Biasanya, selepas sepanjang hari menghadiri kuliah, untuk dinner memang kami sekeluarga makan di luar. Tapi disebabkan kesian kat anak2 yang Mama dia dah 2 hari tak masak (Semalamnya tengahari kenduri, malam makan dengan adik-beradik kat Sri Gombak), maka Mama pun menyinsing lengan turun ke dapur. Menu hari nie ringkas je, sup sayur dengan ikan siakap masak sweet sour.
Lauk malam tue licin sehingga menampakkan dasar pinggan, tapi nasi pulak tak habis. Hari nie Mama pergi kerja bawa bekal nasi goreng la jawabnya....
Alang-alang dah tunjuk gambar makanan ni kan, ni makan malam kami 6 Mac nan lalu..haha..kantoi baru beli kamera kan.....
Biasa je, ada Ayam goreng, Sup sayur, sambal dan begedil. Yang penting 'Komplete Nutri' (Pinjam iklan Dumex Dugro).
p/s: Malam nie dinner sandwich je..Sihatnya........
No comments:
Post a Comment