CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, April 25, 2010

Hari nie dan Semalam...

Semalam...

Jadi panel untuk presentation Design 4 Project 2 bebudak sem 6. Lama jugak coz sampai malam. Punyelah lama sampai kami beramai2 kena kunci dok pak guard .. Nasib baik ada pakwe si Lisah, dapat jugak kitorang keluar dari pintu kaca..Kalau lah waktu tue sorang2 memang akan kupanjat tingkap kat situ. Tapi disebabkan ada ramai student ngan En. Zul & Br. Sopian, maka dipendamkan saja hajat di hati..Barulah tahu yang semua access naik atas akan dikunci selepas pukul 8 malam...
Ha..ha..merasa jugak terkurung dalam kolej. Balik ke rumah minta tolong Lisah + Bf hantarkan coz rasa pintu pagar belakang pasti berkunci jugak...

Hari ini,

Siang dok kat rumah aje..sarapan jemput2 + air milo. Petang habiskan novel 'Aku Mahu Kamu' by Aleeya Aneesa, and baca Lat till pages 44. Siap2 untuk pergi ke Tesco coz barang2 kat rumah dah banayk yang habis. Nak dijadikan cerita, Airiel dok buat hal jek..Daripada cari tempat makan, sampai tak jadi makan..terus shopping. Baliknya sebab abang sayang dah termasuk ke jalan Penchala Link, terus ke TTDI. Tak jadi makan kat Santai Tesco Mutiara Damansara akhirnya makan kat Santai TTDI pun jadilah...Sampai je rumah terus layan cerekarama ' Berlari ke Belakang', then sambung tengok 'Jiwa Kacau' pastu tengok 'Khilaf Ayah' pulak. Masa N3 nie ditulis Tv tue terpasang cerita 'Si Timah Lenggang'..dah half way..
Rasanya tak boleh nak habiskan coz dah penat tgk drama air mata secara marathon...penat dey...

Wednesday, April 21, 2010

Tangan Yang Menggapai

"Merenungi tubuh yang tak bermaya
Dan mengusapi wajah penuh duka
Malang yang menimpanya kini menghantui kita
Apalah dosa hingga kau didera

Ketika kau memerlukan kasih serta belaian
Kau menjadi sasaran kezaliman

Ke manakah hilang perikemanusiaan
Bekalan tuhan untuk insan
Atas kesedaran mari kita pastikan
Kisah yang sedih tidak berulang

Jeritan suara titisan air mata
Tiada siapa yang endah
Tangan yang menggapai akan layu terkulai
Seluruh harapannya berderai"


Inilah lirik lagu pasal penderaan..Lagu nie dah lama sangat...masa tu ada talian teledera..sekarang dah ada Talian Nur. Sedih bila mengenangkan sejak akhir2 nie ramai yang mendera kanak2 dan membuang bayi... :(

Nauzubillah.....

Sunday, April 18, 2010

Di Kampung Muo


Hari nie ada kat kampung Parit Raja, Gersik, Ledang. Niat di hati nak bukak laptop nak hantar emel kat students tapi baru teringat yang laptop tertinggal pulak.a
Balik ke sini semalam pagi lepas sarapan. Sampai rumah dalam pukul 12.45pm. Sebelum tu, singgah kat rumah wak Bit jap coz nak ziarah dia..Last ziarah rasanya masa majlis kahwin Jelan.
Sarapan pagi nie, roti mariam cicah kari ayam. Tengahari pulak makan ikan merah masak gulai asam pedas, tempe goreng, satay kicap ngan sayur petola ngan cendawan + sambal kicap. Sebelum makan, keluar rumah kejap coz petik limau nipis, limau purut ngan daunnye sekali. Ambil banyak lah jugak coz nak bagi Cik Rahmah + Cik Zie (sebelah rumah). Mak kata nak ambilkan betik jugak.
Daun limau purut
Limau kasturi
Limau purut
Lepas makan tengahari, baca paper...aktiviti wajib tiap minggu. Kejap lagi nak kena siap2 nak balik balik KL plak...Barang2 Tupperware kak Jua pun nak kena screen mana yang nak kena bawak balik. Novel2 yang tak sempat baca lagi...Baju anak2...Ntah bila lagi nak balik.......Dah lah order karipap tak dapat.

Friday, April 16, 2010

Trip to LEO Building



14th April 2010



Sempat berposing before terlelap


Besama-sama students dari kelas Environmental Science II (Diploma in Architecture) dan Environmental Studies (Bachelor of Architecture) kami pergi membuat lawatan ke Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, LEO Building, Putrajaya. Jenuh jugak dok menunggu budak-budak sampai ke Kolej. Almaklum, hujung-hujung semester nie, struggle nak siapkan design.


Bas bertolak dari Sri Damansara jam 9.45am. sampai dlm pukul 10.30 am. Taklimat bermula jam 11.00 pg. Khusyuk budak2 tue mendengar penerangan. Semua yang diterangkan berkaitan dengan topik yang diajar dalam kelas. Kemudian, kami pergi ke bahagian 'Roof Top.


Bergambar di pintu masuk KeTTHA

Dalam perjalanan balik, kami sempat singgah ke Masjid Putrajaya mengambik gambar beramai2 walaupun panas terik.


Di Masjid Putrajaya

Tiba di Kolej jam 2ptg. Semua pelajar bersurai. Terima kasih kepada En. Ishamuddin bin Mazlan dan En. Qayyum atas kerjasama anda. Maaf kerana lewat sedikit dari waktu yang dijanjikan... Lain kali kami datang lagi :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...