29 Oktober 2010 merupakan hari ulang tahun kelahiran suamiku yang ke-30....So, welcome to the club...he..he.."Happy 30th Birthday Papa"
Malam sebelumnya, mencuba masak kek coklat kukus, resepi dari Tesco...Biasa dah buat kek coklat kukus, tapi sebelum nie guna mentega..kali nie cuba guna minyak masak pulak...Leceh sikit caranya, tapi saja mencari kelainan sempena "befdei" asben tercinta... Mengukus kek tue mengambil masa lebih kurang sejam, tapi disebabkan tertidur kerana nak menidurkan anak2, maka kek dikukus terlebih setengah jam..Nasib baik tak rentung, cuma membukit di tengah2...
Esoknya, selepas balik kerja, terus singgah ke opis lama sebab nak mengambil tempahan coklat daripada Din..Memang ada pesan coklat inti Almond dan bubble rice..Sambil2 tuesempat jugak bergosip dan jumpa bos2 lama...Bos kata, "Hai Ummi, u mahu kerja sini balik ka??"
Upacara memotong kek dilakukan selepas sahaja Airiel meniup ketiga-tiga lilin dengan sekali hembus sahaja. Tak sempat Papa nak tiup...
Selepas maghrib kami menuju ke the Curve... Abang sayang tak bagitahu pulak nak makan kat mana. Ingatkan nak makan kat Ikea atau Kenny Rogers...sekali tue terpandang The Chicken Rice Shop....Ada "Grilled Butter Chicken", menu masa terhad yang Abang sayang suka. Jadi, di situlah kami makan malam sampai perut kenyang. Mana yang tak habis tue kami tapau.
Birthday "boy"
Anak2 makan sampai licin..
Hari itu diakhiri dengan melawat para pelajar Abang membuat persiapan Mahabbah Day di studio masing2.
p/s: Tengahari sempat gie menonton RED bersama kak Aida dan Linda di TGV Kepong....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment