CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, April 23, 2012

Makanan waktu exam


Minggu exam nie memang tak sah kalau tak makan nasi. Asyik lapar je, abang sayang kata sebab dok perah otak menghafal segala jenis principles, approaches dll. So, masa dok kat rumah sorang-sorang maka inilah hasilnya....tadaa...
Plan View
 Gablok kata orang jawa, yang sebenarnya ialah Nasi impit goreng.

Close-up
 So, kat bawah nie cara nak buat beserta bahan2nya...

Bahan-bahan:
3 ketul ketupat mini (dipotong dadu)
1 biji bawang merah (ditumbuk)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
4 biji cili api (ditumbuk)

Ikan bilis secukup rasa (ditumbuk)
seketul sosej di potong nipis2 (nak ganti dengan fish ball ke ayam ke pun ok gak)
2 sudu kicap manis
1 susu kicap masin
Sayuran (ikut suka, saya masukkan sawi dan kobis)
1 biji telur
sedikit gula dan garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara-cara:
Panaskan minyak
Tumiskan bahan tumbuk dan kepingan sosej
kemudian masukkan sos tiram, garam, gula
selepas itu masukkan ketupat beserta sayuran
tuangkan kesemua jenis kicap
masukkan telur  dan kacau hingga berasap.

Lepas tu masukkan dalm pinggan, taburkan bawang goreng dan daun sup.
Ok siap...walah...

p/s: makan sorang2 pun sedap gak..hihi...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...