CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, December 29, 2012

Mattel Sales


Actually saya terpandangkan poster ni masa baca paper kat opis .... Budget memang nak pergi..tapi dia buat hari bekerja pulak... Weekend cuma hari Sabtu..Ikutkan planner dah dibooked oleh Hari Orentasi Darjah Satu .... Tapi setelah berdiskusi dengan Cik Abang sayang, maka kitorang plan nak pergi lepas urusan pendaftaran dan taklimat selesai. So, plan kami ; SEKOLAH --> MATTEL SALES ---> HANTAR ABANG PERGI OPIS ---> BALIK RUMAH.
 
Pagi tu Airiel kami hantar ke rumah bekas pengasuhnya dulu, kunun2 nak lepaskan rindu la...Padahal biar senang bergerak. Haahaaahaaa...Jujur tak?? Urusan kat sekolah pula tak lama mana sebab Guru Besar ada hal...Tapi cecah tengahri la jugak... Habis je, terus cabut dengan membawa Naurah yang masih lengkap berpakaian seragam sekolah yang ada bau kedai lagi tu... (Tapi dah basuh yer...)

Sampai je kat SSTwo, kami terus ke lokasi seperti yang tertera kat dalam iklan surat khabar tu...Dalam perjalanan dari parking ke Tingkat 2, memang kami berselisih dengan ramai orang yang membawa bungkusan Mattel..besar-besar pulak tu...Haishh...Geram dah ni... Murah sangat ke??  Niat di hati nak cari Hotwheels Airiel dan Barbie Naurah....

Masuk2 je....agak kecewa sebab nampak macam dah tak banyak yang boleh dibeli...sebab kawasan sebesar tu dah kosong sebahagiannya...Maklumlah...kitorang pergi pun dah hari yang terakhir....Seperti biasa, benda first wajib ambik ialah kotak...Naurah pun pegang satu kotak.. Kami berpecah untuk mencari barang masing-masing.

Memang murah semua mainan...Siap ada 'Buy 1 free 1' lagi.... So mari kiat tenagok apa yang kami pilih & beli..

Hotwheels untuk Airiel. Ni je yang tinggal... :(
Dah lama Naurah nak yang ni...(Sorry, gambar blurrr....)

Hasil tangkapan...huhu....
Lepas hantar Abang sayang ke opis, kami pun pulang ke rumah. Sampai je rumah terus bagitau kakak dengan excitednya...Dah dia pun nak soh belikan untuk anak2 dia pulak...  Tengok jam macam sempat, lagipun Airiel xde... Telefon Abang mintak kebenaran nak pergi lagi...Dia bagi Green Light, terus pecut ke SSTwo Mall lagi...

Gambar kat bawah ni yang orang kirim pulak yer.... termasuklah member opis Abang  sebab dia pun dah jaja cerita. Siap kirim Barbie lagi untuk anak perempuan dia...
Untuk anak2 buah
Pesanan Alan...Adult Collection


Raniah punye...







Naurah sampai tak sabar la nak suruh jemput Airiel dari rumah pengasuh dia. Sibuk dia nak bukak mainan si adik. 

n
Muka excited: Sorang pegang Barbie, sorang pegang Batman
Letih bermain permainan baru....
 p/s: Lain kali kena alert Warehouse macam ni...huhu... Berbaloi-baloi...

Tuesday, December 25, 2012

New Experience: 6D Motion Adventure

Apa yang anda buat semasa cuti krimas?

Tanggal 25hb tu bermula dengan bersarapan di kedai mamak...Anak2 kata dah lama tak makan roti canai.... Papa makan roti boom, Mama order capati,  Airiel minta roti telur...Kakak je yang nak roti canai...

Setelah perut kenyang, kami ke area Mutiara Damansara. Mulanya ingat nak ke IKEA, tapi punya la banyak kereta yang beratur nak masuk parking, kami terus tukar haluan ke the Curve... Parking pun banyak lagi. Tujuan sebenar nak bawa anak main kat Smaland Ikea tu. Tapi dah tutup sessi yang sebelumnya. Terpaksa tunggu jam 1.30ptg nak masuk. So, kami pun cuci mata dalam Ikano tu. Dok jalan-jalan ada plak promoter bagi flyers...Sekali pandang macam menarik. Terus nak cuba....Apa tu yer? ni ha.....


