N3 kali ni kisah yang berlaku semalam dan hari ini.
Semalam kami pergi ke Dewan Serbaguna Taman Ehsan sempena Jualan Gudang Hytex. Tak banyak memborong, setakat 2 pasang baju untuk Airiel, 2 helai baju untuk Naurah berserta sehelai topi ada gambar Minnie Mouse.
Petangnya pula, bersama Kak Aida dan Ayie, kami pergi ke Sime Darby Convention Centre sebab ada penyampaian hadiah untuk Green Affordable Residential Challenge 2010.
Pemenangnya adalah pelajar dari UiTM Shah Alam. Konsep yang digunakan sangat menarik dan kreatif. Beliau menggunakan "container" sebagai konsep utama. Sila lihat hasil kerjanya di bawah.
Kemudian, sessi minum petang. Tapi dah macam makan malam pulak.
Sebelum kami balik ke SD, kami sempat melawat ke bahagian 'Roof Top' yang masih lagi dalam proses-proses akhir pembinaan.
Hari ni pulak, sepatutnya ada Acara meraikan para pelajar FABE di Pavilion Taman Tasik Metropolitan, Kepong. Oleh kerana kami sampai situ pun dah pukul 4.20 ptg. Maka, tak sempatlah jawabnya. Jumpa esok ajelah kat Matrade ye. Jadi, apa yang disibukkan sangat tu?? Haaa...hari ni pagi-pagi lagi selepas je semua bersarapan, kami sekeluarga pergi ke Plaza Low Yat untuk menghantar laptop Cik Ainur yang mengalami kerosakkan. Sementara menunggu ianya diperbaiki, ada beberapa aktiviti yang kami sertai sempema promosi TM di bahagian Ground floor. Antaranya, "Boxes Puzzle", kutip gula-gula, bergambar bersama Adam AF2 dan menari dengan belon. Untuk acara pertama, Mama dan Papa bertanding sesama sendiri dan pemenangnya Mamalah...Dapatlah "Goodie bag" dari TM. NAuarh pulak naik pentas untuk menari bebas dengan belon. Tapi bila kena duduk atas belon dia menangis pula, sebab dia kata susah nak buat. Maka, pakcik badut pun bawaklah dia turun dari pentas. Airiel pula, sempat bergambar bersama Adam. Siap dukung lagi. Cik Ainur tak sempat nak ambil gambar dengan Adam sebab dia tengah tunggu laptop dia siap.
Mama dan Papa sedang menyusun.
Airiel dan Adam AF2
Naurah menari dengan belon.
Kami keluar dari situ jam 3.45ptg sebab tunggu Upin dan Ipin tak muncul-muncul. Lagipun anak-anak dah nampak keletihan.
p/s: Gambar terakhir tue, anak-anak tengah tengok cerita guna projector,di kedai sebelah tempat cik Ainur hantar laptop dia diservis.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment