Hari nie 1 November, hari pertama Naurah ke sekolah...Dah pindah sekolah bawah dah..Sebelum nie sekolah atas dengan bayi dan kanak2 hingga 4 tahun. Naurah dihantar oleh Papa jek sebab Mama ada kelas pagi...Tapi dia memang dah biasa pun pergi dengan Papa. Oleh kerana belum dapat baju seragam lagi, pagi nie Naurah pakai baju sukan aje.
Masa menjemput Mama balik, Naurah sibuk tunjuk baju seragam sekolah dia...Kemeja kuning siap ada vest lagi..Seluar warna biru tua. Cikgu kata kena pakai tudung putih. Namapk gaya kena beli lagi la sebab yang ada tue sehelai je..Bertambah la rutin Mama setiap hari, gosok baju sekolah Naurah.
Sampai je rumah, Papa terus suruh cuba sebab nak pastikan saiz sepadan ke tidak. OK. Jadi, esok boleh pakai terus la. Yang jadi masalahnya, si Airiel pun sibuk2 nak baju sekolah jugak. Semangat si kakak dah menular ke adik.. Sampaikan masa makan malam pun Airiel masih lagi menggendong beg sekolah kecik dia..Dalam tue isi lampin dia jek..
Jadi gambar2 kat bawah nie gambar masa Naurah cuba saiz baju.
p/s: Tak sangka anak dah masuk sekolah secara rasmi....
Monday, November 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment