CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label kenduri. Show all posts
Showing posts with label kenduri. Show all posts

Tuesday, September 4, 2012

Adikku Kahwin sudah....

31 Ogos 2012....
Salam Hari Merdeka.....
Juga Salam Lebaran 1433H....
Terpahat kenangan terindah buat Amin dan pasangannya Shiqim....

Didoakan agar rumahtangga yang dibina sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Yang Maha Esa...Amin....

p/s: Sedih + gembira adik kahwin ni.... Tinggal lagi sorang je....

Saturday, June 30, 2012

Ilyas Reception

Hari nie, pepagi lagi dah gerak ke Johor Bahru untuk menghadiri Majlis Perkahwinan sepupu belah abah, Ilyas...Langkah bendul gak nie... Kali ni pergi dengan Mak, manakal Amin pulak jaga Abah di rumah...Kebetulan pulak tiada kelas hujung minggu nie, jadi dapat la datang ke mari. Pasangan pengantin ni sebenarnya berkahwin pada tengan bulan lalu di Ipoh. Masa tu Kak Jua sekeluarga, Pika dan Amin  yang kesana. Kali ni giliran saya pula ye...

Majlis diadakan di Dewan Azalea, Sekolah Kanak2 Istimewa. Walaupun ada peta, saja je menguji daya minda untuk mengingati kembali jalan2 di JB. Dah banyak yang berubah jalanya sebab banyak 'flyover' sana sini. Sambil mak dok bercerita tentang memori dia perigi ke JB semasa membawa abah ke hospital. Berpandukan 'signboard' ke Pusat Bandaraya', akhirnya kami tiba di tempat yang dituju walaupun sebenarnya jalan yang digunakan jauh sikit dari jalan kat peta..Haha...

Sebenarnya, masa tingkatan 2 dolu2 pernah pergi ke tempat nie sempena Pesta Makanan kanak2 Spastik. Tu sebab rasa 'Macam pernah kulihat tempat nie, tapi di mana ya?' Haha..

So, sampai saja kat dewan tu, tak de tetamu yang datang lagi. Masa tu tengah 'setting' dewan. Bila makanan siap, terus makan dengan family. Then barulah boleh 'rewang'. Tugasan kali ini ialah mengagihkan 'goodies bag' dan juga berkat kepada para tetamu yang nak balik. Bekerjasama dengan Cik Ina dan Izad, sambil di'supervise' oleh Atok kusayang...Atok Odah jadi 'banker' hari tu..'Banker' lelaki, 'Hafizul'...

Masa Mama sibuk rewang, Naurah ke hulu hilri dengan kamera. Semua gamabr yang ada dalam N3 nie adalah hasil bidikan my doter. Bila tengok balik gambar2 kat kamera, ada 309 gambar yang dia ambil termasuklah kawasan luar. Setiap pokok dia nak snap. Airiel pulak dapat member main PSP, Cik Akim dan Cik Haikal.

Pengantin siap jam 2.30 ptg. Kami meminta diri pulang dekat jam 5 ptg. Sempat singgah di Air Hitam.

Nak tengok pengantin tak? Tadaaaa......
 Visual dari pintu masuk dewan
 Lilin 'elektrik'
 Goodies untuk kanak2
 'Goodies' untuk tetamu
 Pelamin dan meja makan damai
 Bunga telur
 Mama dan Cik Ina
 Kek Pengantin
 Haaa.....Kantoi...Naurah di situ
 Adik beradik pengantin except yang kiri tue
 Pengantin dan mak sedara except me, and Atok Odah di tengah2
Banting kat pintu pagar dewan

Itu je gambar yang diupload...Yang lain tengok kat FB je la...hehe...

p/s: Selamat Pengantin Baru Ilyas dan Erny.....Semoga Berbahagia selalu...

Tuesday, February 22, 2011

Istiadat Kerjan

Hujung minggu lalu 20 Februari 2011 bersamaan 17 Rabiulawal 1432, berlangsung satu Istiadat Kerjan mengikut Adat Pepatih bertempat di rumah Mak Ngah di Kg. Bukit Kerdas, Batu Kikir, Negeri Sembilan Darul Khusus.


