CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, February 28, 2012

Air oren Yang sedap!

Dek kerana keletihan yang amat sangat, maka pagi semalam terbangun lewat....sebab tersalah tekan 'stop' instead of 'snooze'... Sudahnya, kelam kabut..punch card merah...confirm kena potong gaji bulan depan..dah la memang bulan nie hari sikit, maka lebih banyak yang akan dipotong... Nasib badan...

Semalam pula merupakan 'Birthday' Abah tersayang yang ke 56 tahun...."Happy Birthday Abah....!".... Anak2 pulak sibuk nak telefon atuk Nasir nak sambut hari jadi atuk kata mereka..Tunggu yer anak2, esok kita balik kampung...Kami sengaja ambil cuti 2 hari (Khamis & Jumaat) sempena semester break nie...Saja nak release tension, kelas tiap2 minggu kan...Assignment melambak2 lagi...


Semalam jugak dah lancarkan blog baru mengenai 'kerja sampingan' bermula 3 tahun nan lalu....So, silalah melawat ke sini yer.... boleh juga melawat ke facebook...kata carian yang sama...
Maka sebelum melelapkan mata, Cik Abang bertanya, mampu ke nak manage semua nie dalam satu masa?.. Insya-Allah boleh dengan sokongan padu daripada semua orang...kan..kan....he..he...

Lupa plak, tadi ada buatkan Abang sayang air oren sunkist je untuk dia sebelum tidur...Dah berapa malam dia minta benda yang sama... Bila tanya kenapa, dia kata macam nie, " Air oren Yang sedappp sangat....he..he....

p/s: Kembang berbunga-bunga rasa di hati

Sunday, February 26, 2012

Gas habis

Pagi nie dimulakan dengan mood yang agak ceria sebab ala2 bersediala nak pergi kelas....Mandi, Solat Subuh, keluarkan baju dari mesin basuh, then masak air...keluarkan nugget, daging salai dan kepingan daging burger dari peti ais, petik2 dapur gas...tak keluar api pulak....alahai...gas habis ke....?? Oleh kerana memang dah berniat nak bawa bekal ke kelas, maka kena jugak keluarkan jugak kuali elektrik..Nasib baik ada kuali tue...berjaya bawak sandwich dan burger..Sarapan pulak roti sapu nutella je...Air kosong dan teh tarik wajib...hahaha..padahal selama nie bawak air milo je...

Agak mengantuk kat kelas hari nie sebab anak2 malam tadi berpakat bangun selang-seli minta tolong picit kaki...Selang berapa jam Airiel bangun, lepas tue baru nak lelap Naurah pulak, siap dengan iringan lagu nagis le tue Masing2 sakit kaki, almaklum semalam banyak berjalan kan....

Balik rumah sampai jam 6.40ptg...Lepas maghrib keluar ke Gaint Kota Damansara untuk dinner...Boleh pulak terjumpa cik Syira Fauzan dengan housematenya...


Jadi kat mana kami makan ye....?? Haa kat sini la...Abang sayang nak makan Nasi briyani kambing sebenarnya, belum sempat order, pelayan dah bagitau siap2 "kambing dah habis.."..Maka, masing2 ambil menu ayam je.. Ayam Briyani, Ayam masak merak untuk Mama dan Ayam Goreng berempah untuk anak...Lapar punya pasal, Mama order nasi kali nie, biasanya order mee bandung Muar...Takpe minggu nie balik Muar...

Lepas dinner, terus balik rumah and buat ulangkaji apa yang patut...Assignment melambak, nak ready untuk exam awal sket kali nie...huhu...

p/s: Cuti Semester Break kena buat at least 1 Assignment....

Saturday, February 25, 2012

WOW, IPC and @Curve

Hari ini hari cuti...Minggu nie macam hujung minggu-minggu yang lepas, cuti sehari je ye.. Ahad ada kelas.... Maka, inilah harinya yang dikhaskan untuk menghiburkan hati anak2....

Pepagi lagi kami dah meninggalkan rumah untuk ke Putrajaya untuk berjalan2 di sekitar Karnival WOW. Sampai di sana lebih kurang jam 10 lebih, terus cari tempat untuk bersarapan...Perut dah lapar, kena makan dulu untuk mendapatkan tenaga. Kata nak jalan-jalan kan.....

Apa yang ada kat sini yer?? Kebanyakkan pameran mesti ada jualan produk. Tak semua yang kami singgah. Yang betul2 kami singgah ialah Jabatan Bomba, Polis, pets shop dan tak ketinggalan kami juga sempat bertemu dengan Upin & Ipin.....Haha...Maskot je...Ingat nak ambil gambar sekeluarga, tapi Airiel menangis pulak tengok maskot Upin Ipin tue. Dia kata, "kenapa Upin & Ipin besar, kan patutnya kecik je..." Alahai..... Maka, Naurah seorang jelah yang ambil gambar dengan Ipin.

Naurah & Ipin

Airiel, Mama & Naurah dengan tulisan je...

