CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, June 18, 2010

Archustic 2010: XXII Architectural Workshop

ArchUStic : XXII PAM Architectural Workshop berlangsung selama 5 hari bermula dari 12 Jun - 16 Jun 2010 (Sabtu - Rabu) bertempat di UKM dengan kerjasama tuanrumah, Twintech dan Taylor's. Hari pertama saya tak dapat jenguk sebab balik ke kampung misi menghantar kucing dan menghadiri kenduri jiran depan rumah.
Hari kedua 13 Jun 2010 Ahad, berangkat ke UKM. Anak-anak tinggal dengan Papa di rumah..Sekejap je..setengah hari. Sampai jek terus menuju ke Dectar dengan harapan dapat jumpa dengan rakan sekerja yang lain sebab tak dapat nak hubungi mereka no kontek semua dah takde . Majlis Perasmian dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran. Seronok menonton persembahan pembukaan dan persembahan wakil IPTA dan IPTS. Semuanya kreatif dan idea yang dipersembahkan juga hebat. Selesai semua persembahan kami terus ke pameran para pelajar. Acara seterusnya minum pagi, berupa soto, roti jala dan bingka ubi. Kemudian acara bergambar dan mengambil gambar. Malangnya kameraku kehabisan bateri. Maka hanya inilah gambar yang sempat diambil.



Hari ke -3, tak dapat nak hadir sebab ada kelas sepanjang hari, tapi hari-4 berkesempatan pergi ke majlis penutup di UKM jugak. Kali ini pergi seisi keluarga. Ada juga kawan-kawan bekas UIA yang jadi pensyarah pengiring pelajar yang mewakili IPT masing-masing. Seronok melihat para pelajar membuat persembahan nyanyian dan bermain alatan muzik. Selama ni tengok mereka dalam kelas jek...





Hari ke -4, bertolak ke Taylor's Lakeside Campus untuk Architectural Symposium dengan Kak Wan dan Ayie. Sesat bagat sampai ke Puchong, terpaksa buat pusingan U kat sana. Akhirnya sampai ke sana. Si Chah dah dah sampai dulu, tapi dia keluar sekejap sebab ada temujanji dengan JPS. Selepas acara makan tengahari, kami dibawa bersiar 'TOUR de CAMPUS' oleh Mr.Soon Pensyarah Q.S di sana. Memang "World Class" kemudahan yang disediakan (Sila rujuk gambar).













Makanan di bawah nie pula dihidangkan oleh pelajar hospitality Kolej Taylor's. Kesian budak-budak tu kena hidang sambil diperhatikan oleh pensyarah masing. Nampak sangat mereka gabra sebab sudu, garfu dan pisau asyk terjatuh aje...Maka menjelinglah para pensyarah...





p/s: Macam buat "free marketing" untuk Taylor's lak nie

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...