04.02.2012 merupakan hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke 7 tahun..
Tapi disebabkan sibuk dengan persedian makan malam pra-graduasi di The Riyal Bintang Hotel, @Curve dan Majlis Konvokesyen ke 9 di PICC, maka tak dapatlah nak meraikan dengan keluarga tercinta. Mana taknya, sampai rumah selepas 'dinner' semua dah pakat tidur, keluar rumah keesokkan harinya semua belum bangun lagi. Pendek kata memang tak sempat nak 'celebrate'.. Semalam sampai rumah selepas majlis konvo pun dah dekat pukul 5 ptg... Abang sayang kata, esok Mama boleh rehat kat rumah, hari Isnin baru boleh keluar jejalan makan angin jap...huhu...
Minggu ni memang sangat meletihkan....Rasa macam nak gie spa je...Kad untuk Abang sayang pun tak sempat nak beli. Nasib baik masa pesta jualan di PICC ada jual cenderamata yang sesuai untuk bagi kat Abang sayang...Apa dia?? Gambar tak 'upload' lagi..Kamera belum dibaiki lagi..
Bercerita tentang konvo, kali ni kami ditugaskan di bahagian fotografi...Antara sekretariat bertugas yang paling akhir berada di dalam dewan. Maka, dengan kuasa yang ada di tangan ketua segala staff konvo, kami dibenarkan untuk mengambil bunga hidup yang menjadi hiasan pentas untuk dibawa balik. Kami juga mendapat cenderamata berupa kole seramik yang tertera konsep rasmi majlis konvo kali ini.
p/s: May Allah bless us always.....I love you Abang.....
Sunday, February 5, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment