CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, July 10, 2010

Chiang Mai / Chiang Rai, Thailand

Dah lebih seminggu berlalu, tapi masih tak sempat2 nak masukkan N3 nie...baru hari nie berkesempatan membuka laman nie. Itupun bila selesai menghantar emel nota kepada para pelajar..Kelas ada yang sempat diganti, ada yang masih berhutang kelas... Naurah pulak seminggu sekolah dia tutp pasal kes HMFD..Report Day pun tertangguh sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak..Kalau tahu jadi macam ni, tinggal dia kat kampung lagi 2 minggu pun takper..

Berbalik pada tajuk N3 kali ni, kembara ke bumi Gajah Putih bahagian utara. Pemergian berdua bersama suami tercinta, meninggalkan anak-anak tersayang bersama keluarga mertua.

26 Jun 2010
Kami bangun pada pukul 3 pagi memandangkan hendak menuju ke rumah akak pukul 4 pagi. Agak kelam kabut jugak sebab tiba-tiba jek Airiel terjaga. Macam tahu-tahu saja yang Papa dan Mama nak jalan jauh. Nasib baik mak mertua ada. Terima kasih Mak..
Sampai di rumah kakak, terus masukkan barang dalam kereta dan ke LCCT. Berlepas dari LCCT jam 7 pagi dan dijangka sampai pukul 8.40 pagi waktu tempatan. Perjalanan mengambil masa 2 jam 40 minit sahaja.
Selepas mengambil semua bagasi, kami terus mencari bas persiaran yang disediakan. Kami disambut oleh seorang gadis berpakaian tradisional Thailand dan bergambar bersama.

Destinasi pertama kami ialah ke Wat Phrathat temple yang terletak di atas gunung Doi Suthep. Sepanjang perjalanan mendaki dengan menaiki bas ye kami bersaing dengan ramai pelajar yang berjalan kaki dari kaki gunung ke kuil. Kebetulan pula, hari itu merupakan hari orentasi semua pelajar baru dari seluruh universiti di Thailand. Bayangkan mereka berjalan kaki bermula jam 4 pagi dan tiba di puncak pada waktu tengahri bergantung pada kelajuan dan stamina masing-masing. Kami pula menaiki kereta kabel untuk sampai ke puuncak dan turn dengan menggunakan tangga. Dari puncak, kami dapat melihat pemandangan Chiang Mai.


Selepas menikmati makan tengahri di sebuah restoran Cina Muslim, kami ke Kuil yang berusia lebih 600 tahun iaitu Chedi Wat Luang. Sebahagian dari atas stupa telah musah akibat gempa bumi suatu ketika dahulu. Terdapat kesan-kesan baik-pulih di kuil ini sebelum dihentikan atas sebab mahu mengekalkan keadaan semulajadinya.

Kami mendaftar masuk ke Hotel Suriwongsa, berhadapan dengan Hotel Le Meridiean dan mendapat bilik yang sangat besar. Kami mengambil kesempatan untuk mandi dan berehat sebelum kelaur semula jam untuk makan malam di restoren yang lain pula. Selepas makan kami terus ke Night Market untuk meninjau segala barangan yang dijual. Tapi sebelum itu, perkara wajib: membeli tambah nilai untuk kad pra-bayar yang diberi percuma di Lapangan terbang tadi dah mula rindu kat anak-anak .

27 Jun 2010
Selepas bersarapan, kami menaiki bas lagi menuju ke Maesa Elephant Camp. Di dalam kem ini terdapat lebih kurang 70 ekor gajah. Menurut kata pemandu pelancong kami, ada 100 buah kem gajah di seluruh Thailand yang mnempatkan kira-kira 7,000 ekor gajah dan hanya ada 2,000 gajah liar yang bebas di hutan. Ini merupakan usaha untuk mmulihara gajah asia daripada pupus kerana bilangannya semakin berkurangan dari tahun ke tahun. Aktiviti pertama kami, menunggang gajah dengan bayaran 800 Bath. Memula biasa je perasaan tu, tapi apabila si gaajh asyik menghalakan belalainya ke arah kami, cuak jugak la rasa di hati. Almaklum, kami bawa bersama snek untuk gajah iaitu pisang dan tebu. Selepas melihat gajah-gajah mandi, kami menonton pula pertunjukan gajah seperti, memakaikan topi pada mahout, urutan gajah, bermain bola, mengangkat dan menyusun balak. Pertunjukan yang paling mengagumkan ialah lukisan hasil artis gajah.





Perjalanan diterukan ke Queen Sirikit Botanical Garden sebelum makan tengahari. Di sini, kami melawat ke rumah-rumah yang menempatkan tumbuhan-tumbuhan mengikut spesis. Kami menaiki tram untuk melawat seluruh kawasan taman kerana ianya sangat besar dan luas serta berbukit.


Setelah mengenyangkan perut dengan makanan yang enak, kami pergi ke Pusat Batu Permata terbesaar di dunia. Mula-mula kami menonton dokumentari mengenai batu permata dan melawat bagaimana pertukangan perhiasan dibuat. Kemudian, kami memasuki ruang pameran yang menempatkan segala barang kemas untuk wanita dan lelaki. Perasaan ketika tu tak terkata. Banyak sangat barang kemas yang ada dan ditempakan mengikut jenis batu. Sempat la jugak mencuba dapat sambar satu best jugak ni beberapa jenis cincin yang ada. Setelah rambang mata di kawasan itu, akhirnya Abang sayang membeli sebentuk cincin perak dan membelikan loket untuk saya.... :). Maaf ye tiada gambar di sini sebab dilarang untuk mengambil gambar.
kemudian kami ke Umbrella Making Centre. Di sana kami melihat proses membuat kertas dari batang pokok malberry sehinggalah siap sebuah payung. Agak rumit jugak nak baut payung nie ye..

