CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, April 25, 2010

Hari nie dan Semalam...

Semalam...

Jadi panel untuk presentation Design 4 Project 2 bebudak sem 6. Lama jugak coz sampai malam. Punyelah lama sampai kami beramai2 kena kunci dok pak guard .. Nasib baik ada pakwe si Lisah, dapat jugak kitorang keluar dari pintu kaca..Kalau lah waktu tue sorang2 memang akan kupanjat tingkap kat situ. Tapi disebabkan ada ramai student ngan En. Zul & Br. Sopian, maka dipendamkan saja hajat di hati..Barulah tahu yang semua access naik atas akan dikunci selepas pukul 8 malam...
Ha..ha..merasa jugak terkurung dalam kolej. Balik ke rumah minta tolong Lisah + Bf hantarkan coz rasa pintu pagar belakang pasti berkunci jugak...

Hari ini,

Siang dok kat rumah aje..sarapan jemput2 + air milo. Petang habiskan novel 'Aku Mahu Kamu' by Aleeya Aneesa, and baca Lat till pages 44. Siap2 untuk pergi ke Tesco coz barang2 kat rumah dah banayk yang habis. Nak dijadikan cerita, Airiel dok buat hal jek..Daripada cari tempat makan, sampai tak jadi makan..terus shopping. Baliknya sebab abang sayang dah termasuk ke jalan Penchala Link, terus ke TTDI. Tak jadi makan kat Santai Tesco Mutiara Damansara akhirnya makan kat Santai TTDI pun jadilah...Sampai je rumah terus layan cerekarama ' Berlari ke Belakang', then sambung tengok 'Jiwa Kacau' pastu tengok 'Khilaf Ayah' pulak. Masa N3 nie ditulis Tv tue terpasang cerita 'Si Timah Lenggang'..dah half way..
Rasanya tak boleh nak habiskan coz dah penat tgk drama air mata secara marathon...penat dey...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...