Dialek Negeri Sembilan menyebut istilah ini sebagai "Kerojan" yang bermaksud 'Kerajaan' dalam bahasa baku. Rujuk di sini



Acara bermula jam 10 pagi di mana bapa dan ibu mertuaku diarak masuk ke halaman rumah dengan paluan kompang. Ala-ala pengantin baru gitu. Bapa mertuaku disambut oleh kakak beliau dengan membasuh kaki sebelum menaiki tangga rumah. Selepas itu mereka naik rumah dan terus duduk di tempat yang disediakan. Ala-ala pelamin la..


Upacara dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan seterusnya bacaan Yassin dan Tahlil untuk semua ahli keluarga bapa mertuaku yang telah meninggal dunia.

Di bawah ini merupakan gambar-gambar sekitar majlis di rumah Mak Ngah Dara yang diambil oleh Abang sayang.

Mak dan Amin datang dari Muar turut merafak sembah


Sebelah petangnya, majlis berlangsung di rumah mertuaku. Mengikut adat, acara bermula di rumah pusaka ibu, kemudian barulah dijalankan di rumah sendiri. Petang itu kami menyediakan mee hoon goreng beserta beberapa kuih muih sama ada di tempah ataupun di bawa oleh saudara dan jiran tetangga. Alhamdulillah majlis berjalan lancar sehingga ke penghujungnya.

Kami pulang ke Kuala Lumpur pada keesokkan harinya setelah urusan mengemas pinggan mangkuk selesai.

Hari Khamis nie 24 Februari 2010 berlangsung satu lagi upacara kerjan di rumah mertua ku...Kali ni untuk Dato' Komo dan Dato' Paduka Tuan pula.

p/s: Kesian buat Mak dan K. Kur sebab kami tak dapat balik hari nie demi tuntutan tugas....

Thursday, February 17, 2011

Maulidur Rasul


Kelmarin, sempena cuti Maulidur Rasul, kami mengambil kesempatan untuk mengadakan sedikit jamuan perpisahan para pelajar Abang sayang yang akan menyambung pengajian di Kampus Gombak. Mereka telah bersepakat untuk datang ke rumah kami. Oleh kerana jumlah yang datang tidak begitu ramai, boleh la kami menyediakan makanan sekadar yang perlu sahaja. Iye ke??? Menu untuk hari tu: Spagheti, Puding kastard dan koktel, Popiah goreng + kek Coklat kukus. Semuanya dimasak sendiri tau.

Pada mulanya, mereka kata nak datang jam 10 pagi untuk membantu mana yang perlu. Tapi disebabkan mereka tidak mendapat kenderaan untuk dipinjam, mereka mengambil keputusan untuk menaiki komuter. Hanya itulah pengangkutan awam yang berhampiran dengan rumah kami. Mereka beramai-ramai bertolak jam 10 pagi dari PJ dengan menaiki bas hingga ke KL Sentral. Kemudian mereka menaiki komuter pula ke stesen Kepong. Lebih kurang jam 11 lebih barulah mereka sampai ke sini. Apa lagi, kerahan tenaga la lepas tu. Bukannya sengaja nak mendera mereka, tapi tangan kiri mengalami kecederaan ringan yang menyebabkan agak perlahan aktiviti yang hendak dibuat. Antara tugasan mereka ialah mengupas dan memotong bawang, potong sayur, potong cendawan, lipat popiah, lap pinggan mangkuk dan membuat air.



Keadaan rumah masa tue dah macam nak buat kenduri pulak.



Makanan dapat dijamu jam 1.30 tengahri. Tapi tak sempat nak ambil gambar makanan siap sebab terus diserbu. Niat datang pun memang nak makan kan.....


Air oren habis, ganti air sirap pulak, lepas tu Teh O


Selesai solat Zuhur, kami menikmati popiah yang digoreng oleh Ain dan air teh O yang disediakan oleh tuan rumah sambil bercerita kisah2 di matrik dan melihat koleksi album kami. Album paling laku ialah album Abang sayang masa dia belajar la...Masa tu dia kurus lagi. Tak sampai 50kg pun. He..he...

