CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, April 2, 2012

After 22 years.....

Destinasi Site Visit untuk kelas Land Use and Natural Resources Management adalah di Cameron Highlands.... Sebenarnya dah lama giler tak pergi ke sini. Dah 22 tahun!!! Dulu pergi ikut rombongan Sek. Keb. Paloh Hinai, Pekan, Pahang. Masa tu ikutkan parents tak bagi pergi tapi sebab Kak Jua pun nak pergi jugak, maka dapatlah ikut dengan syarat, kalau ada family trip kena tinggal kat kampung...Ha..ha...tak pe tinggal kat kampung sebab boleh main parit dengan sepupu sepapat...

Berbalik cerita ke Cameron Highland, kami bertolak dari KL jam 7.30pg seba nak bekejar ke MARDI sebelum jam 12.30pm ikut appointment. Melalui exit Simpang Pulai, kami sampai di sana jam 12 tengahari, then terus ke Hotel. Dalam 12.30 semua dah ada di MARDI, dapat penerangan serba sedikit mengenai pertanian dan masalah2 yang dihadapi oleh penduduk setempat dan pelancong. Sebelum tu, Dr. Hamdan dah bagi sorang satu fail yang berkaitan dengan CH nie.

Gambar-gambar kat bawah  ni Papa yang ambil, sebab masa nie Mama ada kelas...

Kemudian kami sekelas ke Ladang Teh Sg. Palas. Naik kereta lecturer sebab family semua pakat balik hotel. Dah la sejuk, hujan pulak tu.
 Nie dalam perjalanan nak pergi makan. Seperti biasa Airiel dah tertidur...terpaksalah Mama dukung...

Malam tu, kami ke night market, beli strawberi dan beberapa cenderahati ynag lain. Sayur target nak beli masa balik. Makan malam ringan je, jagung bakar, tempura sayur.... rasa sihat je..hah...

Esoknya aktiviti bebas. Lepas bersarapan kami sekeluarga ke Ladang Teh Bharrat Cameron Valley.









Kemudian, MARDI sekali lagi.


Then ke The Smoke House untuk tengok English garden design.










Time to check out


Dalam perjalanan balik, kami sempat singgah ke Time Tunnel. Barang-barang pameran dalam tue giler old school... Memang mengimbau kenangan lalu...














Singgah R&R Ulu Bernam, terserempak pulak dengan Kayla & Caoi...

 p/s: Sambil menyelam minum air

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...