CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, August 16, 2010

Pot Luck pra-Ramadhan

Hari Isnin 9 Ogos 2010, kami sekali lagi membuat majlis 'Pot Luck' di pejabat. Kali ini saya membawa masakan telur masalla. Majlis yang lepas dibuat sempena farewell untuk kak Wan, tapi masa tue saya berada di Chiang Rai. Majlis kali ni sempena kedatangan Ramadan.. cerita dah agak basi sebab dah seminggu berlalu..

Jadi, layan ajelah gambar2 makanan di dalam bulan puasa nie yea...



Telur masalla ala Ummi + Acar buah mak mertua kak Aida


Hari nie masuk hari ke -6 umat Islam di seluruh dunia memunaikan rukun islam yang ke-3. Hari yang pertama, keedua dan ketiga kami sekeluarga berbuka makanan yang di beli di PARAM (Pasar Ramadhan). Hari ke-empat kami berbuka masakan sendiri berupa Spagheti dan cucur udang, gambar tak dapat disnap sebab terus diserbu, almaklum siap masak jam 7.30 mlm dan pada hari ke - 5 kami buka dengan nasi lemak, rendang ayam dan murtabak maggi. Minggu nie, kakak dan adik2 berkumpul di kampung, tapi kami tak balik sebab nak balik waktu cuti Nuzul Quran nanti. Dapat berita dari Kampung Asben, Abg Syah pulak masuk hospital Jempol sebab dijangkiti demam denggi.

Sahur hari pertama kami.....Ayam goreng + sambal cili campur + sayur pok choi ngan Tauhu telur sos tiram + karipap pusing


Haaa...resepi kulit karipap pusing nie dapat dari blog K-la. Sebenarnya, selalu buat doh kulit untuk karipap pusing saya guna minyak sapi, tapi kali nie cuba guna resepi lain pulak.. Menjadi jek...


Sahur hari kedua.....Ikan sembilang goreng + sambal cili campur + sayur kobis


Hari ke-3: Sardin + Sayur campur + telur dadar


Hari Ahad jugak, rumah kami telah dibanci. Setelah sekian lama menunggu akhirnya datang jugak gadis pembanci. Mahu tak tunggu, sepuluh tahun sekali tue.

p/s: Banci yang dulu, kenal Asben pun idak lagi.....

Thursday, August 5, 2010

Genting Highlands

31 Julai - 1 Ogos 2010 kami sekeluarga pergi ke Genting Highlands buat julung kalinya. Papa memang pernah pergi sebelum ni, tapi bagi Mama dan anak2 inilah pertama kali kami menjejakkan kaki ke puncak Genting.

Segala urusan perjalanan dan penginapan telah diuruskan oleh pelajar Papa. Maka, tengahari Sabtu tue, kami menumpang dengan Cik Ainur untuk ke KL Sentral dengan menaiki LRT Putra dari Terminal Putra Gombak. Sampai sahaja di KL Sentral kami terus ke Food Court yang terletak di tingkat 3 dan bersolat di surau di tingkat 4. Perjalanan menaiki bas bermula jam 3 petang dan kami sampai di hotel jam 4.30 petang. Oleh kerana hari itu ramai orang, maka urusan daftar masuk mengambil masa yang agak lama. Almaklum, Hotel First World memegang rekod Dunia Guinness bilik terbanyak iaitu sebanyak 6118 buah bilik!
Kami masuk ke bilik jam 5.30ptg untuk berehat.


Jam 8 malam, seperti yang telah dijanjikan, kami berkumpul di ruang Lobi hotel untuk pergi ke Snow Wolrd dan makan malam. Sebelum masuk ke Snow World, kami dikehendaki memakai baju sejuk, kasut but dan sarung tangan yang telah disediakan oleh pihak Genting. Airiel pulak tak mahu memakai kasut but dan baju sejuk sebab dia memang penggeli sikit orangnya. Sudahnya dia pakai kasut Naurah. Besar pun besarlah asalkan bersih pada dia. Di dalam Snow World memang sejuk sangat. Papa sempat main gelongsor besar sampai sakit punggung, Aireil main gelongsor kecil dengan Mama, Nauarh pulak bermain dengan kakak2 yang rajin melayan dia. Bila dah syok kat dalam tue, Airiel pulak tak mahu nak keluar. Semua orang ingat dia menangis sebab kesejukkan padahal dia nangis sebab tak mahu keluar. Selesai makan malam, kami terus naik ke bilik dan berehat.

Keesokkan harinya, kami keluar bilik jam 7.30 pagi dan terus bersarapan di Hotel. Selesai bersarapan, kami terus ke Taman Tema Luar Genting untuk bermain segala permainan yang ada di sana.










