CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, November 18, 2012

Naurah's Convocation Day

Hari Majlis Graduasi dan Konsert Tadika Maisara 2012. Ikut jadual program bermula jam 8.00pg. Tapi pukul 8 lebih masih tengah bersiap lagi kat rumah. Sekali tu tengok kat surat dari sekolah program kat Dewan Sekolah Kebangsaan Kota Damansara Syeksen 9! Mama ingat kat SK Bandar Sri Damansara yang dekat je tu. Kelam kabut keluar rumah sebab dah terlambat.  Nasib baik Naurah dah pergi naik bas jam 7 pg dari sekolah. Agak jauh la jugak tu nak bekejar..

Sampai je, majlis baru sahaja bermula. Bermula dengan perarakan masuk graduan kecil dari gabunagn 3 buah sekolah...Diikuti penyampaian ucapan oleh para pengetua, ucapan pelajar-pelajar dan penyampaian sijil dan hadiah untuk pelajar tadika 6 tahun, 5 tahun dan 4 tahun.

Sukanya dia.....
Airiel duduk dekat area kanak-kanak
Melangkah penuh bergaya


Masamnya muka kakak...

Konsert bermula selepas acara bergambar. Ada 12 kumpulan bertanding. Kebanyakkannya berunsur tarian termasuklah Naurah yang menari mengikut lagu  'Anak Kampung'.

Acara nasyid "Alhamdulillah....."
"Anak Kampung"

Kesemua acara berakhir jam 12.00 tengahari.


Sekeluarga....Atok tak ikut...Papa jadi photography..

p/s: Tahun depan kita ke Konsert Airiel pulak....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...