CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, November 12, 2012

Bila badan dah penat

Semester break sepatutnya menjadi antara hari-hari yang tak berapa busy....tapi disebabkan ada beberapa project yang perlu diselesaikan...beberapa tu maksudnya lebih daripada satu la tu...Tender Drawing nak kena siap dalam 2 hari. Submission Drawing nak kena hantar before ikut cik Abang ke Bukit Merah (yang tu cerita kemudian eh...).

Rabu
Drawing nak kena siap 7hb  November sebab nak hantar kat client 8hb. Maka, berhenpas pulas menyiapkan semua report and drawings hari tu jugak. Semua sekali settled jam 9.30 mlm. 
Cuaca sekarang pulak asyik hujan aje. Perjalanan balik ambil masa panjang sebab jalan jem. Malam tu jugak ada appoinment dengan adik nak kirim barang bawak balik kampung. Fuhh.... Memang hari yang panjang.

Khamis
Bangkit pepagi dah sibuk packing baju nak ke Bukit Merah pulak. Subuh tersedar, Airiel merengek...rasa dahi dia..Panas...Demam pulak budak ni....Dalam pukul 11 pagi dah kena bertolak sebab nak kena check in jam 3.30ptg. Program kursus start jam 4.00ptg. Sempat singgah di Rawang untuk lunch. Then sambung perjalanan dalam keadaan hujan renyai-renyai dan tiba dengan jayanya jam 3.30ptg. Niat di hati, sepanjang kat sini nak settlekan assignment...huhu... Anak-anak sibuk ajak mandi kat swimming pool yang betul-betul terletak sebelah bilik kami... "Esokla..Mama janji..sebab hari ni hujan, Adik demam, kalau esok tak demam boleh mandi pool".

Jumaat
Lepas sarapan, teman anak bermandi-manda di kolam. Ada acara 'Treasure Hunt' pulak kat area tu. Kesian pulak tengok orang dewasa kena masuk kolam untuk ambil bola ping-pong. Disebabkan adanya bola-bola ping-pong tu, Naurah pun sibuk kejar bola-bola yang bertaburan...Tetiba dia terjatuh ke dalam kolam dewasa yang 1.5m depth tu...kelam kabut Mama cuba  atrik dia keluar dari kolam.... Papa nampak pulak tu....Aduhai... Petang hujan, maka duduk aje dalam bilik layan cerita, then, habis hujan sambung mandi kat kolam. Malam ada dinner.

Sabtu
Seharian berjalan-jalan di sekitar Bukit Merah Lake Town, dari Water Park ke Pulan Orang Utan ke Eco Park berakhir di Chairf Lift. Perjalanan pulang, abang sayang mabuk sikit so, perjalanan agak lama. Singgah di R&R Tapah untuk Solat Asar dan Jamak Maghrib & Isyak. Sampai di PJ jam 10.00 malam lebih. Tunggu pula suami k.B datang jemput. Lupa nak bagitau yang ada 3 orang kawan tumpang untuk balik ke KL. Sampai rumah dekat jam 12 malam.

Ahad
Subuh dah bangun dengan beratnya tapi terpaksa bangun juga sebab kena hadir ke kelas. Kena present untuk group assignment. Nasib baik semester ni cuma 2 kelas je. So, kelas habis dalam pukul 2.30ptg. Balik sampai rumah jam 3 lebih, terus ajak Abang sayang dan anak2 gie lunch. Lepas lunch terus balik rumah. Badan dah penat. Lepas tutup pagar luar terus terduduk kat tepi post box. Abang sayang tanya, 'kenapa nie?''... Terus air mata berjurai kat halaman rumah tu...Macam buat drama swasta plak....

Apa jawapan mama?

"BADAN DAH PENAT SANGAT!"

p/s: Memang minggu yang sangat memenatkan......

Thursday, October 18, 2012

Anak dah makan pedas.....

Rasa lama dah tak update gambar makanan... Sebabnya xde yang istimewa pun..biasa-biasa je...

Ahad lepas, lepas balik jalan-jalan teringin masak nasi lemak...Lagi pulak baru je bukak pek beras basmathi...Biasa masak beras biasa je....

Alkisah, masa makan malam tu, sempat membebel cakap kat Naurah yang selama ni tak makan pedas. Umur dah 6 tahun lebih tapi masih tak makan pedas walaupun sikit.Sos cili yang tak pedas tu pun dia kata pedas. Hatta kari pun dia tak nak. "Kakak kena makan pedas sikit, cuba je dulu sikit-sikit. Tahun depan dah sekolah darjah satu. Nanti kalau kat kantin makanan pedas, kakak nak makan apa." Dia jawab, "Bawak bekal la". Amboi..macam la Mama dia ni rajin nak buat bekal tiap-tiap hari. Kat pis pun keje beli makanan kat cafe je. Kalau ada lebih dinner dapatla bawak ke opis. Kalau tak jangan harapla nak bangun awal pagi buat breakfast except for weekend.

