CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, August 3, 2011

Spaghetti Meat Ball

Seperti yang diuar-uarkan di pejabat, hari nie menu berbuka : Spaghetti Meat Ball. Dek takut ketidaksempatan untuk menyiapkan jadah berbuka sebelum masuk waktu, kami sempat singgah ke gerai di Bandar Manjalara B untuk membeli sedikit kuih-muih buat pengalas perut. kebanyakan kuih adalah pilihan Naurah, ynag semestinya kegemaran dia iaitu karipap dan popiah goreng. Alhamdullillah, semua kuah dan pasta masak sebelum azan berkumandang. Maka, makan spaghetti berulamkan kuih ler....




Spaghetti Meat Ball ala Zra

Kuih-muih yang dibeli tadi

Cucur udang

Air Oren sunquick



Hari ni juga, Airiel belajar memakai baju tee sendiri. Sebelum ni dia cuma pandai pakai seluar je. Terus telefon Nyai di Muar untuk bagitahu yang dia dah pandai pakai baju. Nak telefon Wan di Bahau, tentunya dia di masjid berterawih... Nyai sempat bertanya, "Mama masak apa hari ni?". Si kecil tu jawab, "Mama masak Mee Sedap", yang sebetulnya ialah Spaghetti. Kalau tak diterangkan dengan lebih lanjut, mesti mak ingat Mama Airiel nie masak mee segera je....


p/s: Alhamdulillah.....Naurah masuk hari ke-2 berpuasa....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...