CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, February 25, 2012

WOW, IPC and @Curve

Hari ini hari cuti...Minggu nie macam hujung minggu-minggu yang lepas, cuti sehari je ye.. Ahad ada kelas.... Maka, inilah harinya yang dikhaskan untuk menghiburkan hati anak2....

Pepagi lagi kami dah meninggalkan rumah untuk ke Putrajaya untuk berjalan2 di sekitar Karnival WOW. Sampai di sana lebih kurang jam 10 lebih, terus cari tempat untuk bersarapan...Perut dah lapar, kena makan dulu untuk mendapatkan tenaga. Kata nak jalan-jalan kan.....

Apa yang ada kat sini yer?? Kebanyakkan pameran mesti ada jualan produk. Tak semua yang kami singgah. Yang betul2 kami singgah ialah Jabatan Bomba, Polis, pets shop dan tak ketinggalan kami juga sempat bertemu dengan Upin & Ipin.....Haha...Maskot je...Ingat nak ambil gambar sekeluarga, tapi Airiel menangis pulak tengok maskot Upin Ipin tue. Dia kata, "kenapa Upin & Ipin besar, kan patutnya kecik je..." Alahai..... Maka, Naurah seorang jelah yang ambil gambar dengan Ipin.

Naurah & Ipin

Airiel, Mama & Naurah dengan tulisan je...

Dengan Papa la pulak...kat booth Polis (ngeri tengok gambar kat belakang tu)
Motorbot Polis

Kereta Bomba (siap dapat permainan kad sorang satu)


Takkan ambil gambar je kan, beli la juga buku mewarna dan toilettries. Senang nak bawak jalan2 nanti.... Sebelum meninggalkan karnival WOW, kami sempat singgah kawasan area Equestrian. Tapi tengok je, tak menunggang pun sebab baru je aritu naik kuda kat PD.... Sebelum tu layan dulu gambar anak-anak tengah main kat sini...

Baru warm-up
eh eh..terjatuh pulak
Lompat....lompat
Seronoknya dia.....
Jom kita balik.....


Kemudian, kami ke IPC....nama baru unuk Ikano ...Ikano Power Centre...kami makan A&W kat sana dan jalan2 ke tempat wajib singgah: Toy'Rus.... Kami juga ke WonderPets tengok kucing2 yang sangat comel...

Tempat wajib ke-2 ialah the Borders @curve..... Cari buku yang sesuai dengan niat nak guna baucer buku 1 Malaysia tue, tapi tak jumpa....Nak cari buku untuk desertation nanti... Tapi Abang sayang yang dapat buku pulak....

Minum petang di Q-Bistro Tesco....then balik rumah.....rehat2.....esok nak gie kelas....

p/s: letih tak ingat.....

Thursday, February 23, 2012

Books, Assignments and ...

Tengah buat assignment nie, tapi berehat kejap...baru je masukkan data apa yang patut... Dah dapat 2 assignment, tinggal lagi 1 subjek je yang tinggal...

Antara buku yang kena dibaca....
Agak tebal jugak buku nie, ada 16 chapter.....dah cover 4 chapter....
Buku nie pulak baru belek2...he..he...


Ok...yang nie dah diwajibkan untuk baca 3 chapter untuk perbincangan dalam kelas akan datang...Ahad nie ler....
p/s: Membaca Amalan Mulia

Wednesday, February 22, 2012

Apa cerita?

Dulu, masa mula2 buat blog, niat di hati nak tulis tiap2 hari macam kat dalam dairi..Tapi apakan daya hajat tak kesampaian.....Banyak jek tertangguh nak menaip dalam nie...

3 minggu kelas berturut-turut...agak meletihkan... abang sayang dulu kelas tiap2 malam OK tambahan pulak dah ada tugasan yang perlu dibuat..yang mana lebih mencabar dari semester yang lepas..... Class trip pun ada jugak...maybe on March and another one is in April....Opss...bahasa pun dah bercampur, malas nak fikir perkataan BM yang lebih sesuai...

Kesihatan kami sekeluarga pulak dalam tahap yang tidak menyenangkan..masing2 dah menunjukkan tanda2 nak kena demam selsema....Nampaknya, balik opis nanti memang kena gie Klinik untuk amik ubat...Prevention is better than treatment....

Hari ni jugak ada Birthday Party kat sekolah Naurah dan Airiel, mama terlupa la pulak nak prepare apa yang patut...Next 2 months la baru mama sediakan eh...

Nak pergi ke kelas, hari nie ajara topic Islamic Arts & Architecture.... antara topic yang ditunggu2 oleh student....

Ok...time nak gie class.....

p/s: Asyik baca blog orang je, blog sendiri malas nak update....

Sunday, February 5, 2012

Our 7th Anniversary

04.02.2012 merupakan hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke 7 tahun..


Tapi disebabkan sibuk dengan persedian makan malam pra-graduasi di The Riyal Bintang Hotel, @Curve dan Majlis Konvokesyen ke 9 di PICC, maka tak dapatlah nak meraikan dengan keluarga tercinta. Mana taknya, sampai rumah selepas 'dinner' semua dah pakat tidur, keluar rumah keesokkan harinya semua belum bangun lagi. Pendek kata memang tak sempat nak 'celebrate'.. Semalam sampai rumah selepas majlis konvo pun dah dekat pukul 5 ptg... Abang sayang kata, esok Mama boleh rehat kat rumah, hari Isnin baru boleh keluar jejalan makan angin jap...huhu...

Minggu ni memang sangat meletihkan....Rasa macam nak gie spa je...Kad untuk Abang sayang pun tak sempat nak beli. Nasib baik masa pesta jualan di PICC ada jual cenderamata yang sesuai untuk bagi kat Abang sayang...Apa dia?? Gambar tak 'upload' lagi..Kamera belum dibaiki lagi..

Bercerita tentang konvo, kali ni kami ditugaskan di bahagian fotografi...Antara sekretariat bertugas yang paling akhir berada di dalam dewan. Maka, dengan kuasa yang ada di tangan ketua segala staff konvo, kami dibenarkan untuk mengambil bunga hidup yang menjadi hiasan pentas untuk dibawa balik. Kami juga mendapat cenderamata berupa kole seramik yang tertera konsep rasmi majlis konvo kali ini.

p/s: May Allah bless us always.....I love you Abang.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...