CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, November 23, 2012

Farewell 'Pot Luck'

Hari ni hari terakhir untuk K.Aida berada di FABE kerana berpindah kerja di tempat lain.... So, seperti biasa pakat-pakat buat  potluck.... Apakan daya, misi mencari rak dapur gas baru berjaya diselesaikan malam tadi (Sila lihat gambar terakhir).. Lagipun awal-awal dah bagitau yang 'pot luck' kali ni aku nak beli aje.... Tapi tempah dulu kat makcik jual nasi lemak kat area nak gi opis lama.... Tiada gambar yang diambil bersama sebab masa K.Aida sampai dengan membawa kek Secret Recipe nye, aku keluar kejap ... Adahal...huhu.... tengok gambo menu jela ye....


Tengok aku bawak apa.... haaa Sambal Paru Goreng + Rendang kerang (tak tulis)... Masa nak balik tu semua salam2...tapi takde pun yang sayu sangat sebab diorang nanti jumpa gak masa trip kat  Ghuangzhou nnt....... Tapi sayu gak.... nangis dalam hati je la....  Kalau rasa tak best kat sana, balik sini ye.. Lagipun separuh nyawa ada lagi kat sini kan.....

Beli kat HomeStar Selayang

p/s: Sob...sob...sob...

Sunday, November 18, 2012

Naurah's Convocation Day

Hari Majlis Graduasi dan Konsert Tadika Maisara 2012. Ikut jadual program bermula jam 8.00pg. Tapi pukul 8 lebih masih tengah bersiap lagi kat rumah. Sekali tu tengok kat surat dari sekolah program kat Dewan Sekolah Kebangsaan Kota Damansara Syeksen 9! Mama ingat kat SK Bandar Sri Damansara yang dekat je tu. Kelam kabut keluar rumah sebab dah terlambat.  Nasib baik Naurah dah pergi naik bas jam 7 pg dari sekolah. Agak jauh la jugak tu nak bekejar..

Sampai je, majlis baru sahaja bermula. Bermula dengan perarakan masuk graduan kecil dari gabunagn 3 buah sekolah...Diikuti penyampaian ucapan oleh para pengetua, ucapan pelajar-pelajar dan penyampaian sijil dan hadiah untuk pelajar tadika 6 tahun, 5 tahun dan 4 tahun.

Sukanya dia.....
Airiel duduk dekat area kanak-kanak
Melangkah penuh bergaya


Masamnya muka kakak...

Konsert bermula selepas acara bergambar. Ada 12 kumpulan bertanding. Kebanyakkannya berunsur tarian termasuklah Naurah yang menari mengikut lagu  'Anak Kampung'.

Acara nasyid "Alhamdulillah....."
"Anak Kampung"

Kesemua acara berakhir jam 12.00 tengahari.


Sekeluarga....Atok tak ikut...Papa jadi photography..

p/s: Tahun depan kita ke Konsert Airiel pulak....

Monday, November 12, 2012

Bila badan dah penat

Semester break sepatutnya menjadi antara hari-hari yang tak berapa busy....tapi disebabkan ada beberapa project yang perlu diselesaikan...beberapa tu maksudnya lebih daripada satu la tu...Tender Drawing nak kena siap dalam 2 hari. Submission Drawing nak kena hantar before ikut cik Abang ke Bukit Merah (yang tu cerita kemudian eh...).

Rabu
Drawing nak kena siap 7hb  November sebab nak hantar kat client 8hb. Maka, berhenpas pulas menyiapkan semua report and drawings hari tu jugak. Semua sekali settled jam 9.30 mlm. 
Cuaca sekarang pulak asyik hujan aje. Perjalanan balik ambil masa panjang sebab jalan jem. Malam tu jugak ada appoinment dengan adik nak kirim barang bawak balik kampung. Fuhh.... Memang hari yang panjang.

Khamis
Bangkit pepagi dah sibuk packing baju nak ke Bukit Merah pulak. Subuh tersedar, Airiel merengek...rasa dahi dia..Panas...Demam pulak budak ni....Dalam pukul 11 pagi dah kena bertolak sebab nak kena check in jam 3.30ptg. Program kursus start jam 4.00ptg. Sempat singgah di Rawang untuk lunch. Then sambung perjalanan dalam keadaan hujan renyai-renyai dan tiba dengan jayanya jam 3.30ptg. Niat di hati, sepanjang kat sini nak settlekan assignment...huhu... Anak-anak sibuk ajak mandi kat swimming pool yang betul-betul terletak sebelah bilik kami... "Esokla..Mama janji..sebab hari ni hujan, Adik demam, kalau esok tak demam boleh mandi pool".

Jumaat
Lepas sarapan, teman anak bermandi-manda di kolam. Ada acara 'Treasure Hunt' pulak kat area tu. Kesian pulak tengok orang dewasa kena masuk kolam untuk ambil bola ping-pong. Disebabkan adanya bola-bola ping-pong tu, Naurah pun sibuk kejar bola-bola yang bertaburan...Tetiba dia terjatuh ke dalam kolam dewasa yang 1.5m depth tu...kelam kabut Mama cuba  atrik dia keluar dari kolam.... Papa nampak pulak tu....Aduhai... Petang hujan, maka duduk aje dalam bilik layan cerita, then, habis hujan sambung mandi kat kolam. Malam ada dinner.

Sabtu
Seharian berjalan-jalan di sekitar Bukit Merah Lake Town, dari Water Park ke Pulan Orang Utan ke Eco Park berakhir di Chairf Lift. Perjalanan pulang, abang sayang mabuk sikit so, perjalanan agak lama. Singgah di R&R Tapah untuk Solat Asar dan Jamak Maghrib & Isyak. Sampai di PJ jam 10.00 malam lebih. Tunggu pula suami k.B datang jemput. Lupa nak bagitau yang ada 3 orang kawan tumpang untuk balik ke KL. Sampai rumah dekat jam 12 malam.

Ahad
Subuh dah bangun dengan beratnya tapi terpaksa bangun juga sebab kena hadir ke kelas. Kena present untuk group assignment. Nasib baik semester ni cuma 2 kelas je. So, kelas habis dalam pukul 2.30ptg. Balik sampai rumah jam 3 lebih, terus ajak Abang sayang dan anak2 gie lunch. Lepas lunch terus balik rumah. Badan dah penat. Lepas tutup pagar luar terus terduduk kat tepi post box. Abang sayang tanya, 'kenapa nie?''... Terus air mata berjurai kat halaman rumah tu...Macam buat drama swasta plak....

Apa jawapan mama?

"BADAN DAH PENAT SANGAT!"

p/s: Memang minggu yang sangat memenatkan......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...