CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, March 15, 2012

I'm Ceritified

Entry nie sebenarnya cerita tentang semalam punya cerita. Ada talk daripada Autodesk untuk para pelajar dan lecturer. Selepas talk tu ada exam mengenai AutoCAD 2D. Benda nie Prof dah bagitahu sebulan nan lalu... Autodesk Certification Examination.

Selepas talk, ada 3 org students volunteer untuk ambil exam tu dan 4 orang lecturer termasuk la insan bernama Ummi nie... exam ni ambil masa sejam. Nama pun exam kan...so agak berdebar2 la. Nasib baik baru jek lepas ambil exam Disember lepas setelah bertahun-tahun tak duduk dalam exam hall. Sebelum tu, sempat bagi SMS kat Abang sayang..Minta restu..Cheeeewahhh...

Soalan pertama, boleh jawab dengan yakinnya...Cheh budget senang kan...Masuk soalan ke-2, terkedu kejap... Fikir punya fikir skip la.... Bila dah habis semua soalan boleh kata separuh dah skip.. Agak mencabar sebenarnya. Ingatkan suruh buat drawing, rupanya dia tanya macam mana nak buat drawing. So, kena ingat balik command apa dan key apa yang nak ditekan. Agak lama juga tak sentuh AutoCAD ni...Banyak buat Photoshop je... Soalan pun berkaitan dengan AutoCAD version 2011...Padahal dulu banyak guna start dari R14 to AutoCAD 2008 je...Habis je masa sejam maka keputusan pun nak keluar. On the dot dapat result kan..... Tapi sebelum tu kena jawab survey dulu... Siap komen tu sush la, kena bagi free kalau nak kena re-sit exam.... Then my result is.......

PASS with 80% score marks....Means....I'm CERTIFIED!

Ehem..ehem...kebetulan pulak hamba seorang je yang pass exam tue. Nak boh status kt FB pun takut org menyampah....tulis kat sini je lah...so saya sorang ye yang dapat T-shirt dari Autodesk...Ada gak ambil gambar dengan kakak invigilators tapi guna hp student, so tak dapatlah nak tengok gambonya kat sini kan.... Tapi tengok la gambo t-shirt hasil perah otak semalam.....

Front view

Back view

Kepada kengkawan yang lain jangan jeles ye...boleh duduk re-sit exam tapi kena bayar yer RM299.00 after diskaun....huhu...

p/s: Mungkin hasil pengalaman kerja selama nie..........

Tuesday, March 13, 2012

Koleksi Lama & koleksi Baru

Jumaat lalu, kami ke IKEA sempena sale yang baru bermula 8 Mac hingga 25 Mac ini. Barang sendiri cuma kotak fail je, yang banyak dan ringan barangan kak Jua beserta kawannya yang berupa bantal kecil...Untuk anak-anak katanya......Mula dia kirim 2 biji je, tapi bila tahu harga dah turun sebab sale nie, dua tiga kali call nak tambah order...Bila bawak balik tue, susun punya susun dan macam koleksi dah... Naurah pun mintak satu...Nantila ye nak, kalau Mama pergi IKEA lagi...


Selonggok....

Cuba susun sikit....Yang depan kakak punya, yang belakang kawan dia punya..

Bercerita mengenai koleksi ni, nak share la antara koleksi terbaruku..tapi tak lah baru sangat..Bermula Julai tahun lepas, dah start kumpul kod bar MILO untuk program penebusan Van Milo. Kalau ikutkan penggunaan sendiri, memang agak mustahil unutk mendapatkan kesemua van yang ada. Dah la ada 2 saiz, besar dan kecil. Ada 6 jenis semuanya.... Atas sokongan dan pertolongan kawan-kawan di opis, maka dapat lah 8 buah semuanya; 6 kecil and 2 besar. Kalau dikira-kira, mahu habis RM500 lebih untuk membeli Milo...Itupun kalau kira beli yang pek 2kg. Pek kedai 3kg disqualified.... Proram nie berlangsung selama 3 bulan. Koleksi pertama Bulan Julai van 50an dan 60 - 70an. Dapatla juga pergi tukar kat pusat penebusan di Taman Mayang, PJ. Koleksi kedua 80an dan 90an. kali nie dah tak boleh tebus kat sana sebab dah habis dan terhad. Sangat limited. Ada tak sampai 4000 buah je untuk setiap bulan...Kat Mudah.com pun mau beratus orang jual......Maka kena melalui pos. 3 kali la pos laju datang rumah hantar parcel..Penghabisan penghantaran adalah pada awal bulan Januari lepas. Kepada kawan-kawan, Achah, K. Aida, Linda....Terima kasih daun keladi, lain kali boleh tolong lagi...hehe...

Jom layan gambar.....

