Tanggal 6 April 2010.
Pukul 4.13 a.m dapat call dari kampung. Menerima berita yang memang sudah dijangkakan.
"Zra, mak nak bagitahu nie, Wak Yam dah takde."....Terus bagitahu asben tapi asben cakap gerak lepas subuh. Sempat buat sarapan ringkas, then kemas2 apa yang patut. Anak2 tak mandi terus angkut masuk dalam kereta. Sampai kampung, terus singgah rumah coz nak salinkan baju Airiel. Kesian dia, dia demam panas. Then terus ke kubur. Masa tu tengah urusan pengebumian.
Walaupun semasa penghujung hayatnyer Wak Yam tak mengenali orang sekeliling, masih teringat-ingat lagi kenangan bersama Wak Yam. Wak Yam pandai memasak dan buat kek. Asben pun suka kuih bakar yang wak buat. Teringat lagi Wak Yam pernah pesan, kalau menumbuk bumbu, tak payah lumat sangat sebab nanti kurang sedap. Pesanan tue memang Zra akan ingat sampai bila2 walaupun masa tue Zra kecil lagi. Masa tu Zra datang kat Nyalas.
Untuk keluarga Wak Atan, semoga tabah menghadapi kehilangan ini. Buat Allahyaharmah Meryam binti Kahar, semoga Allah menngampuni segala dosa-dosa mu dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..Amin.
Wednesday, April 7, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment