CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Saturday, September 29, 2018

Aizzat turns 4

 29 September 2018, genaplah usia Aizzat 4 tahun... Sambutan kali ni buat di Sukee Sukii Steamboat and Grill, Presinct 15 Putrajaya. Satu family berkumpul di sini kecuali Cikka... Kebetulan tarikhnya jatuh hari Sabtu, maka boleh la berkumpul ramai-ramai. 



Aizzat yang tak reti dok diam

Keluarga kecilku


Keluarga besarku




Setting 

Nyai dan Sofea

Bibik dan Sarah

Naurah dan Raniah

Wak Haris nak mula membakar

Wak Jua, Pia & Daus

Fitri a.k.a Along

Nape Niah tak tunjuk gigi??? hahahaha

Last sekali, ambil gambar depan kedai buat kenang-kenangan


Ok..nak balik dahhh....



Saturday, May 4, 2013

Airiel turns 5

Airiel lahir bulan 5, kebetulan pulak birthday dia tahun ni jatuh pada minggu mengundi untuk PRU13. So, disebabkan nak mengundi, kami pun baik ke Bahau supaya Papa boleh mengundi di sana pada waktu pagi dan petangnay bergegas balik ke Muar untuk Mama mengundi di sana. Jadinya, tahun ni Airiel sambut hari lahir di kampung la... Suka la dia sebab boleh sambut dengan sedara.

Cari punya cari, terjumpa la satu kek ni yang nampak menarik. Walaupun luarannya hijau umpama perasa pandan,yang penting dalamanya coklat. Siap ada 7 orang tengah main bola kat atas kek tu. Siap ada tiang gol sekali tu.

Cerita-cerita jugak, macam mana ekk rupa kek Airiel tu??? Jeng jeng jeng.....

Naurah panggil kek ni, KEK DURIAN

Cuba cari bola di mana???


Lesson learn masa birthday Naurah aritu, letak lilin satu je kali ni....

Untuk pengetahuan, rasa kek ni sangat sedap. Habis licin setelah dibawa ke kampung Nyai....Maklumlah, balik dua-dua kampung kali ni.

3 in 1: Kek dapat, mainan pun dapat + Happy pun dapat!


p/s: Semoga membesar menjadi anak yang soleh ye nak.... Mama saaaaaayangggggg Airiel.....

Sunday, May 6, 2012

Airiel turns 4

Happy Birthday to you, 
Happy Birthday to you,
Happy Birthday to Airiel,
Happy Birthday to you....

Birthday Airiel sebenarnya 4 Mei nan lalu, tapi baru hari nie dapat masukan N3 nie. Hari Jumaat tu memang agak sibuk, jaga exam, ada meeting, berkejar nak siapkan assignments...sempat jugak la nak makan di luar. Papa tanya Airiel nak makan apa, dia jawab nak makan roti canai... Tanya sampai 3 kali dia jawab roti canai jugak... Roti canai pun roti canailah...Dalam pada tu Naurah sibuk lobi adik dia nak gie makan Marry Brown..Sorry ye...hari nie hari Airiel...Maka, kami pun makan roti canai di Tesco dekat ngan rumah... Makan kat Q-Bistro.. Airiel order Roti telur, agak besar la..tapi habis licin pulak tu... Then, beli kek kecik  je...Kang beli besar tak habis plak... Almaklum makan ber-4 je...

So, nie lah kek Airiel....

Cerita pasal kek nie pulak.... Sampai je rumah, Airiel kata " Kita simpan je lah kek nie, Adik nak potong esok" .... Terus simpan kat peti... Keesokkan paginya, pepagi lagi dia dah mintak nak potong kek...Maka kami bersarapan kek la pagi tue.... Habis licin ke 1/2 kilo tue...

Hari nie pulak.... Registration Day.... Tak payah cerita panjang, meh tengok textbook terbaru untuk semester nie yang pastinya harus dikhatamkan...


p/s: Good luck to me..haha...

Friday, April 13, 2012

Me turns 32

Hari nie ulang tahun kelahiran ku yang ke 32.. Orang pertama wish, Pika, betul2 masuk 13 hb...Dan time tu dah tidur dah... tapi sebab terdengar sms masuk, terus terjaga..

 So, sepanjang hari nie, ramai jugak la yang wish, termasuklah student. Siap nyanyi dalam lif lagi macam tahun lepas... Haha...tapi sebab tengah nak exam  nie, tak berapa ramai student yang adala... Kawan-kawan opis pun wish..mak telefon dari kampung .... kakak pun wish, adik2, anak2 wish...sorang je yang tak wish lagi....Abang sayang... Takpelah nak wat macam mane kan....kot lah dia lupa ke...logik ke lupa, dalm fb kan ada...

Ok, hari beransur petang, nak baik rumah dah... balik ambil anak2 kat taska. Sampai rumah macam biasa, tutup pagar rumah, buka peti surat..oppssss.... Ada something la kat dalam tue....tadaa...
*
*
*
*



Anak2 bagitahu Papa diorang, posmen bagi Mama hadiah...padahal hadiah tu Papa la yang bagi... Masuk rumah Papa dah tunggu sambil senyum2...So, apa lagi bukak la....
*
*
*
*
I got dinner bag! Wahhh...!  Boleh la pakai masa dinner hujung bulan nie..

Lepas solat maghrib, Abang sayang tanya nak makan kat mana.... Teringin nak makan tom yam plak tu. Maka kami ke Phapha Seafood dengan harapan dah buka sebab last pergi harit u tutup sebab  renovation. Alhamdulillah dah bukak....Haha...kembali senyum.....

p/s: Terima kasih semua

Tuesday, March 20, 2012

Arija Naurah turns 6......

Hari nie genap usia Arija Naurah binti Amir Zuhairy yang ke - 6... Selamat Hari Jadi sayang...Mama doakan yang baik-baik je untuk anak Mama ...Insya-Allah...

Haha...celik je mata Naurah terus tanya " Hari ni 20 hari bulan kan Mama? Hari ni Hari Jadi akak kan??" .... Mama diam je, sebab kalau cakap ye nanti dia sibuk nak bagitahu orang.. Siap bagitau adik dia, "Hari ni hari jadi akak tau dik..." ..

Balik je keje, dia dah sibuk dah...Ni mesti cikgu dah wish kat sekolah tadi... Sampai je rumah, terus telefon Nyai, lepas tu sibuk suruh telefon Wan pulak....Cik Amin, Cik Pika pun dia pukul canang jugak.... Siap suruh Mama buat kek favourite dia, Kek Coklat... Tapi Mama tak sempat la nak buat, ada kerja lain. Kek yang buat last week pun tak habis lagi.... So, tunggu Papa balik, lepas tu keluar gie kilang King's untuk cari kek... Adik pun baik je, takde nak marah2 sebab tak beli kek untuk dia.. Naurah cakap nanti nak kongsi dengan adik dia..Si Airiel kata terima kasih, kakak...Alahai....So sweet...biasanya dah bergaduh dah. Disebabkan birthday, everything goes smoothly... Sebelum sampai rumah, gie singgah makan malam dulu, Mama dah lapar sangat.

So, nielah kek Naurah...yang paling banyak makan si Airiel la...dia suka sangat dengan kek.

Rupa tak kisah, janji dalam kek coklat

Bubuh lilin.....
Acara yang ditunggu2...potong kek...


Apa hadiah jadi Naurah untuk tahun nie ye? Hadiah in advance, sebab dah beli minggu lepas. Kebetulan ke Mid Valley lepas kenduri kat Hulu Langat. Lagipun takut tak sempat sebab Mama ada kelas 3 minggu berturut-turut...

Bagi syarat kat Naurah, no more Barbie sebab dia dah ada 4.... Kali nie hadiahnya...jeng jeng jeng......

PlayDough "Twirl & Tap Pizza Shop"

Untuk Airiel plak, Hot Wheel "Shark Attack"

Hidangan pertama daripada chef Naurah "Hawaian Supreme"

Airiel sibuk dengan keretanya.....(Sila abaikan kaki itu)

Seronok tengok anak2 gembira dengan pilihan masing2....beli kat Toys R Us...leh kumpul star point...huhu...

p/s: Alhamdulillah...kenyang kek kita malam nie....

