' Village Resort

Hujung minggu yang lalu merupakan antara hari yang paling menggembirakan sepanjang tahun 2010. Kenapa ya? Haa..sebabnya ialah, bekas pelajar Kolej Tunku Ampuan Mariam 1993-1995 telah mengadakan ‘Perjumpaan Semula’ untuk kali yang kedua. Kali pertama, mereka buat di Hotel Legend, 27 Februari yang lalu, di mana kami tidak dapat hadir kerana ada urusan keluarga di Muar.
Selepas bersarapan di pagi Sabtu 18 Disember 2010, kami terus bertolak ke Ayer Keroh, Melaka. Perjumpaan pada kali ini diadakan di de’ Village Resort yang terletak besebelahan dengan kawasan Zoo Melaka. Oleh kerana kami baru sahaja melawat ke Zoo Melaka dalam tahun ini juga, maka kami tak singgah pun ke sana.
Kami mendaftar masuk lebih kurang jam 1.30 tengahari. Semasa berada di lobi, terserempak pula dengan Nurleeazurah (Anne). Tapi kami cuma bersalaman sahaja, memandangkan masing-masing mengejar masa untuk makan tengahari. Selesai urusan di kaunter, kami terus meletakkan barang di bilik 701 dan keluar ke Jusco Bukit Katil untuk makan tengahari di Medan Selera.


Lebih kurang jam 5 petang, kami anak beranak menuju ke kolam renang untuk aktiviti yang sangat dinantikan oleh Naurah dan Airiel. Pada masa yang sama, ramai juga bekas pelajar K.T.A.M yang ada di sana bersama keluarga masing-masing. Antaranya, Wanda, Sue, Djah dan Jai. Yang lain tak nampak muka, mungkin melayan televisyen di bilik.


Acara utama pada perjumpaan semula kali ini ialah makan malam yang di adakan di dewan bersebelahan kolam renang. Suasana memang meriah dan gamat. Nasib baik ia adalah tempat tertutup. Masing-masing sibuk melayan anak-anak makan tapi sempat bergosip . Sambil makan, ada juga acara cabutan yang tak bertuah, di mana kami mendapat satu beg makanan ringan. Ada juga hadiah-hadiah yang besar seperti baucar bernilai RM1000 , RM500, RM300 & RM50 yang ditaja oleh Ogawa dan Seng Heng. Siapa ynag dapat tu kira bertuah la. Acara untuk kanak2 ialah rebut gula-gula. Naurah dapat no.4. Seronok dia sebab dapat hadiah jugak.
Selain tu, ada juga kuiz untuk menguji daya ingatan bekas pelajar K.T.A.M. Maklumlah, dah 15 tahun meninggalkan sekolah tercinta. Masa sessi menjawab memang riuh sangat, sebab masing-masing berebut untuk mejawab, sebahagian menggaru kepala sebab dah lupa fakta. Hee..hee…
Antara soalan Kuiz:
- Siapakah pengasas Kolej Tunku Ampuan Mariam?
- Siapakah pengetua K.T.A.M pada masa tersebut?
- Namakan 6 kelas yang terdapat di K.T.A.M
- Namakan Rumah sukan yang terdapat di K.T.A.M Saya cuba jawab soalan ini
- Namakan 10 buah dorm yang terdapat di K.T.A.M
- Berikan nama guru, matapelajaran dan gred apa yang anda dapat semasa P.M.R (Saya jawab soalan ini)
- Siapakah ketua warden asrama?
- Namakan istana yang terletak di hadapan sekolah
- Apakah permainan yang paling popular pada masa itu?





Habis acara makan, kami bergambar beramai-ramai, sebelum acara bergambar rasmi pada esok hari. Kemudian, masing-masing dikehendaki mengambil kemeja-T di bilik Azah no. 1001. Acara tak rasmi bermula jam 10.30 malam di mana kami berkumpul di bilik Ijan dan bilik Wai untuk berborak sakan. Maka keluarlah segala cerita-ceriti kenangan zaman persekolahan. Para ibu, sibuk mendodoikan anak masing-masing sambil mulut bercerita. Riuhlah bilik Wai malam itu. Mereka berborak sampai 3 pagi, tapi kami dah balik bilik jam 1 pagi memandangkan Airiel dah terjaga. Dia punya menangis satu blok resort boleh dengar.



Keesokkan paginya, 19 Disember 2010, kami bersarapan bersama-sama sekali lagi. Menarik juga makanan yang dihidangkan. Roti canai dan kauh dal garing dan sedap tapi takde sambal tumis pulak. Mee goreng yang disediakan juga enak. Masa ambil makanan, puan presiden tegur sebab tak pakai tudung warna Merah Jambu. Eh ada ke arahan tu? Tak perasan pun. Takpelah, bukan kami seorang yang pakai tudung warna lain. Fahza pakai warna putih, Djah warna campur-campur, Ct warna hitam. Ok apa… ayat penyedap hati.
Acara bergambar rasmi dimulakan dengan bekas pelajar K.T.A.M, kemudian anak-anak yang tak gheti duduk diam , dan sang suami yang segak belaka.



Selesai besalaman dengan semua orang, kami berangkat pulang ke Bahau sebab ada kenduri kahwin.


p/s: Pertama kali pergi kenduri kahwin pakai kemeja –T dan seluar jeans…..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...