Popiah je yang sempat diambil gambar, yang lain dah selamat kena serbu

Bergambar ceria sebelum pulang. Had sampai kul 8 mlm je

Itu cerita kelmarin.

Cerita semalam.....Seharian berada di bengkel kereta.

Semalam selepas menghantar Naurah ke Taska, kami terus menuju ke Perodua Servis di Taman Bukit Maluri, Kepong untuk menghantar kereta sebab dah sampai tempoh jarak pembatuan untuk diselenggara. Pada mulanya, 'Service Advisor' tu memberitahu tempoh siap bagi semua kerja adalah lebih kurang 220 minit termasuklah 'Allignment & Balancing'. Jadi, kereta tu akan siap lebih kurang jam 1 tengahari. Tapi disebabkan hal yang tak diketahui, kereta tu siap dalam pukul 4.30 ptg. Habis segala rancangan yang dirancang hari tu. Sebenarnya, selepas kereta siap nanti, nak balik ke pejabat untuk membuat salina nota untuk kelas Jumaat. Tapi dah jadi macam nie, terus tak tahu nak fikir apa. Rasa macam nak menangis pun ada. Nasib baik lepas diservis tue, kereta macam dah kurang bunyi kat belakang masa nak membrek. Kira puas hati la jugak. Maklumlah, kereta Viva nie dah jadi kereta utama, sementelah kereta Gen2 masih tersadai di bengkel.

Malam tu, kami makan di luar sahaja sebab Cik Abang sayang kata, muka dah macam orang nak pengsan. Mana taknya, seharian duduk di bengkel. Sejuk pulak tu.

p/s: Bersyukur mempunyai suami yang prihatin....

Monday, February 14, 2011

Kenduri Rumah Kak Zam

Minggu lalu, kami mendapat panggilan daripada keluarga angkat di Kampung Bantal, mengatakan bahawa ayahanda Sulaiman telah pulang ke Rahmatullah pada 5hb Februari 2011. Mereka kata ada cuba menghubungi pada hari tersebut, tetapi talian tidak dapat dihubungi. Al-Fatihah buat Ayah Sulaiman. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Semalam, kami pergi ke Taman Puncak Jalil sempena kenduri naik rumah kak Zam + En. Zolpairi. Pada mulanya berpakat dengan Chah untuk bersaing. Tapi disebabkan mereka hendak menunggu En. Ayie dahulu, maka kami bertolak dulu memandangkan keadaan kereta yang tak boleh laju nie. Jalan perlahan-lahan dulu...Alamat pula, minta pada kak Aida sebelum bertolak tue. Jumaat aritu tak ambil sebab ingatnya nak ikut Chah je...

Setibanya kami sana, kelihatan kak Aida sekeluarga sedang menjamu selera. Kami meninjau kawasan rumah kak Zam terlebih dahulu sebelum menikmati makanan yang disediakan. Banyak makanan yang menjadi hidangan tetamu pada hari itu. Antaranya ialah nasi beriani, gulai kambing, ayam goreng yang sangat sedap , rendang daging, dalca, bubur pulut hitam dan beberapa kuih muih.

Sebelum kami pulang, kami sempat mengambil gambar di bahagian ruang makan dan salah satu sudut rumah kak Zam saja. Itupun sebab malu nak petik kamera berulangkali. Rumah ini serba hijau. Hijau pula warna kegemaranku walaupun ramai yang megatakan kesesuaian warnaku adalah warna merah jambu. Iye ke???


Persinggahan kami sebelum pulang ialah di UIA PJ. Kami ke sana untuk berjumpa dengan pelajar Abang sayang yang akan menghadapi 'Portfolio Day' pada hari ini. Tujuan lain adalah untuk membincangkan mengenai 'Farewell Party' yang akan diadakan esok.

