Pernah kena demam rindu??? N3 kali ni berkisarkan tentang anak kecil yang terkena demam rindu. Haaa...bukan orang yang bercinta sahaja tau yang kena demam rindu nie....Tanda-tandanya, makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah...ceeewaahhh.... Takdela sampai macam tu kan...Cuma si Airiel nie, tak lalu nak makan, macam orang demam tapi tak panas pun badan dia...hangat2..je...Memula bawa jumpa doktor pun cuma 37.5 degree celcius je... Adalah demam sikit...Atas nasihat mak dan mak mertua, mereka berpendapat yang Airiel nie terkena
Kenapa Airiel merindu ye??? Sebabnya awal tahun ni dia telah bersekolah di Tadika Maisara yang terletak hanya beberapa ratus meter dari rumah. Selama nie dia diasuh oleh makcik Rahmah yang tinggal di Bandar Manjalara B, dari selepas pantang sehinggalah akhir tahun lalu. Hampir empat tahun jugalah dia berada di sana. Jadinya, bila berjauhan dalam masa yang agak lama (tiga minggu), Airiel mula tak lalu makan dan kesihatan menyusut. Badan pun semakin kurus.... Maka, semalam setelah 25 hari tak berjumpa, Airiel telah dibawa berjumpa dengan 'Mak' di rumahnya. Saja je tak telefon dulu sebelum datang, nak buat kejutan kononnya. Nasib baik makcik ada di rumah. Sampai je di rumah pengasuhnya itu, Airiel terus ceria dan ambil keropok dalam bekas yang selalu dia ambil dan makan dengan seronoknya. Naurah pun diasuh oleh makcik tapi tak lama, hanya setahun lapan bulan sahaja dan Naurah memanggil dengan gelaran nenek, Airiel lebih rapat lagi jika dibandingkan dengan Naurah.
Disebabkan nak bagi peluang Airiel duduk lama sikit, kami menjemput Airiel dan Naurah pulang jam 8.30 mlm. 2 jam jugaklah dia duduk di situ. Kami bagitahu makcik yang kami akan bawa Airiel menziarahinya jika ada masa terluang.
p/s: Itulah penangan "demam rindu" bukan ombak rindu...