Kami bertolak pulang jam 9 malam dan tiba di KL Sentral jam 10.15 malam. Kami pulang ke rumah dengan menaiki teksi dengan tambang RM30 dan sampai jam 10.45 malam


p/s: Lepas nie boleh la pakat pergi lagi

Sunday, July 25, 2010

Baby Gets Dressed

Tajuk N3 kali ini merupakan tajuk buku yang Naurah baca pada minggu ni. Dah masuk 2 hari dia baca buku tue sebelum kena pulangkan balik kat perpustakaan taska dia. Apa kena mengena tajuk ini dengan N3 minggu nie yea? Sebabnya ialah pada hujung minggu ini juga kami sekeluarga menziarahi 2 orang bayi yang baru lahir dalam bulan nie dan bulan lepas. Bayi-bayi tersebut merupakan cucu kepada Makcik Rahmah iaitu pengasuh Airiel sekarang dan Naurah sebelum dia masuk taska. Seronoknya dapat tengok bayi sepasang sekali gus. Kedua-duanya dilahirkan secara pembedahan atas sebab-sebab tertentu. Yang perempuan lahir dengan 3.4kg manakala yang lelaki pulak 2.7 kg. Kami membawa hamper sebagai buah tangan. Barangan di beli di Tesco Kepong sebelum diolah sendiri menjadi hamper olehku...First time buat hamper untuk babies. Ingatkan nak buat "cakes" macam si Bai buat tapi tak berapa kreatif lah pulak...Lagipun bahan tak sama. Standard hamper kat kedai jek. Lain kali boleh cuba pulak.






Kandungan hamper: bedak & tisu basah Pureen, baju Fiffy sepasang, setokin, set alatan makanan bayi, dan bantal Fiffy. Tapi untuk si Affie ada tambah Baby Bath Pureen.

Anak-anak pun sibuk nak bergambar dengan Affie jugak.... Habis dicium2 budak nie..



p/s: Teringin nak baby lagi tapi pengalaman lepas masih segar dalam ingatan..he..he..he..

Saturday, July 17, 2010

Kisah keretaku dalam perjalanan ke Homestay Lonek

Minggu nie, cerita tak berapa menarik atas sebab-sebab tertentu...

15 Julai 2010
Seperti yang telah dirancang, hari ni saya akan membawa pelajar Basic Design II untuk ke Homestay Kg. Lonek. Kami berkumpul di Ayu Saji jam 8.00 pagi dan bertolak ke Negeri Sembilan jam 9.30 pagi...mengikut jadual yang telah diatur, kami akan singgah melawat ke Istana Lama Seri Menanti. Oleh kerana tersalah membaca papan tanda, keretaku yang dipandu oleh pelajar terlanggar tembok asrama Sekolah Menengah Seri Menanti, Kuala Pilah. Habis ranap bahagian hadapan kiri Vivaku... Waaa....Setelah memastikan segala yang bertaburan dikutip dan memohon maaf dengan pihak sekolah, maka perjalanan pun diteruskan..Nasib baik enjin tak apa-apa.


Setibanya kami di Istana Lama, kami terus melawat semua tempat termasuklah loteng.


Kemudian, kami terus ke rumah Hajah Badariah, pengerusi Homestay Lonek. Kami dihidangkan makan tengahari berupa ayam masak lemak cili api, sayur dan sebagainya. Selepas berbincang mengenai aktiviti yang akan diadakan, saya terus meninggalkan pelajar dengan mak dan ayah angkat sebab ada urusan di bengkel. Ikutkan perancangan, kami akan melawat Teratak Zaaba jam 4 ptg. Oleh kerana lama berada di bengkel, maka pada jam 5 ptg kami hanya menghadiri majlis penerangan mengenai Homestay Lonek bersama beberapa peserta dari Tourism Malaysia. Acara mengoca ikan pun tak dapat dijalankan kerana tali air dalam.

Malamnya balik ke rumah dihantar oleh Syaiful, Helmie dan Khairul. Dalam perjalannan balik ke rumah mak angkat, mereka singgah membeli durian. Para pelajar kenduri durianlah malam itu, saya pula memikirkan apakah rupa Viva bila keluar bengkel esok....

16 Julai 2010
Esoknya, pagi-pagi lagi dah ke rumah Hajah Badariah. Budak-budak bertuah tue separuh dah bangun, separuh lagi nak kena kejut. Selepas bersrapan, kami terus membuat Analisa Tapak yang terletak di belakang rumah mak angkat mereka. Kemudian kami dibawa melawat ke tempat perusahaan IKS seperti membuat mee kuning & tauhu, anyaman bakul daripada buluh dan kraftangan daripada daun getah dan kertas terpakai. Perusahaan membuat kicap dan tempe tidak dapat dikunjungi kerana ditutup sebab hari sudah tengahari. Masng-masing bersiap sedia nak solat Jumaat.


( gambar lain tidak dapat diambil sebab bateri kamera habis )

Selepas makan tengahari dan berkemas, kami bersiap untuk ke Teratak Zaaba. Selesai membuat lawatan tapak dan analisa tapak, kami singgah ke rumah keluarga mertua. kebetulan pula, bengkel dapat menyiapkan keretaku dengan cepat. Maka dalam pukul 5 ptg, kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Memandangkan hari semakin gelap, kami tidak menyinggah ke Ulu Bendul dan hanya memerhatikan Tapak Batu Megalitik dari dalam kereta sahaja.





Kami sampai ke Sri Damansara jam 8 malam. Selesai semua urusan penghantaran pelajar ke asrama masing-masing, saya terus pulang ke rumah untuk mandi dan meneruskan perjalanan kembali ke Bahau bersama suami tercinta.

p/s: Penat tak usah lah cakap, pergi 'jem' balik sesak + hujan lebat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...