Selepas itu kami ke tempat menjual Thepprasit Honey Bee. Di sana kami cuma mendengar dan mencuba produk-produk yang dihasilkan daripada lebah madu. Sesiapa yang berminat bolehlah membeli sebagai buah tangan. Sebelum pulang kami diberikan Aiskrim madu pelbagai perisa seperti coklat, vanila, oren dan sebagainya.
Selepas itu kami ke Thai Silk Village. Sekali lagi kami menyaksikan sendiri proses mendapatkan benang sutera daripada ulat sutera dan cara menenunnya. Punyalah susah nak dapatkan sebidang kain, itu sebab harganya mahal dan kena jaga dengan cermat.

Selepas makan malam, kami peri ke Sunday Night Market di kawasan Old Chiang Mai. Banyak juga yang kami borong di sana memandangkan pada hari Ahad sahaja pasar diadakan. Kebanyakan barangan yang dijual merupakan hasil kerjatangan rakyat tempatan. Kami balik dengan menaiki teksi yang beruaa sebuah pikap boleh menempatkan 10 orang penumpang.

28 Jun 2010
Pagi nie kami check-out dari hotel kerana kami akan bermalam di Chiang Rai pula. Hari ini, destinasi pertama kami ialah Universiti Chiang Mai (CMU). Kami pergi ke Faculty of Architecture untuk mempersembahkan Warisan Malaysia dan mendengar penerangan daripada para pelajar sarjana berkenaan hal-hal warisan di Chiang Mai pula.

Hampir separuh hari kami habis di CMU sebelum kami ke Arts & Culture Center. Kami tidak mendapat apa-apa penerangan di sana memandangkan kami tiba pada waktu makan tengahari. keadaan di sini seperti di Taman Mini Malaysia di mana, ianya menempatkan rumah-rumah tradisional Thailand.


Kami bertolak ke Chiang Rai sejurus selepas makan dan sempat singgah di 2 buah tempat sebelum benar-benar tiba di Chiang Rai. Persinggahan pertama kami ialah Hot Spring Chiang Rai. Ada yang mengambil kesempatan merendam kaki, merebus telur dan membeli belah. Kemudian kami singgah pula di Chestnut centre. Kami tiba di bandar Chiang Rai di kala matahari hendak berlabuh. Sebelum makan malam kami ke King Mengrai Monument untuk bergambar. Beliau merupakan Raja Chiang Rai yang pertama.


Kami mendaftar masuk di Rim Kok hotel Resort jam 7.30 malam. Selepas mandi, kami berdua ke kolam renang untuk berendam. Seronok sangat sebab hanya kami berdua aje yang ada, yang lain pergi ke Chiang Rai Night Market. Saje jek nak melenjan hotel 4 bintang nih...


29 Jun 2010

Kunjungan kami yang pertama pada hari nie ialah Hilltribe Village. Di sini kami melawat rumah-rumah kaum bukit. Antaranya Akha, Lahu, Palong (big ear rings), Mon-khamer dan Karen (long neck). Saya mengambil kesempatan untuk menyertai salah satu tarian yang dipersembahkan dan mencuba 'brass ring' yang dipakai oleh kaum Karen. Agak beratbenda tu, tak sanggup rasanya nak pakai lama-lama...

Kemudian kami ke Golden Triangle. Ia diberi nama sedemikian kerana ianya merupakan sempadan 3 buah negara, Thailand, Myanmar dan Laos. Kami menaiki bot melalui sungai Mekong untuk melihat kawasan sekeliling dan kemudiannya singgah di bumi Laos. Barangan yang dijual di sini agak murah berbanding di Chiang Mai, tetapi tak banyak yang diborogn kerana kehabisan Bath. Tak lupa, sempat hantar sms ucapan hari ulang tahun untuk Adik Pika tersayang yang ke-26 tahun. Dia kata nak hadiah dari Thailand, jadi takleh nak beli kat Laos la..


Selepas kembali ke seberang sini, kami melawat 212 House of Opium (Opium Museum). Tiket masuk berupa sebuah poskad panjang yang akan dicop sendiri. Muzium ini menempatkan pameran ganja dan sedikit emas lama serta gambar ikan keli raksasa yang terdapat di sungai Mekong.

Kami bertolak semula ke Chiang mai selepas menjamu selera dan sekali lagi singgah di Chestnut centre. Perjalanan mengambil masa 4 jam setengah dan kami tiba di Chiang Mai pada waktu makan malam. Selepas 'check-in' di Hotel Suriwongsa dan mandi, kami keluar ke 'Night Market' untuk membeli beberapa barangan lagi memandangkan ini malam terakhir kami di sini.

30 Jun 2010
Selepas 'check-out', kami terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Mai. Di bahagia 'duty free', kami tidak melepaskan peluang untuk berbelanja di saat akhir. Ada juga yang berniat hendak menghabiskan Bath yang ada. Kami sampai di Kuala Lumpur jam 1 tengahari.

p/s: Balik dari Thailand ni, mahu sebulan tak makan tom yam sebab hari2 dijamu dengan tom yam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...