CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, February 4, 2013

Our 8th Anniversarry

4 hb Feb 2013, tepat 8 tahun kami melayari bahtera rumah tangga...cheeewaaahhhh...
Alhamdulillah .... setahun kebelakangan ni takde gaduh yang besar2an.... maklumla...tengah sambung belajo ni..kang tak berkat pulak...huhu..

Hari ni tak wish pun kat Abang sayang, tak tahu la kenapa, yang pasti wish dalam hati je... Wish 'GOOD LUCK !) je sebab hari ni dia kerja kat tempat baru ... yang tak berapa nak baru tu la


Balik kerja, lepas semua orang mandi, Abang sayang ajak makan Pizza Hut. Dia kata Mama ada sebut2 hari tu..ye ker? Anak2 suka juga walaupun si Naurah kompem order spaghetti carbonara sebab dia tak berapa gemar pizza. Dah la kantoikan kat mana Mama sorokkan kad anniversary.

Kami pegi kat PizzaHut Jalan Kepong. OK la, tak ramai orang. kenetulan pulak ada juga orang buat majlis hari jadi. Rupanya Abang sayang pun order kek untuk kami. Entah bila dia beli pun tak tau...Haaa...nak wat suprise la tu...

Vanilla cake
Suruh Naurah amek gambo dia kami,  dia amek gambo kek je...
Tengah Menunggu...




Papa + Naurah

Airiel + Mama


p/s: I LOVE YOU ABANG.......

Wednesday, January 2, 2013

Sehari di sekolah

Anak sulung dah masuk sekolah kebangsaan....macam x percaya je...Tapi itulah hakikatnya..terasa diri semakin tua...hahaha...

Stok baju bergosok untuk 3 hari
Apapun first day ke sekolah adalah hari yang amat kelam-kabut, walaupun Mama ambil cuti...
Bangun tidur lebih awal sebab nak siapkan bekalan..(Hari ni tak bawak bekal sebab nak test beli kat kantin). semua kena ready... Airiel pulak dah start pakai uniform untuk masuk kelas 5 tahun...

Seperti yang dijadualkan, Papa hantar Naurah lepas tu pergi opis, Mama pula hantar Airiel pastu tunggu di tadika sekejap. Airiel OK je sebab dia dah biasa dengan sekolah tu. Tapi ada juga beberapa orang budak yang nangis, pegang kaki mak, peluk pintu grill dsb. Dalam pukul 10 bekejar pulak ke Sekolah Kebangsaan sebab nak tengok Naurah berbelanja di kantin pada waktu rehat. Intai dari jauh je.. dia boleh pulak bagi semua murid lain potong barisan. Konon baikla tu bagi orang lain beli dulu. Sudahnya dia beli kemudian, dapat kuew tiau, pedas pulak, pergi beli nugget baru makan seketul loceng dah bunyi. Kesimpulannya,  memang kena bawak bekal hari2 lepas ni...

Ready to school
Hasil hari pertama Airiel
Lepas waktu rehat,balik tadika intai Airiel dari jauh. Nampak bersemangat belajar. Masih ramai ibu bapa yang menunggu. Dekat pukul 12.30 pergi semula ke Sekolah Naurah untuk pantau dia naik bas sekolah. Alhamdulillah....lancar...Yang kelakar, berderet kereta ikut bas tu hantar anak2 ke rumah atau transit masing2. Kalau bas tu buat U turn, berderet yang buat U-turn..hahaha..

Petang, ikut Naurah ke Sekolah Agama pulak. Hasil pemantauan, tengok ramai yang tertidur dalam kelas. Tapi Naurah and the geng aktif walaupun duduk di barisan belakang sekali.
 Tunggu punya tunggu dah pukul 5.15ptg...Dah waktu balik pun.... Sekali lagi ikut belakang bas untuk sampai ke taska. Pak Rom ambil masa 30 minit untuk hantar sampai ke taska setelah hanatar beberapa orang budak terlebih dahulu.



uniform  sekolah agama (tak mo pakai tudung awning...)
Kelas 1 Umar (cuba cari mana Naurah)

p/s: Esok giliran Papa pulak yang pantau perkembangan Naurah....

Saturday, December 29, 2012

Mattel Sales


Actually saya terpandangkan poster ni masa baca paper kat opis .... Budget memang nak pergi..tapi dia buat hari bekerja pulak... Weekend cuma hari Sabtu..Ikutkan planner dah dibooked oleh Hari Orentasi Darjah Satu .... Tapi setelah berdiskusi dengan Cik Abang sayang, maka kitorang plan nak pergi lepas urusan pendaftaran dan taklimat selesai. So, plan kami ; SEKOLAH --> MATTEL SALES ---> HANTAR ABANG PERGI OPIS ---> BALIK RUMAH.
 
Pagi tu Airiel kami hantar ke rumah bekas pengasuhnya dulu, kunun2 nak lepaskan rindu la...Padahal biar senang bergerak. Haahaaahaaa...Jujur tak?? Urusan kat sekolah pula tak lama mana sebab Guru Besar ada hal...Tapi cecah tengahri la jugak... Habis je, terus cabut dengan membawa Naurah yang masih lengkap berpakaian seragam sekolah yang ada bau kedai lagi tu... (Tapi dah basuh yer...)