Tuesday, February 28, 2012

Air oren Yang sedap!

Dek kerana keletihan yang amat sangat, maka pagi semalam terbangun lewat....sebab tersalah tekan 'stop' instead of 'snooze'... Sudahnya, kelam kabut..punch card merah...confirm kena potong gaji bulan depan..dah la memang bulan nie hari sikit, maka lebih banyak yang akan dipotong... Nasib badan...

Semalam pula merupakan 'Birthday' Abah tersayang yang ke 56 tahun...."Happy Birthday Abah....!".... Anak2 pulak sibuk nak telefon atuk Nasir nak sambut hari jadi atuk kata mereka..Tunggu yer anak2, esok kita balik kampung...Kami sengaja ambil cuti 2 hari (Khamis & Jumaat) sempena semester break nie...Saja nak release tension, kelas tiap2 minggu kan...Assignment melambak2 lagi...


Semalam jugak dah lancarkan blog baru mengenai 'kerja sampingan' bermula 3 tahun nan lalu....So, silalah melawat ke sini yer.... boleh juga melawat ke facebook...kata carian yang sama...
Maka sebelum melelapkan mata, Cik Abang bertanya, mampu ke nak manage semua nie dalam satu masa?.. Insya-Allah boleh dengan sokongan padu daripada semua orang...kan..kan....he..he...

Lupa plak, tadi ada buatkan Abang sayang air oren sunkist je untuk dia sebelum tidur...Dah berapa malam dia minta benda yang sama... Bila tanya kenapa, dia kata macam nie, " Air oren Yang sedappp sangat....he..he....

p/s: Kembang berbunga-bunga rasa di hati

Wednesday, April 13, 2011

Me Turns to 31


Pagi-pagi lagi Mr. Hubby dah tanya nak apa 'birthday ' kali ni.... Jawabnya tidak tapi tersenyum je... bak kata kak Jua, bagus2...isteri yang baik... Sejujurnya memang tak tahu nak apa kali ini... Bak kata akak, laptop dah ada, telefon pun dah baru....tapi masa N3 nie ditulis tetiba teringin nak tukar rim Viva tu pulak..padahal ari dah bagitau nak kumpul duit sendiri...bukan setakat nak tukar rim, tapi nak tukar tayar sekali..hu..hu..cakap dalam hati aje lah...


Seperti biasa, orang akan tanya, dapat apa?? Dapat apa yer.. kali ni dapat 'teddy bear' buat kali yang ke-2 dalam masa 10 tahun. Pertama kali dulu, Abang sayang bagi masa mula-mula 'declare'. Caranya, dia letak kat belakang bonet. berpura-pura suruh letak payung kat bonet belakang, bukak je bonet, ada teddy tengah duduk dengan comelnya...... Setiap kali dapat hadiah daripada dia tak pernah sekali pun dia bagi berhadapan. Kali ini dia letak kat tempat letak baju kami....Tetiba je masa nak mandi, nampak Cik Tedi elok terduduk di rak yang paling atas....Oleh kerana kali ini dapat masa dah ada anak, makanya harus di bawa ke pejabat nie... Sayang beb....Walaupun kecil yang penting dari seseorang yang amat istimewa. Oleh kerana dah tahu cara si dia memang macam nie, maka setiap kali tiba hari-hari penting kami, pasti akan meninjau ke sana-sini dan pastinya tak pernah kecewa..ha..ha...Macam main sorok-sorok pulak ek..


Comel kan...siap pegang jelly beans hijau lagi...my fav colour...



Petikan daripada kad ucapan dari si dia...Ah...Suke...suke...


Isi dalam pula...saje je 'share'....sharing is caring...


Selepas maghrib kami menuju ke The Curve untuk makan di Kenny Rogers' dan kemudiannya ke MPH untuk membelek buku. Naurah memilih buku " The Enormous Turnip" dan Airiel memilih " Braking Brewster" untuk dibeli.