Balik dari kerja hari ni, kami pergi ke Tesco untuk membeli barangan yang diperlukan dan makan di KKFC. Dah lama anak2 nak makan KFC nie.....Tapi sebenarnya kami tak suka pergi ke KFC kat Tesco Kepong nie, sebab layanan yang kurang memuaskan. Sebelum pulang, sempat menyinggah ke kedai buku Popular untuk membeli novel. Kononnya nak baca masa tunggu kereta siap diselenggara hari Rabu ni. Dapat rebet 25% lagi tue....

p/s: Persediaan untuk esok bermula selepas ini.

Monday, February 7, 2011

Our 6th Anniversary

4hb Februari yang lalu merupakan hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke 6. Syukur ke hadrat Ilahi atas rahmat-Nya sepanjang kami melalui usia jodoh kami yang menjangkaui 6 tahun ini. Tambahan pula, bulan lepas kami mengalami kemalangan yang mengakibatkan kereta kami tersadai di bengkel sehingga kini.

Oleh kerana pagi tersebut kami ada aktiviti rewang di rumah sepupu Abang sayang yang mengadakan kenduri kahwin pada esoknya, maka acara memotong kek berlangsung pada waktu tengahari memandangkan pada petangnya kami akan meneruskan aktiviti rewang dan malamnya kami akan menghadiri majlis tahlil.


Keesokkan harinya, pagi-pagi lagi kami telah pergi ke rumah kak Ani sempena majlis menyambut menantu. Sambil menolong apa yang patut, sempat juga kami bersanding untuk kali ke-2 cuma kali nie ditemani oleh anak-anak tanpa memakai persalinan pengantin. He..he...Nak juga tu mencelah. Itupun puas memujuk cik Abang dan memastikan tiada ramai orang di kawasan pelamin.



p/s: I Love You

Tuesday, January 4, 2011

Tahun Baru 2011

01.01.2011
Aktiviti pertama kami sekeluarga pada tahun ini ialah menghadiri kenduri di rumah kawan abang sayang di Kuarters Kerajaan Jalan Duta. Kebetulan pula memang kenal dengan mereka sekeluarga masa lawatan ke Chiang Mai tahun lepas. Mereka pergi satu keluarga, kami pergi berbulan madu berdua. Jadi, kali ni dapatlah memperkenalkan kepada mereka anak-anak kami pula.

Kenduri diadakan selepas zuhur. Maka, kami pun bertolak dari rumah lepas solat. Sampai je sana, orang tengah baca doa. Dah habis baca Yaasin la tu. Masuk je rumah, lagi la terkejut! Belon-belon berwarna-warni bergantungan. Ada majlis sambutan hari jadi rupanya. Kami tak tahu pun, maka tak bawa hadiah la. Makanan pun sedap-sedap belaka. Yang penting ada kurma kambing + ayam masak merah. Kek pun sampai 3 jenis. Puas anak-anak makan.




Balik daripada rumah Mat, kami terus ke Tesco untuk beli barangan dapur yang hampir kehabisan.

p/s: Kenyang perut senang hati.....

Saturday, December 25, 2010

2nd K.T.A.M Reunion @ de' Village Resort

Hujung minggu yang lalu merupakan antara hari yang paling menggembirakan sepanjang tahun 2010. Kenapa ya? Haa..sebabnya ialah, bekas pelajar Kolej Tunku Ampuan Mariam 1993-1995 telah mengadakan ‘Perjumpaan Semula’ untuk kali yang kedua. Kali pertama, mereka buat di Hotel Legend, 27 Februari yang lalu, di mana kami tidak dapat hadir kerana ada urusan keluarga di Muar.
Selepas bersarapan di pagi Sabtu 18 Disember 2010, kami terus bertolak ke Ayer Keroh, Melaka. Perjumpaan pada kali ini diadakan di de’ Village Resort yang terletak besebelahan dengan kawasan Zoo Melaka. Oleh kerana kami baru sahaja melawat ke Zoo Melaka dalam tahun ini juga, maka kami tak singgah pun ke sana.
Kami mendaftar masuk lebih kurang jam 1.30 tengahari. Semasa berada di lobi, terserempak pula dengan Nurleeazurah (Anne). Tapi kami cuma bersalaman sahaja, memandangkan masing-masing mengejar masa untuk makan tengahari. Selesai urusan di kaunter, kami terus meletakkan barang di bilik 701 dan keluar ke Jusco Bukit Katil untuk makan tengahari di Medan Selera.