Sampai je kat SSTwo, kami terus ke lokasi seperti yang tertera kat dalam iklan surat khabar tu...Dalam perjalanan dari parking ke Tingkat 2, memang kami berselisih dengan ramai orang yang membawa bungkusan Mattel..besar-besar pulak tu...Haishh...Geram dah ni... Murah sangat ke??  Niat di hati nak cari Hotwheels Airiel dan Barbie Naurah....

Masuk2 je....agak kecewa sebab nampak macam dah tak banyak yang boleh dibeli...sebab kawasan sebesar tu dah kosong sebahagiannya...Maklumlah...kitorang pergi pun dah hari yang terakhir....Seperti biasa, benda first wajib ambik ialah kotak...Naurah pun pegang satu kotak.. Kami berpecah untuk mencari barang masing-masing.

Memang murah semua mainan...Siap ada 'Buy 1 free 1' lagi.... So mari kiat tenagok apa yang kami pilih & beli..

Hotwheels untuk Airiel. Ni je yang tinggal... :(
Dah lama Naurah nak yang ni...(Sorry, gambar blurrr....)

Hasil tangkapan...huhu....
Lepas hantar Abang sayang ke opis, kami pun pulang ke rumah. Sampai je rumah terus bagitau kakak dengan excitednya...Dah dia pun nak soh belikan untuk anak2 dia pulak...  Tengok jam macam sempat, lagipun Airiel xde... Telefon Abang mintak kebenaran nak pergi lagi...Dia bagi Green Light, terus pecut ke SSTwo Mall lagi...

Gambar kat bawah ni yang orang kirim pulak yer.... termasuklah member opis Abang  sebab dia pun dah jaja cerita. Siap kirim Barbie lagi untuk anak perempuan dia...
Untuk anak2 buah
Pesanan Alan...Adult Collection


Raniah punye...







Naurah sampai tak sabar la nak suruh jemput Airiel dari rumah pengasuh dia. Sibuk dia nak bukak mainan si adik. 

n
Muka excited: Sorang pegang Barbie, sorang pegang Batman
Letih bermain permainan baru....
 p/s: Lain kali kena alert Warehouse macam ni...huhu... Berbaloi-baloi...

Tuesday, December 25, 2012

New Experience: 6D Motion Adventure

Apa yang anda buat semasa cuti krimas?

Tanggal 25hb tu bermula dengan bersarapan di kedai mamak...Anak2 kata dah lama tak makan roti canai.... Papa makan roti boom, Mama order capati,  Airiel minta roti telur...Kakak je yang nak roti canai...

Setelah perut kenyang, kami ke area Mutiara Damansara. Mulanya ingat nak ke IKEA, tapi punya la banyak kereta yang beratur nak masuk parking, kami terus tukar haluan ke the Curve... Parking pun banyak lagi. Tujuan sebenar nak bawa anak main kat Smaland Ikea tu. Tapi dah tutup sessi yang sebelumnya. Terpaksa tunggu jam 1.30ptg nak masuk. So, kami pun cuci mata dalam Ikano tu. Dok jalan-jalan ada plak promoter bagi flyers...Sekali pandang macam menarik. Terus nak cuba....Apa tu yer? ni ha.....


Wayang 6D...Ala-ala yang macam kat Sunway Lagoon tapi yang tu 5D...Nampak macam takde beza je... Harga tiket RM15 untuk dewasa, RM12 untuk kanak2. Ada promosi "Buy 3 Free 1". Papa pun beli la nak cuba...Lagipun aritu ada janji nak tengok wayang ngan anak2 tapi tak menyempat nak bawa. Kami beli 2 tiket kanak2 dan 1 tiket dewasa.... jimat sket...

Durasi tayangan tak sampai 20 minit pun... Tapi disebabkan ada special effect, ada air, buih-biuh berterbangan, tiupan angin, sampai terbang tudung mama , gambar 3D, dan paling dirisaukan, kerusi tu bergoyang2 ikut macam perjalanan penyu tu kat dasar laut. Nasib baik ada seatbelt. Lupa plak nak inform, kami tengok cerita DEEP BLUE SEA....  Tangan mama dok pegang je badan  Airiel sebab takut dia nangis. Sekali tu dia happy je.. Cuma tangan sentiasa kat spec sebab spec tu besar sangat. Hope lepas ni ada pereka nak cipta spec 3D yang sesuai unutk kanak2.

Cerita tu pasal apa ek?? Entah le sebab sebenarnya cerita tu dalam bahasa mandarin, takde subtitle plak tu...Takde plak bagi tau awal2..

Habis tengok movie, hantar nak ke smaland. Masuk Ikea jap beli barang kakak dan barang sendiri. Sebab dah selalu pergi dah tau nak ambil barang kat ne. Tak payah nak tercari2. ramai betul orang kat sini. Tak sanggup nak dok lama2 dlm nie. Nasib baik semua kaunter buaka so tak la beratur lama. Lepas sejam jemput anak, balik rumah buat susun atur perabut pulak sampai malam....

Habis cuti krismas macam tu je....hahaha


p/s: Hari yang penuh dengan aktiviti....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...