Dalam pada nak makan tu, sudukan la sikit sambal tumis ikan bilis kat dia. Itu pun hujung sudu je. Naurah pun cuba... Dia kata "Tak pedas la Mama...". So, berjaya dia makan sambal. Si Airiel pun tengok kakak dia makan sambal, dia pun balun jugak. Tapi lebih banyak dari kuantiti yang Naurah amek. Airiel memang tahan pedas sikit.

Sambal tumis ikan bilis yang tak pedas tu ........
Esoknya, requested by anak-anak Mama, maka Mama buat sambal lagi, tapi kali ni makan dengan cencaru bakar.


Tambahan sayur lemak + sosej untuk Airiel

Lusanya, Papa nak makan yang simple-simple je. Kalau dah simple tu, maksudnya roti la.... Mama x mau makan roti, goreng ayam popcorn je.

Chicken Popcorn + Figo
p/s: Boleh la Mama masak 1 version je lepas ni...Cuma tak bolehla pedas sangat.....

Wednesday, October 17, 2012

Rambut Baru....

N3 nie atas permintaan my sister.... Nak tengok rambut baru Airiel katanya...
Bulan lepas Naurah dah potong rambut kat salon... Which cost me RM15.00. But for her little brotehr just cost me RM6.00. Kat mana tue? Kat KL Festival City la....

Before

My new look
 Sebenarnya, Airiel kata nak potong pendek lagi macam kawan dia Fahim. Tapi rambut Airiel nie jenis yang jatuh so, potong la pendek mana pun still takk jadi macam kawan dia Fahim atau sepupu dia Fitri...kecuali botak. Tak nak la rambut dia botak...Tak sanggup Mama nak tengok. Ada suruh tidur kat bilik lain kang.

p/s: Hair cut is the best treatment for head lice

Monday, October 15, 2012

Pra-Kidzania

Weekend aritu, saje proposed kat Papa untuk ke KL Festival City kat Danau Kota... Dah agak lama open, tapi baru ni nak menjejakkan kaki ke sana..Saje nak tengok2 shopping mall baru sangat kan....

Ok gak la tempat ni sebab banyak kedai dah bukak... Tak macam masa gie ke Paradigm Mall aritu, banyak kedai yang tak  bukak lagi..

Jalan punya jalan, sampai kat tingkat 3, terjumpa pulak Molly Fantasy (MF).. Alah..tempat mainan budak2... Tapi setahunya, MF ni under AEON a.k.a Jusco. Tapi tetiba ada plak kat sini. Padahal kat sini kedai utama dia PARKSON. MF kat sini berbeza dengan MF yang sellau kitorang pergi kat AEON Metro Prima. Bayaran masih sama. RM3.00 untuk 20 minit yang pertama.. So, kami pun cuba la MF yang kat sini....

Memula tunggu jap diaorang kat sana. Tak lama tu Papa ajak Mama gi Parkson. Alah...dekat je pun...sebelah pintu je... Lagipun pekerja kat dalam tu kata takpe kalau nak tingglkan anak2 sekejap.
Sebelum tu, siap bagi pesanan penaja kat Naurah...suruh jaga adik, jangan gaduh dengan orang lain, main sama2, jangan berebut mainan, bla..bla..bla..termasuklah Mama pergi kejap je tau....hehe..

Antara mainan yang diorang main: CONSTRUCTION AREA, SUSHI BAR + ICE CREAM SHOP.
Meh tengok gelagat diorang bermain.....

Tak mau pakai Safety helmet depa ni...

Welcome to my shop

Konon2 tengah masak la tu...

"May I take your order please...."

Topi dah nak tutup mata dah....

Topi dah bukak sebab kacau pandangan.....

Susun pinggan, nnt ada customer datang lagi...

preparing the sushi

Yang ni kat kedai ice cream pulak...

Aiskrim coklat satu siap!

"Mari mari beli...2 singgit..."

Kakak tolong sebab Adik tak reti buat....





Sebenarnya banyak lagi mainan ada kat sini....Dah macam Mini Kidzania pulak...Antaranya, bola warna warni, motor, kereta, gelongsor, tempat tinju, pasar, dan rumah mini. Yang takde dalam gambar tu maknanya kami tengah dating kat Parkson la tu..huhu..

p/s: Papa kata tahun depan birthday Naurah kita gi Kidzania pulak... :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...