CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, January 25, 2012

Demam Rindu vs Ombak Rindu

Dah tengok cerita Ombak Rindu atau baca novelnya? Saya dah...he..he.. macam iklan pulak

Pernah kena demam rindu??? N3 kali ni berkisarkan tentang anak kecil yang terkena demam rindu. Haaa...bukan orang yang bercinta sahaja tau yang kena demam rindu nie....Tanda-tandanya, makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah...ceeewaahhh.... Takdela sampai macam tu kan...Cuma si Airiel nie, tak lalu nak makan, macam orang demam tapi tak panas pun badan dia...hangat2..je...Memula bawa jumpa doktor pun cuma 37.5 degree celcius je... Adalah demam sikit...Atas nasihat mak dan mak mertua, mereka berpendapat yang Airiel nie terkena ombak demam rindu.

Kenapa Airiel merindu ye??? Sebabnya awal tahun ni dia telah bersekolah di Tadika Maisara yang terletak hanya beberapa ratus meter dari rumah. Selama nie dia diasuh oleh makcik Rahmah yang tinggal di Bandar Manjalara B, dari selepas pantang sehinggalah akhir tahun lalu. Hampir empat tahun jugalah dia berada di sana. Jadinya, bila berjauhan dalam masa yang agak lama (tiga minggu), Airiel mula tak lalu makan dan kesihatan menyusut. Badan pun semakin kurus.... Maka, semalam setelah 25 hari tak berjumpa, Airiel telah dibawa berjumpa dengan 'Mak' di rumahnya. Saja je tak telefon dulu sebelum datang, nak buat kejutan kononnya. Nasib baik makcik ada di rumah. Sampai je di rumah pengasuhnya itu, Airiel terus ceria dan ambil keropok dalam bekas yang selalu dia ambil dan makan dengan seronoknya. Naurah pun diasuh oleh makcik tapi tak lama, hanya setahun lapan bulan sahaja dan Naurah memanggil dengan gelaran nenek, Airiel lebih rapat lagi jika dibandingkan dengan Naurah.

Disebabkan nak bagi peluang Airiel duduk lama sikit, kami menjemput Airiel dan Naurah pulang jam 8.30 mlm. 2 jam jugaklah dia duduk di situ. Kami bagitahu makcik yang kami akan bawa Airiel menziarahinya jika ada masa terluang.

p/s: Itulah penangan "demam rindu" bukan ombak rindu...

Wednesday, January 18, 2012

N3 pertama 2012

Kenapa saya lama tidak mengemaskini blog....???

Sebab utama ialah saya telah semakin sibuk...Manakala sebab yang lain ialah kamera dah rosak. Mana best N3 tiada imej... Seterusnya, 'mood' nak menulis tu takde...

Kenapa saya sibuk?
- Sibuk menjahit (mengejar 'dateline' terkini...)
- Anak ke 2 pun dah masuk Taska
- Sambung belajar peringkat ijazah Sarjana sejak September nan lalu...dah masuk semester ke-2 pun....Ahak..

Kamera rosak??
- Focus system error
- Belum hantar ke kedai untuk dibaiki
- Dengan erti kata lain, belum ada bajet nak beli yang BARU..huhu...

Mood??
- Sibuk baca N3 orang lain
- Mood belajar malam dan menyiapkan assignment lebih penting daripada mood menulis blog
- Lagipun, awal tahun lepas banyak insiden yang tak bersemangat untuk dikenang..maka cuba untuk meninggalkan tarikh tersebut....dah lepas pun... Kereta pun dah selamat dijual...
- Ingatkan saya sorang je yang tak berapa bermood sangat, kak jua lagi lah..dari bulan Sept tak 'update'..he..he..

p/s: Harap2 lepas nie ada la benda yang nak dicoretkan di ruangan ini....

Saturday, October 15, 2011

Books Warehouse Sale: Big Bad Wolf

Hari ni, selepas habis kerja lapangan di Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong, kami keluar ke MAEPS untuk ke pameran buku terbesar 'Big Bad Wolf'. Tak banyak buku ynag kami borong walaupun kami ada di sana selama 3 jam lebih. Kenapa ye?? Sebabnya, awal bulan ni, kami banyak membeli di Jualan Gudang MPH di Petaling Jaya. Di sana banyak juga buku yang kami beli.



Kami berpendapat, harga buku-buku di sini biasa-biasa je sebabnya masa MPH Book Sale aritue dapat buku kulit tebal harag RM2..kat sini palaing murah RM3. Itupun susah nak dapat. Kulit tebal paling murah pun RM6. Tapi kira OKla...berduyun-duyun juga orang yang datang sampaikan nak masuk pun kena beratur.


Ramai yang berkunjung ke sini





Skuad Perodua ERA pun sempat ke sini





Anak-anak dah keletihan (tengah pilih tapis buku)





Jadi, apa yang kami beli di MAEPS ??





Buku aktiviti untuk anak2
Buku untuk bacaan Airiel Ini pula buku untuk Mama.

Ikutkan ada lagi buku nak dibeli. tapi tapis punya tapis, tinggal 2 nie aje yang di beli. Yang warna ungu tu, kotak untuk buku 'Garden Mania'. Buku Papa tak dapat diambil gambar sebab Papa dah bawa naik atas untuk di baca.


Itu yang dibeli di MAEPS. Di Jualan gudang MPH pada 2 Oktober yang lalu kami beli.....

Pilihan Naurah



Pilihan Airiel



Pilihan Mama



Pilihan Papa

p/s: Membaca Amalan Mulia

Thursday, September 8, 2011

Sambutan Hari Raya, Kueh dan dot dot dot

Salam Lebaran.....Salam Aidilfitri.....
Hari nie merupakan Syawal yang ke 10......maknanya dah sepuluh hari kita beraya....Maka di kesempatan ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432 H serta Maaf Zahir dan Batin.

Hari ini juga diadakan sambutan Hari Raya di taska Naurah....Di pagi hari dia dah melaram dengan baju rayanya...oleh kerana tudung raya tertinggal di kampung Bahau, dia kenalah pakai tudung lama....yang penting cantik....hu..hu...

Apa kena mengena tajuk dengan N3 kali nie yer??? Sebabnya, juadah untuk taska Naurah yang disediakn oleh mamanya ialah 'Apam Polkadot'. Pertama kali makan kueh nie, masa hari raya tempohari. Maka semangat berkobar2 lah untuk mencuba resepi hasil pencarian di internet.

Maka, ini lah jadinya.....

Sangat berwarna-warni kannn......

Versi 'close-up' (Sila abaikan yang comot-comot tue yer..)

Fasa mengukus

Selain kuih nie, mama juga membekalkan kuih raya yang dibuat bersama-sama Naurah masa bulan puasa yang lalu....OK...

SELAMAT HARI RAYA.....

p/s: Sangat seronok membuat kueh ini.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...