CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, July 14, 2012

Roti Sardin

Dah berapa hari Naurah minta Mama masak roti sardin. So, hari nie, sarapan kami sekeluarga ialah roti sardin dengan air teh. Meh layan gambar
 2 pinggan berasingan. Cuba teka yang mana versi dewasa, yang mana satu versi kanak2 tak pedas
 Yang nie la versi dewasa......haha....sama aje kan.....

Close-up sikit

p/s: Sebenarnya tak pedas mana pun yang dewasanya tue...cili sebiji je....


Friday, July 13, 2012

Pot Luck Pra-Ramadhan 2012

Hari nie ada Pot Luck di opis sempena nak sambut Ramadhan minggu depan... Kali nie ramai pulak yang takde tak datang , tapi makanan tetap habis ditapau. Kami juga ada menjemput ex-staff untuk join pot luck kali nie.

So, apa masakan saya...

Ini lah dia....Apa namanye? Jom tengok Menu




 Hati dan Pedal masak Ungkep

 Sessi Pagi
 Sessi petang

Petang menapau balik soto Chah beserta nasi impit yang belum potong. Anak3 suka sangat soto tue..Siapa tanya Mama beli kat mana ? Maklum la Mama jarang buat soto sebab Papa tak makan sangat soto nie....

p/s: Nampaknya kena mintak resepi dari Chah la nie....

Saturday, June 30, 2012

Ilyas Reception

Hari nie, pepagi lagi dah gerak ke Johor Bahru untuk menghadiri Majlis Perkahwinan sepupu belah abah, Ilyas...Langkah bendul gak nie... Kali ni pergi dengan Mak, manakal Amin pulak jaga Abah di rumah...Kebetulan pulak tiada kelas hujung minggu nie, jadi dapat la datang ke mari. Pasangan pengantin ni sebenarnya berkahwin pada tengan bulan lalu di Ipoh. Masa tu Kak Jua sekeluarga, Pika dan Amin  yang kesana. Kali ni giliran saya pula ye...

Majlis diadakan di Dewan Azalea, Sekolah Kanak2 Istimewa. Walaupun ada peta, saja je menguji daya minda untuk mengingati kembali jalan2 di JB. Dah banyak yang berubah jalanya sebab banyak 'flyover' sana sini. Sambil mak dok bercerita tentang memori dia perigi ke JB semasa membawa abah ke hospital. Berpandukan 'signboard' ke Pusat Bandaraya', akhirnya kami tiba di tempat yang dituju walaupun sebenarnya jalan yang digunakan jauh sikit dari jalan kat peta..Haha...

Sebenarnya, masa tingkatan 2 dolu2 pernah pergi ke tempat nie sempena Pesta Makanan kanak2 Spastik. Tu sebab rasa 'Macam pernah kulihat tempat nie, tapi di mana ya?' Haha..

So, sampai saja kat dewan tu, tak de tetamu yang datang lagi. Masa tu tengah 'setting' dewan. Bila makanan siap, terus makan dengan family. Then barulah boleh 'rewang'. Tugasan kali ini ialah mengagihkan 'goodies bag' dan juga berkat kepada para tetamu yang nak balik. Bekerjasama dengan Cik Ina dan Izad, sambil di'supervise' oleh Atok kusayang...Atok Odah jadi 'banker' hari tu..'Banker' lelaki, 'Hafizul'...

Masa Mama sibuk rewang, Naurah ke hulu hilri dengan kamera. Semua gamabr yang ada dalam N3 nie adalah hasil bidikan my doter. Bila tengok balik gambar2 kat kamera, ada 309 gambar yang dia ambil termasuklah kawasan luar. Setiap pokok dia nak snap. Airiel pulak dapat member main PSP, Cik Akim dan Cik Haikal.

Pengantin siap jam 2.30 ptg. Kami meminta diri pulang dekat jam 5 ptg. Sempat singgah di Air Hitam.

Nak tengok pengantin tak? Tadaaaa......
 Visual dari pintu masuk dewan
 Lilin 'elektrik'
 Goodies untuk kanak2
 'Goodies' untuk tetamu
 Pelamin dan meja makan damai
 Bunga telur
 Mama dan Cik Ina
 Kek Pengantin
 Haaa.....Kantoi...Naurah di situ
 Adik beradik pengantin except yang kiri tue
 Pengantin dan mak sedara except me, and Atok Odah di tengah2
Banting kat pintu pagar dewan

Itu je gambar yang diupload...Yang lain tengok kat FB je la...hehe...

p/s: Selamat Pengantin Baru Ilyas dan Erny.....Semoga Berbahagia selalu...

Wednesday, May 30, 2012

Cik Ka

Semalam Airiel demam + batuk sikit... Tapi tak pe lepas makan ubat, dah ok skit n dah boleh main PSP pun... Hari ni hantar gie taska, dan cikgu tak telefon pun...Kira dh Ok la tu... Tengahrai seperti biasa mak called dari kampung, berita terbaru: dah beli peti sejuk baru menggantikan peti sejuk lama yang dah rosak. Beritahu mak sekali yang Airiel demam sikit... Mak kata dia rindu nak balik kampung kot..padahal baru je jumpa Nyai hujung minggu aritu... Oh..mesti rindu kat Cik Ka nie... Aritu siap nangis2 kata rindu kat Cik Ka...Sayang kat Cik Ka...

Cik Ka nie walaupun garang2 dengan pona'anne tetap disayangi oleh semua.. kenapa eh???
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*





Sanggup tue makan kemudian semata2 nak teman anak buah makan....huhu... Nie gambar berbulan ynag lepas....Kalau tak salah masa Cik Ka nak sambung study kat UiTM..Tak gitu Cik Ka??

p/s: Sila abaikan keadaan rumah yang berserabut tu ekk...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...