CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, February 18, 2013

Jakarta Aku Datang

Tajuk macam tajuk filem...tapi kali ni heroin dia ramai....sebab ni ala2 Girls Day Out..spouse suma tinggal jaga anak OK...huhu... Ada sorang je hero tapi dah jadi milik orang ye...

Kami ke Jakarta...Kami tu Aku, Achah, Linda, Yana dan Raz + family... K.Aida tertinggal kapal terbang kali ini. Lagipun skarang dia kapal lain, kami masih di kapal yang sama...


Hari 1
8.22 am - SMS dari Achah, tanya  dah kat mana...dah otw  masa tu...baru je memulakan perjalanan ke LCTT dengan menuruh adik menekan pedal minyak Kancil sehabisnya. Mau taknya....malam tadi tak tidur, sibuk siapkan assignment yang kena re-do tu.. Tak sempat pun nak susun seeloknya..... Pastu kelam kabut mandi and kejut adik. Nasib baik anak2 + Papa diorang dah balik Bahau semalam.
So, sampai je LCTT, terus check in beg dan terus masuk tempat menunggu. Tak lama tu naik kapal terbang, nak tidur perut lapo plak. Lepas dapat makan baru tido tup-tup dah sampai.

Kami terus ke hotel. Ok jugak hotel tu.. Namanya Thamrin Residence, lokasi betul2 sebelah Thamrin City Mall...bawah ada kedai 24 jam dan kedai makan. Lepas check in hotel, kami keluar lunch, rehat sekejap, then ke Carefour Kuningan. Malam tu makan kat area bawah hotel tu jugak. Service out la kedai tu...lambat & tak mesra..Nasib baik kat negara orang. Oh ya, sebelum tu kami ke Thamrin City Mall tapi banyak kedai dah tutup. Awal betul kedai kat sana tutup yer...

Sampai  je hotel snap gambo dulu sementara nak tunggu check in

Hari 2
kami breakfast kat hotel je...Dah masuk package kan... Kemudian, kami terus ke Tanah Abang dengan tujuan utama shopping barangan nak jual kat Konvo..Tu alasan je...banyak nak beli barang sendiri je...hahaha.... Memang rambang mata dok kat sana...setiap tingkat kitorang ronda kecuali tingkat beg + aksesori... kedai jual reben pun kitorang masuk. Murah tu reben-reben kat sana... Tengahari makan kat Foodcourt Tanabang...Ok la..



Ini je la yang sempat posing, yang lain sibuk shopping...huhu

Kitorang borong berguni telekung kat sini, suka tokey kedai ni

Malamnya, setelah berfikir2 nak keluar ke tidak, akhirnya kami ke Sarina Kompleks untuk mencari money changer...hahaha....duit Rp dah habis, tinggal duit RM je... yang dah kosong tu memang kena cari ATM la. Nasib baik kemudahan perbankan dah mudah sekarang....hihi.... Setelah poket kembali terisi, kami ke sebuah restoren Nasi Padang.....Glamer restoren ni, branch kat KL pun ada.... Pilih punya pilih amek 4 piring lauk je untuk makan 3 orang. Opps....lupa nak bagitau, Yana tak ikut keluar ni sebab katanya nak berehat.
Hambek kaw lauk yang dihidangkan....

Mana satu yang betul nih???

Gambo terpenting kat sana, senang nak cari kedai tadi...huhu

Cups
 Hari 3
Malam tadi dah berdiskusi untuk pilih satu sahaja destinasi nyopping....Thamrin City Mall or Tanah Abang.... Semestinya TANAH ABANG....So, apa yang dah berkira-kira dalam kepala hendak dibeli + kiriman member dan adik beradik, maka berborong untuk kali terakhir sebelum kami semua bertolak pulang ke tanah air... Kali ni dah tak rambang mata, sebab dah tahu apa nak beli. Tapi, memang tabik spring kat Chah sebab dia boleh ingat segala lorong2 dalam bangunan Tanah Abang tu...pergghhhh...Wa Salute sma lu...

Settled je beli semua barang, (exceli setelang poket kosong ye kawan2) , kami balik ke hotel untuk check out dan berangkat pulang ke Malaysia. Kebetulan masa sampai di airport ada Dragon Dance Performance. Layan mata kejap.




Oleh kerana sampai awal di perbandaran, maka kami memgkongker kerusi yang ada utuk buat persidangan meja bulat.

Muka-muka bosan
 Kenapa muka bosan??. Ahaaa.... sebabnya tak dapat beli FM...Nak peta Indonesia or Jakarta tapi mahal banget sih.. Lain bulan kirim kat Chah...
Beli donat buat bekal atas kapal. Tengok kat belakang tu, gigih Si Raz gendong si Seif


Sempat posing sebelum naik kapal mabur

Sampai rumah dah malam sangat. Anak-anak dan asben dah makan, makan singgah 7E makan ni je la.


Ni je la yang mampu buat masa ni.....(mampu masuk perut daaa)
 p/s: Lepas ni trip ke mana pula yerr???

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...