Van mini 50's & 60's-70's

Van mini 80's & 90's

Van mini 2010 & 2011


Van besar 90's


Van besar 2011

Keseluruhan koleksi Van mini .... :)

Itu cerita koleksi baru. Ini pulak cerita pasal koleksi lama.....NOVEL...Maklumlah hobi membacala katakan....Sebenarnya ada lagi, sebahagian tu ada member pinjam....Rumah kat kampung pun ada tapi lebih kepada adik punya la... Kebanyakkan novel dibeli atas penulis itu sendiri..Antara penulis kegemaran ialah Aisya Sofea, Anis Ayuni, Norhayati Berahim, Damya Hana dan Sharifah Abu Salem...Norzailina Nordin pun OK gak...dia pun ada buku masakan.... Kalau novel penulis lain tu, biasanya kawan bagi hadiah.....

Opss....yang novel paling kanan tu Abang sayang yang punya...hehe....

p/s: Lain kali cerita pasal koleksi lain pulak

Monday, March 12, 2012

Bekal

Disebabkan semester lepas kafe tutup hari Ahad, maka kami sekelas telah membawa bekal masing2 ke kelas. Tentunya 2 meal, sebab ada dua kali masa rehat iaitu jam 11 pg dan 2.30 ptg....Kelas minggu nie, bekalan yang dibawa merupakan sandwich tuna, nugget & sausage goreng dan air milo satu flask besar. Ada jugak member yang bawak nasi lemak...Owh..tak mau la...mau mengantuk dalam kelas...Sejuk pulak tu..sekarang kan asyik hujan je.... 2 minggu sudah bawak burger, daging salai dan air teh....kena bubuh dalm THERMOS, biar sentiasa panassss....

Biasanya, selepas sepanjang hari menghadiri kuliah, untuk dinner memang kami sekeluarga makan di luar. Tapi disebabkan kesian kat anak2 yang Mama dia dah 2 hari tak masak (Semalamnya tengahari kenduri, malam makan dengan adik-beradik kat Sri Gombak), maka Mama pun menyinsing lengan turun ke dapur. Menu hari nie ringkas je, sup sayur dengan ikan siakap masak sweet sour.

Ada brokoli, lobak merah, cendawan, kobis dan daun sup....
Nyam-nyam.....
Ikan yang dalam sos tu bahagian kepala je, ekor untuk anak2 yang x makan pedas

Lauk malam tue licin sehingga menampakkan dasar pinggan, tapi nasi pulak tak habis. Hari nie Mama pergi kerja bawa bekal nasi goreng la jawabnya....

Saje promote Tupperware Zen series niekan...limited edition tau..huhu...

Alang-alang dah tunjuk gambar makanan ni kan, ni makan malam kami 6 Mac nan lalu..haha..kantoi baru beli kamera kan.....

Biasa je, ada Ayam goreng, Sup sayur, sambal dan begedil. Yang penting 'Komplete Nutri' (Pinjam iklan Dumex Dugro).

p/s: Malam nie dinner sandwich je..Sihatnya........

Wednesday, March 7, 2012

Pindah Opis

Minggu nie dimulakan dengan hari yang penuh keletihan sebab..........

KAMI PINDAH OPIS!!!

Arahan berpindah nie dapat masa kami bercuti 2 hari aritu.. Maka sepanjang cuti dok teringatlah prang lain dah berpindah keluar dari opis lama ke opis baru.....Kat mana opis baru tue?? haha..dekat je.....Pindah blok sebelah je... Dulu kat Blok F tingkat 4, kini di Blok E tingkat 5...tempat CLMS lama....

Kerja-kerja mengangkut mengemas barang dimulai dari jam 9.30 pagi....berulang-alik menggunakan troli yang ada...lepas lunch ingat nak habiskan satu almari barang guna troli, apakan daya ramai pulak yang nak guna...maka berulang-alik pulak gunakan eco-bag..Mana-mana student yang terserempak tu, confirm ke tolong angkut barang....Takpe..jasamu ke kenang...

Lunch pulak, semua pakat makan nasi ayam dara, makan kat area makan baru kat opis baru nie...Seronok juga sebab makin besar tempat makan tu..huhu..

Esoknya, sambung kemas opis lepas kelas. Hari Selasa kelas jam 8pg - 10 pg je....Kebanyakkan lecturer mintak student tolong kemas lagi baki barang yang ada kat opis lama...lebih-lebih lagi opis dean.

Yang paling pening ialah bila nak memuaskan hati semua orang dari segi lokasi tempat duduk (working space) masing-masing...

Tambah pening lagi bila ada meeting tergempar jam 3 ptg yang menyebabkan terpaksa meninggalkan opis dalam keadaan tergesa-gesa... Ha..ha...Kalau saya berpersaan macam nie memang tak boleh menghadap sesiapa pun. takut terbuat benda-benda yang tak masuk akal, pendek kata, takut terbuat benda BODOH...! ....Saya memang macam tue...Yang pastinya akan pulih dengan sendirinya...LEAVE ME ALONE!!!!!

p/s: Susah nak puaskan hati orang, susah lagi nak puaskan hati sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...