Dengan Papa la pulak...kat booth Polis (ngeri tengok gambar kat belakang tu)
Motorbot Polis

Kereta Bomba (siap dapat permainan kad sorang satu)


Takkan ambil gambar je kan, beli la juga buku mewarna dan toilettries. Senang nak bawak jalan2 nanti.... Sebelum meninggalkan karnival WOW, kami sempat singgah kawasan area Equestrian. Tapi tengok je, tak menunggang pun sebab baru je aritu naik kuda kat PD.... Sebelum tu layan dulu gambar anak-anak tengah main kat sini...

Baru warm-up
eh eh..terjatuh pulak
Lompat....lompat
Seronoknya dia.....
Jom kita balik.....


Kemudian, kami ke IPC....nama baru unuk Ikano ...Ikano Power Centre...kami makan A&W kat sana dan jalan2 ke tempat wajib singgah: Toy'Rus.... Kami juga ke WonderPets tengok kucing2 yang sangat comel...

Tempat wajib ke-2 ialah the Borders @curve..... Cari buku yang sesuai dengan niat nak guna baucer buku 1 Malaysia tue, tapi tak jumpa....Nak cari buku untuk desertation nanti... Tapi Abang sayang yang dapat buku pulak....

Minum petang di Q-Bistro Tesco....then balik rumah.....rehat2.....esok nak gie kelas....

p/s: letih tak ingat.....

Thursday, February 23, 2012

Books, Assignments and ...

Tengah buat assignment nie, tapi berehat kejap...baru je masukkan data apa yang patut... Dah dapat 2 assignment, tinggal lagi 1 subjek je yang tinggal...

Antara buku yang kena dibaca....
Agak tebal jugak buku nie, ada 16 chapter.....dah cover 4 chapter....
Buku nie pulak baru belek2...he..he...


Ok...yang nie dah diwajibkan untuk baca 3 chapter untuk perbincangan dalam kelas akan datang...Ahad nie ler....
p/s: Membaca Amalan Mulia

Wednesday, February 22, 2012

Apa cerita?

Dulu, masa mula2 buat blog, niat di hati nak tulis tiap2 hari macam kat dalam dairi..Tapi apakan daya hajat tak kesampaian.....Banyak jek tertangguh nak menaip dalam nie...

3 minggu kelas berturut-turut...agak meletihkan... abang sayang dulu kelas tiap2 malam OK tambahan pulak dah ada tugasan yang perlu dibuat..yang mana lebih mencabar dari semester yang lepas..... Class trip pun ada jugak...maybe on March and another one is in April....Opss...bahasa pun dah bercampur, malas nak fikir perkataan BM yang lebih sesuai...

Kesihatan kami sekeluarga pulak dalam tahap yang tidak menyenangkan..masing2 dah menunjukkan tanda2 nak kena demam selsema....Nampaknya, balik opis nanti memang kena gie Klinik untuk amik ubat...Prevention is better than treatment....

Hari ni jugak ada Birthday Party kat sekolah Naurah dan Airiel, mama terlupa la pulak nak prepare apa yang patut...Next 2 months la baru mama sediakan eh...

Nak pergi ke kelas, hari nie ajara topic Islamic Arts & Architecture.... antara topic yang ditunggu2 oleh student....

Ok...time nak gie class.....

p/s: Asyik baca blog orang je, blog sendiri malas nak update....

Sunday, February 5, 2012

Our 7th Anniversary

04.02.2012 merupakan hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke 7 tahun..


Tapi disebabkan sibuk dengan persedian makan malam pra-graduasi di The Riyal Bintang Hotel, @Curve dan Majlis Konvokesyen ke 9 di PICC, maka tak dapatlah nak meraikan dengan keluarga tercinta. Mana taknya, sampai rumah selepas 'dinner' semua dah pakat tidur, keluar rumah keesokkan harinya semua belum bangun lagi. Pendek kata memang tak sempat nak 'celebrate'.. Semalam sampai rumah selepas majlis konvo pun dah dekat pukul 5 ptg... Abang sayang kata, esok Mama boleh rehat kat rumah, hari Isnin baru boleh keluar jejalan makan angin jap...huhu...

Minggu ni memang sangat meletihkan....Rasa macam nak gie spa je...Kad untuk Abang sayang pun tak sempat nak beli. Nasib baik masa pesta jualan di PICC ada jual cenderamata yang sesuai untuk bagi kat Abang sayang...Apa dia?? Gambar tak 'upload' lagi..Kamera belum dibaiki lagi..

Bercerita tentang konvo, kali ni kami ditugaskan di bahagian fotografi...Antara sekretariat bertugas yang paling akhir berada di dalam dewan. Maka, dengan kuasa yang ada di tangan ketua segala staff konvo, kami dibenarkan untuk mengambil bunga hidup yang menjadi hiasan pentas untuk dibawa balik. Kami juga mendapat cenderamata berupa kole seramik yang tertera konsep rasmi majlis konvo kali ini.

p/s: May Allah bless us always.....I love you Abang.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...