CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, April 12, 2011

Koc Wanita

Pertama kali dalam sejarah hidupku menaiki koc wanita KTM...Agak lama tak menaiki komuter. Dulu masa kerja di Jalan Pahang Barat, memang kami suami isteri menaiki komuter untuk berulang-alik ke tempat kerja. Masa tu anak baru seorang. Naik di stesen Kepong dan parkir kereta di Taman Komuniti yang berdekatan. Masa tu, abang sayang bekerja di Mid Valley, manakala saya akan turun di stesen komuter Putra berdekatan The Mall untuk menukar tren LRT Star yang akan berhenti di stesen Titiwangsa. Kemudian barulah berjalan ke Jalan Pahang Barat lebih kurang 10 - 15 minit bergantung pada masa yang dikejar.

Bezanya pengalaman menaiki komuter kali ini ialah, dulu tiada koc wanita. Sesak di waktu puncak memang masih seperti dahulu, cuma kali ini tak perlu berasak dengan penumpang lelaki. Masa menunggu juga agak lama dek kelewatan tren. Lebih kurang menunggu 30 minit barulah nampak kerlipan lampu komuter. Keadaan di dalam tren masa mula-mula naik agak lenggang, tapi bila tiba di stesen KL dan Bank Negara, dah macam isi sardin pulak.

Sampai di stesen Kepong jam 8.00 mlm. Terus pergi makan malam di Thai Base. Masa masuk dalam kereta, Naurah tanya " Kenapa Mama jalan kaki?" Ha..ha.."Mama naik komuter la....". Mereka tak nampak komuter sebab terus seberang ke taman perumahan Bukit Maluri. Jalan sikit apa salahnya. Lagi pun esok ada 'training'. Hu..hu...

Lupa lak nak cerita sebab naik komuter nie....Hari ini mewakili dekan ke mesyuarat pelajar senibina di PAM, Jalan Tangsi. Pergi dengan Hafsah dan kak Aida. Tapi dalam perjalanan balik, Chah kena bergegas pergi ke JKR untuk menolong kakaknya yang mengalami masalah kereta. Maka, kami diturunkan di KL Sentral. Kalau takde hal tu, tak dapat la merasa naik koc wanita nie. Bukannya senang nak dapat pengalaman macam ni....Terima kasih yer Chah....

p/s: Koc 'Pink' .........tapi berasak boleh tahan......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...