Wayang 6D...Ala-ala yang macam kat Sunway Lagoon tapi yang tu 5D...Nampak macam takde beza je... Harga tiket RM15 untuk dewasa, RM12 untuk kanak2. Ada promosi "Buy 3 Free 1". Papa pun beli la nak cuba...Lagipun aritu ada janji nak tengok wayang ngan anak2 tapi tak menyempat nak bawa. Kami beli 2 tiket kanak2 dan 1 tiket dewasa.... jimat sket...

Durasi tayangan tak sampai 20 minit pun... Tapi disebabkan ada special effect, ada air, buih-biuh berterbangan, tiupan angin, sampai terbang tudung mama , gambar 3D, dan paling dirisaukan, kerusi tu bergoyang2 ikut macam perjalanan penyu tu kat dasar laut. Nasib baik ada seatbelt. Lupa plak nak inform, kami tengok cerita DEEP BLUE SEA....  Tangan mama dok pegang je badan  Airiel sebab takut dia nangis. Sekali tu dia happy je.. Cuma tangan sentiasa kat spec sebab spec tu besar sangat. Hope lepas ni ada pereka nak cipta spec 3D yang sesuai unutk kanak2.

Cerita tu pasal apa ek?? Entah le sebab sebenarnya cerita tu dalam bahasa mandarin, takde subtitle plak tu...Takde plak bagi tau awal2..

Habis tengok movie, hantar nak ke smaland. Masuk Ikea jap beli barang kakak dan barang sendiri. Sebab dah selalu pergi dah tau nak ambil barang kat ne. Tak payah nak tercari2. ramai betul orang kat sini. Tak sanggup nak dok lama2 dlm nie. Nasib baik semua kaunter buaka so tak la beratur lama. Lepas sejam jemput anak, balik rumah buat susun atur perabut pulak sampai malam....

Habis cuti krismas macam tu je....hahaha


p/s: Hari yang penuh dengan aktiviti....

Monday, December 24, 2012

Airiel sakit ggi

Semalam masa dinner, tetiba Airiel mengadu gigi dia sakit... Papa dah tarik muka masam... Dok teringat kisah dua tahun nan lalu bila Naurah sakit gigi...

So, tadi lepas selesai beli buku-buku Naurah kami bergegas ke Klinik Pergigian Jinjang.... Sampai dalam 12.04pm... Daftar Airiel dulu sebab dia tiada rekod lagi. Kemudian baru daftarkan Naurah. Tak lama nak tunggu sebab tak berapa ramai orang. Kira ada 5 orang pesakit lagi sebelum giliran kami. Tiba giliran no Airiel dipanggil, Airiel terus masuk dan duduk atas kerusi pesakit. Elok pulak dia menjawab semua soalan doktor gigi. Doktor periksa ada 4 batang yang rosak nak kena tampal. Tapi hari ni boleh buat 2 je. Mama terus tanya," Nak buat hari ni ke dr?". Ingat nak datang periksa je. Dr kata  "ya la..nak buat treatment dah ni".


Airiel terus duduk atas kerusi dan menjawab soalan doktor

Doktor tengah periksa gigi Airiel yang dah banayk rosak tu
Tampalan sedang dibuat
Dah selesai..... Gigi adik dah cantik....

 N3 ni ada gambar Airiel je, sebab masa Naurah periksa gigi dia menangis beria-ria. Bukannya sakit pun, takut je lebih. So, tak dapat la Mama snap gambar dia sebab Naurah nak pegang tangan Mama. Mama pulak duduk kat belakang kerusi sambil tak henti-henti memujuk Naurah supaya tak menangis. Naurah pun kena tampal 2 batang gigi jugak macam Airiel. Nasib baik tadi suruh Airiel dulu, kalau Naurah dulu mau Airiel pun tak mau bukak mulut.

Alhamdulillah...dalam pukul 1 semua urusan berkaiatan gigi dah selesai separuh... Entah bila lagi nak datang untuk buat treatment ke 2. Airiel ada 2 batang gigi lagi nak kena tampal. Naurah pun ada 2 batang gigi lagi nak kena tampal... 2 batang gigi kacip depan tu dah goyang... tunggu masa je nak tercabut sendiri...

