CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, August 4, 2011

Menu hanya di bulan Ramadhan

Sahur pagi nie, masak yang ringkas juga. Antaranya......


Ikan selar goreng


Sambal cili api

Sayur campur + fish ball



Jam 3 ptg Abang sayang bagi SMS, hari nie beli juadah berbuka di pasar ramadhan je. Oleh kerana hujan turun dengan lebatnya, maka tak jadi la ke param. Maka kepala pun berfikir nak masak apa dengan barangan dapur yang agak terhad. Dan seperti yang dibicarakan di pejabat tadi, Murtabak Maggi menjadi antara menu kami pada hari nie.

Murtabak Maggi


Asal kami tahu mengenai murtabak maggi ni, datangnya daripada kawan Abang sayang masa dia buat rumah terbuka beberapa tahun yang lalu. Masa tu, Naurah kecil lagi. Masih bayi. Bermula daripada tu, setiap kali tibanya bulan puasa, itu antara juadah wajib. Tapi masa bualn puasa je. Waktu lain tak teringin pulak nak buat...he..he...


Menu utama kami sebenarnya ialah.....

Nasi Lemak

Sambal Tumis Ikan bilis

Udang Goreng Tepung

Memula ingat nak buat sambal tumis udang + petai. Tapi atas permintaan Cik Abang Sayang, jadi lah Udang Goreng Tepung......

p/s: Manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan.....

Wednesday, August 3, 2011

Spaghetti Meat Ball

Seperti yang diuar-uarkan di pejabat, hari nie menu berbuka : Spaghetti Meat Ball. Dek takut ketidaksempatan untuk menyiapkan jadah berbuka sebelum masuk waktu, kami sempat singgah ke gerai di Bandar Manjalara B untuk membeli sedikit kuih-muih buat pengalas perut. kebanyakan kuih adalah pilihan Naurah, ynag semestinya kegemaran dia iaitu karipap dan popiah goreng. Alhamdullillah, semua kuah dan pasta masak sebelum azan berkumandang. Maka, makan spaghetti berulamkan kuih ler....




Spaghetti Meat Ball ala Zra

Kuih-muih yang dibeli tadi

Cucur udang

Air Oren sunquick



Hari ni juga, Airiel belajar memakai baju tee sendiri. Sebelum ni dia cuma pandai pakai seluar je. Terus telefon Nyai di Muar untuk bagitahu yang dia dah pandai pakai baju. Nak telefon Wan di Bahau, tentunya dia di masjid berterawih... Nyai sempat bertanya, "Mama masak apa hari ni?". Si kecil tu jawab, "Mama masak Mee Sedap", yang sebetulnya ialah Spaghetti. Kalau tak diterangkan dengan lebih lanjut, mesti mak ingat Mama Airiel nie masak mee segera je....


p/s: Alhamdulillah.....Naurah masuk hari ke-2 berpuasa....

Tuesday, August 2, 2011

Naurah 1st day berpuasa

Malam tadi sebelum tidur, bertanyakan pada Naurah, esok dia nak puasa tak? Dia kata, ya, esok nak puasa. Tapi pagi tadi kejut agak susah juga la....Kali kedua naik baru dia terjaga. Itupun cuma nak makan popiah aje...Nasi terpaksalah bersuap. Si Airiel pun terjaga jugak...tapi berjaya suruh dia tidur semula.

Menu sahur kami berupa....


Sambal tumis telur puyuh


Ulam timun dan telur puyuh rebus + goreng (untuk Naurah yang tak tahan pedas )


Dan ikan bilis goreng kicap


Manakala untuk berbuka pula.....

Rendang ayam

Sayur kangkung

Gulai Kurma Ayam


serta air sirap (tiada dalam gambar)...... Baru dua hari berpuasa memang tengah rajin masak...Rentak kami, biasanya hujung minggu baru ke param atau dah masuk minggu kedua berpuasa....he..he...


Alhamdulillah hari nie Naurah dapat mengahbiskan puasanya dengan baik. Cuma dia kata, rasa tak sihat dan lapar sikit....Masa berbuak, dua kali dia tambah nasi, kebetulan pula memang gulai kurma ayam kegemaran dia.


p/s: Esok Naurah kata dia nak puasa lagi...... :)

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan......

Salam Ramadhan....





Rutin harian berubah untuk jangka masa sebulan bermula hari ini....Bangun jam 4 pagi untuk menyediakan juadah bersahur. Pertama kali juga Naurah bersahur.....Nak mula berpuasa katanya.....


Juadah yang sempat disediakan di pagi hari...semuanya sikit-sikit je...Sayur kangkung tumis dimasak khas untuk Naurah.....

Tempoyak daun kayu dah siap masak malam tadi




Tempe goreng + Sambal kicap



Lauk untuk berbuka juga agak ringkas; telur goreng mata kerbau, tempoyak daun kayu, timun, dan tempe goreng beserta sambal kicap. Tak lupa popiah goreng dan sosnya sekali.



Abang sayang dan Naurah sampai di rumah jam 6.45 ptg. 'Jem' teruk katanya...Kemudian, Naurah kata dia tak puasa sebab 'teacher' tak bagi puasa... :( Mama beriya la buat popiah goreng kegemaran dia.....Takpe, esok boleh puasa lagi....



p/s: Saje je letak gambar makanan di bulan puasa ni kan...he..he....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...