Lebih kurang jam 5 petang, kami anak beranak menuju ke kolam renang untuk aktiviti yang sangat dinantikan oleh Naurah dan Airiel. Pada masa yang sama, ramai juga bekas pelajar K.T.A.M yang ada di sana bersama keluarga masing-masing. Antaranya, Wanda, Sue, Djah dan Jai. Yang lain tak nampak muka, mungkin melayan televisyen di bilik.


Acara utama pada perjumpaan semula kali ini ialah makan malam yang di adakan di dewan bersebelahan kolam renang. Suasana memang meriah dan gamat. Nasib baik ia adalah tempat tertutup. Masing-masing sibuk melayan anak-anak makan tapi sempat bergosip . Sambil makan, ada juga acara cabutan yang tak bertuah, di mana kami mendapat satu beg makanan ringan. Ada juga hadiah-hadiah yang besar seperti baucar bernilai RM1000 , RM500, RM300 & RM50 yang ditaja oleh Ogawa dan Seng Heng. Siapa ynag dapat tu kira bertuah la. Acara untuk kanak2 ialah rebut gula-gula. Naurah dapat no.4. Seronok dia sebab dapat hadiah jugak.
Selain tu, ada juga kuiz untuk menguji daya ingatan bekas pelajar K.T.A.M. Maklumlah, dah 15 tahun meninggalkan sekolah tercinta. Masa sessi menjawab memang riuh sangat, sebab masing-masing berebut untuk mejawab, sebahagian menggaru kepala sebab dah lupa fakta. Hee..hee…
Antara soalan Kuiz:
- Siapakah pengasas Kolej Tunku Ampuan Mariam?
- Siapakah pengetua K.T.A.M pada masa tersebut?
- Namakan 6 kelas yang terdapat di K.T.A.M
- Namakan Rumah sukan yang terdapat di K.T.A.M Saya cuba jawab soalan ini
- Namakan 10 buah dorm yang terdapat di K.T.A.M
- Berikan nama guru, matapelajaran dan gred apa yang anda dapat semasa P.M.R (Saya jawab soalan ini)
- Siapakah ketua warden asrama?
- Namakan istana yang terletak di hadapan sekolah
- Apakah permainan yang paling popular pada masa itu?





Habis acara makan, kami bergambar beramai-ramai, sebelum acara bergambar rasmi pada esok hari. Kemudian, masing-masing dikehendaki mengambil kemeja-T di bilik Azah no. 1001. Acara tak rasmi bermula jam 10.30 malam di mana kami berkumpul di bilik Ijan dan bilik Wai untuk berborak sakan. Maka keluarlah segala cerita-ceriti kenangan zaman persekolahan. Para ibu, sibuk mendodoikan anak masing-masing sambil mulut bercerita. Riuhlah bilik Wai malam itu. Mereka berborak sampai 3 pagi, tapi kami dah balik bilik jam 1 pagi memandangkan Airiel dah terjaga. Dia punya menangis satu blok resort boleh dengar.



Keesokkan paginya, 19 Disember 2010, kami bersarapan bersama-sama sekali lagi. Menarik juga makanan yang dihidangkan. Roti canai dan kauh dal garing dan sedap tapi takde sambal tumis pulak. Mee goreng yang disediakan juga enak. Masa ambil makanan, puan presiden tegur sebab tak pakai tudung warna Merah Jambu. Eh ada ke arahan tu? Tak perasan pun. Takpelah, bukan kami seorang yang pakai tudung warna lain. Fahza pakai warna putih, Djah warna campur-campur, Ct warna hitam. Ok apa… ayat penyedap hati.
Acara bergambar rasmi dimulakan dengan bekas pelajar K.T.A.M, kemudian anak-anak yang tak gheti duduk diam , dan sang suami yang segak belaka.



Selesai besalaman dengan semua orang, kami berangkat pulang ke Bahau sebab ada kenduri kahwin.


p/s: Pertama kali pergi kenduri kahwin pakai kemeja –T dan seluar jeans…..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...