CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, December 24, 2012

Airiel sakit ggi

Semalam masa dinner, tetiba Airiel mengadu gigi dia sakit... Papa dah tarik muka masam... Dok teringat kisah dua tahun nan lalu bila Naurah sakit gigi...

So, tadi lepas selesai beli buku-buku Naurah kami bergegas ke Klinik Pergigian Jinjang.... Sampai dalam 12.04pm... Daftar Airiel dulu sebab dia tiada rekod lagi. Kemudian baru daftarkan Naurah. Tak lama nak tunggu sebab tak berapa ramai orang. Kira ada 5 orang pesakit lagi sebelum giliran kami. Tiba giliran no Airiel dipanggil, Airiel terus masuk dan duduk atas kerusi pesakit. Elok pulak dia menjawab semua soalan doktor gigi. Doktor periksa ada 4 batang yang rosak nak kena tampal. Tapi hari ni boleh buat 2 je. Mama terus tanya," Nak buat hari ni ke dr?". Ingat nak datang periksa je. Dr kata  "ya la..nak buat treatment dah ni".


Airiel terus duduk atas kerusi dan menjawab soalan doktor

Doktor tengah periksa gigi Airiel yang dah banayk rosak tu
Tampalan sedang dibuat
Dah selesai..... Gigi adik dah cantik....

 N3 ni ada gambar Airiel je, sebab masa Naurah periksa gigi dia menangis beria-ria. Bukannya sakit pun, takut je lebih. So, tak dapat la Mama snap gambar dia sebab Naurah nak pegang tangan Mama. Mama pulak duduk kat belakang kerusi sambil tak henti-henti memujuk Naurah supaya tak menangis. Naurah pun kena tampal 2 batang gigi jugak macam Airiel. Nasib baik tadi suruh Airiel dulu, kalau Naurah dulu mau Airiel pun tak mau bukak mulut.

Alhamdulillah...dalam pukul 1 semua urusan berkaiatan gigi dah selesai separuh... Entah bila lagi nak datang untuk buat treatment ke 2. Airiel ada 2 batang gigi lagi nak kena tampal. Naurah pun ada 2 batang gigi lagi nak kena tampal... 2 batang gigi kacip depan tu dah goyang... tunggu masa je nak tercabut sendiri...

Antara perbualan dengan doktor dan misi tadi, walaupun rajin gosok gigi, banyak lagi faktor yang menyebabkan karies gigi, antaranya botol susu dan penggunaan ubat gigi kanak-kanak. Zaman sekarang ni memang banyak jenama ubat gigi kanak-kanak dengan bermacam perisa yang memang tak elok untuk gigi susu. Ubat kumur pula hanya untuk orang dewasa sahaja.

p/s: Jaga kebersihan dan kesihatan gigi yer....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...