OK, itu cerita selepas balik kerja. Sebenarnya sepanjang siang tadi sibuk dengan beberapa urusan. Antaranya mencetak contoh kertas soalan dan skema jawapan untuk peperiksaan hujung semester yang akan tiba 2 minggu sahaja lagi. Kemudian, mencuri masa ke Mydin bersama Achah dan Linda untuk membeli air mineral terutamanya dan beberapa barang sampingan lain yang melebihi harga air... Ha..ha...biasalah kan... Yang penting masa cukup-cukup sahaja. Pastu, sampai di pejabat, Achah terus ke kelas dan aku ke tempat fotokopi untuk membuat salinan kertas peperiksaan yang dicetak tadi. Kami makan tengahri di cafe bawah sahaja sementara menunggu para pelajar berkumpul untuk ke Taman Tasik Manjalara sempena 'Stamina Time Trial' yang akan diadakan pada jam 2 ptg. Setelah sekian lama tak berjoging, berjaya juga menghabiskan larian. Tak sia-sia usaha menaiki tangga ke tingkat 4 blok F dan ke tingkat 5 blok E akhir-akhir nie. Tak la pancit....he..he...



Taman Tempat 'Stamina Time Trial' berlangsung



Aktivit memanaskan badan yang diketuai oleh En. Azam


Peniaga berjaya


Gaya seorang komander ker???


Tapi, dalam tak nak tu, terpaksa juga menempuhi halangan yang disediakan oleh para AJK Kelab Kembara dan Fotografi. Di akhir halangan, mereka beramai-ramai menyanyikan lagu "happy Birthday' untuk kami... Wah..wah..wah....Dah tak kira masa yang diambil, yang penting dapat dihabiskan walaupun tak sempurna...Paksa rela beb...


'Jemputan khas' daripada Pn. Hafsah


"Dah nak habis jap lagi nie..."


Hasil jualan air dan jeli kelapa agak membanggakan...habis licin....Tahniah buat Cik Roslinda Rosli dan Pn. Razlinda kerana berjaya melariskan jualan. Waktu-waktu begini, khidmat QS memang amat diperlukan. Keh..keh..keh...


Kira Linda jangan tak kira.....


p/s: Selamat Panjang Umur dan murah rezeki buat diri sendiri...Amin......

Sunday, February 27, 2011

Happy 57th Birthday Atok Nasir


Hari ini merupakan hari ulang tahun kelahiran ayahanda ku yang ke 57 tahun dan kebetulan pula ianya pada hujung minggu. Jadi, kami adik-beradik sepakat untuk mengadakan sedikit jamuan untuk meraikannya. Bukannya hari ni , tapi semalam. Kami merancang untuk membuat BBQ.


Pemanggang kami beli di Giant Muar selepas kami selesai urusan di bengkel. Oleh kerana ianya sudah tiada stok, kami mengambil keputusan untuk membeli pemanggang yang dipamerkan tapi harga kekal samalah. Kemudian kami membeli kentang goreng, nuget ikan, sosej dan topeng dan terompet untuk digunakan oleh kanak-kanak. Dalam perjalanan balik, kami singgah di tepi jalan untk membeli kupang segar. Kami pilih yang kecil saiznya kerana isinya lebih manis berbanding yang bersaiz besar.


Petangnya, semasa mak, Amin dan Pika serta para cucu ke Bukit Gambir, Abang sayang memulakan acara dengan menyalakan bara. Sebenarnya, abang Haris dah mulakan dulu, tapi tengah bersiap2, dia mendapat panggilan untuk ke Bukit Gambir untuk menjemput mereka yang berada di pekan sebab kereta penuh. Atok telah membelanja basikal seorang sebuah sempena hari istimewanya.





Menu kami pada malam itu ialah, ayam panggang, sosej panggang, ikan cencaru bakar, kupang goreng sambal, nuget ikan, kentang goreng dan makanan utama ilah nasi goreng cina. Air pula berupa air laici dan air teh.



Kami menjemput Atok Odah untuk bersama-sama meraikan hari ini. Lebih kurang jam 9 lebih, Cik Izad sekeluarga datang membawa roti Arab beserta kuah kari.



p/s: Seronok meraikan hari lahir Abah kali nie, tapi pagi tadi kami besedih seketika............
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...