Antara perbualan dengan doktor dan misi tadi, walaupun rajin gosok gigi, banyak lagi faktor yang menyebabkan karies gigi, antaranya botol susu dan penggunaan ubat gigi kanak-kanak. Zaman sekarang ni memang banyak jenama ubat gigi kanak-kanak dengan bermacam perisa yang memang tak elok untuk gigi susu. Ubat kumur pula hanya untuk orang dewasa sahaja.

p/s: Jaga kebersihan dan kesihatan gigi yer....

Thursday, December 20, 2012

KLKL

KLKL = Kenangan Lalu Kuala Lumpur...

Dah lam betul tak turun ke tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.... Nama je dok KL. Kali ni dapat jengah kejap sebab nak jaga anak buah masa Mama diorang berkursus di Hotel Quality. Sebenarnya lebih nak jumpa dan mandi-manda kat swimming pool je. Tak susah jaga diorang ni..lebih-lebih lagi Si Daus sebab dia ikut je kata Bibik dia ni..... Semalam je kami tidur kat situ.. Mamas and Children only.... Para bapa jadi bujang jap malam ni...

Balik dari swimming pool, masing2 kelaparan. Nasib abik wak jua dah sediakan maggi cup. maka tengahari tu kami makan maggi ngan lebihan sarapan pagi tadi. Masing2 makan sampai licin...Almaklum la lapar....Lepas tu layan  cerita kat laptop sampai tertidur.

Mama diorang balik kursus dekat pukul 7. Dah janji dengan budak2 ni nak jalan-jalan. Muncul je kat muka pintu masing2 tuntut janji macam anak burung tunggu ibu dia balik sarang. Lepas maghrib, kami keluar dinner kat KFC sebelah Pertama Kompleks. Lepas tu masuk Sogo jap tengok jam, perfume...Sambil tu anak2 berposing sakan la.... Sambil makan aiskrim....

Airiel nak posing dulu

Kat dalam SOGO



Kat lobi hotel
3 Heroes


Rania, Wak Jua + Wak Haris
Haha...Takde gambar Rania dalam gambar budak2 kat atas tu sebab masa kat Sogo, aiskrim yan g dia makan tumpah dan terbalik atas lantai.. Terus dia moody..

p/s: Seronok tengok anak2 berseronok

Monday, December 17, 2012

Exam Semester 4

Minggu peperiksaan datang lagi....

Yang tak menarik:
Tarikh exam sama dengan tarikh sepupu kaween kat kampung....Tak dapat nak rewang. To Atiqah + Wafiy: Selamat Pengatin Baru

Yang tak berapa menarik:
Study: Menghadap laptop...xceli suka baca buku betul compared to e-book

Kena buat nota colourful

Yang agak menarik:
Dewan peperiksaan yang luas, siap boleh berhadapan dengan calon lain


Yang menarik:
Ada landskap area untuk study last minutes...hahaha...
p/s: Lokasi peperiksaan kali ni di Bangunan Peperiksaan UM

Wednesday, December 5, 2012

Waterfall in the House

Haha.... macam best je kan tajuk tu... ish..ish...Sebenarnya tak best pun....Tak best sangat sangat..... Sebab per? Sebabnya nie ha....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Hasil tadahan

Dalam bilik

Luar bilik

Area tangga

Ada gak yang mengalir kat dinding.....

RUMAH BOCOR DAAA.......


Sepanjang 7 tahun dok sini tak pernah jadi situasi macam ni....dah la jadi time takde kat rumah...masa dlam perjalanan balik ke KL dari Kota Tinggi... Nasib mak mertua dan adik ipar  baru sampai dari kampung sebab nak menghadiri majlis kenduri kahwin sepupu di Sentul. Kesian pulak kena tadah air hujan ngan keringkan lantai....
Esoknya jadi lagi... jadi cinderella kejap lepas balik kelas aritu... Agak teruk jugak sebab, bila penuh je semua besen dan baldi, terus kena buang sebab nak tampung lagi.... Buat ulang-ulang sampailah hujan reda... bila dah reda nak kena keringkan air pulak...mop, lap then pasang kipas kuat2... Dapat bayangkan la macam mana keadaan mak dan adik semalamnya...

Ni dah  2 hari, Alhamdulillah....walaupun hujan, air tak turun pun... Jadi waktu hujan yang betul-betul lebat beserta angin... 

p/s: Kalau hujan je, mesti hati berdebar-debar ....Selagi takdibaiki...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...