CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, May 30, 2012

Cik Ka

Semalam Airiel demam + batuk sikit... Tapi tak pe lepas makan ubat, dah ok skit n dah boleh main PSP pun... Hari ni hantar gie taska, dan cikgu tak telefon pun...Kira dh Ok la tu... Tengahrai seperti biasa mak called dari kampung, berita terbaru: dah beli peti sejuk baru menggantikan peti sejuk lama yang dah rosak. Beritahu mak sekali yang Airiel demam sikit... Mak kata dia rindu nak balik kampung kot..padahal baru je jumpa Nyai hujung minggu aritu... Oh..mesti rindu kat Cik Ka nie... Aritu siap nangis2 kata rindu kat Cik Ka...Sayang kat Cik Ka...

Cik Ka nie walaupun garang2 dengan pona'anne tetap disayangi oleh semua.. kenapa eh???
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*





Sanggup tue makan kemudian semata2 nak teman anak buah makan....huhu... Nie gambar berbulan ynag lepas....Kalau tak salah masa Cik Ka nak sambung study kat UiTM..Tak gitu Cik Ka??

p/s: Sila abaikan keadaan rumah yang berserabut tu ekk...

Sunday, May 6, 2012

Airiel turns 4

Happy Birthday to you, 
Happy Birthday to you,
Happy Birthday to Airiel,
Happy Birthday to you....

Birthday Airiel sebenarnya 4 Mei nan lalu, tapi baru hari nie dapat masukan N3 nie. Hari Jumaat tu memang agak sibuk, jaga exam, ada meeting, berkejar nak siapkan assignments...sempat jugak la nak makan di luar. Papa tanya Airiel nak makan apa, dia jawab nak makan roti canai... Tanya sampai 3 kali dia jawab roti canai jugak... Roti canai pun roti canailah...Dalam pada tu Naurah sibuk lobi adik dia nak gie makan Marry Brown..Sorry ye...hari nie hari Airiel...Maka, kami pun makan roti canai di Tesco dekat ngan rumah... Makan kat Q-Bistro.. Airiel order Roti telur, agak besar la..tapi habis licin pulak tu... Then, beli kek kecik  je...Kang beli besar tak habis plak... Almaklum makan ber-4 je...

So, nie lah kek Airiel....

Cerita pasal kek nie pulak.... Sampai je rumah, Airiel kata " Kita simpan je lah kek nie, Adik nak potong esok" .... Terus simpan kat peti... Keesokkan paginya, pepagi lagi dia dah mintak nak potong kek...Maka kami bersarapan kek la pagi tue.... Habis licin ke 1/2 kilo tue...

Hari nie pulak.... Registration Day.... Tak payah cerita panjang, meh tengok textbook terbaru untuk semester nie yang pastinya harus dikhatamkan...


p/s: Good luck to me..haha...

Tuesday, May 1, 2012

Happy Labour day 2012


Sempena cuti hari buruh nie, Papa kata teringin nak makan ketam, maka ke Tesco kita mencari ketam.
Hasilnya:

Menu utama: Ketam goreng
Menu sampingan: Ikan goreng, sayur bayam tumis, sambal cili besar




p/s: puas hati hasrat tercapai




Monday, April 23, 2012

Makanan waktu exam


Minggu exam nie memang tak sah kalau tak makan nasi. Asyik lapar je, abang sayang kata sebab dok perah otak menghafal segala jenis principles, approaches dll. So, masa dok kat rumah sorang-sorang maka inilah hasilnya....tadaa...
Plan View
 Gablok kata orang jawa, yang sebenarnya ialah Nasi impit goreng.

Close-up
 So, kat bawah nie cara nak buat beserta bahan2nya...

Bahan-bahan:
3 ketul ketupat mini (dipotong dadu)
1 biji bawang merah (ditumbuk)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
4 biji cili api (ditumbuk)

Ikan bilis secukup rasa (ditumbuk)
seketul sosej di potong nipis2 (nak ganti dengan fish ball ke ayam ke pun ok gak)
2 sudu kicap manis
1 susu kicap masin
Sayuran (ikut suka, saya masukkan sawi dan kobis)
1 biji telur
sedikit gula dan garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara-cara:
Panaskan minyak
Tumiskan bahan tumbuk dan kepingan sosej
kemudian masukkan sos tiram, garam, gula
selepas itu masukkan ketupat beserta sayuran
tuangkan kesemua jenis kicap
masukkan telur  dan kacau hingga berasap.

Lepas tu masukkan dalm pinggan, taburkan bawang goreng dan daun sup.
Ok siap...walah...

p/s: makan sorang2 pun sedap gak..hihi...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...