Hari Jummat yang lalu, 10.12.2010, kami pergi ke Melawati untuk mengambil Thesis abang sayang yang dijilid di sebuah kedai percetakan di sana. Sebenarnya, dah pergi pun semalamnya sebab mereka kata siap hari Khamis tengahari. Kami pergi selepas waktu bekerja dan sampai di sana jam 6 petang, tapi buku yang dijanjikan siap masih belum sampai di kedai. Setelah beberapa pangilan dibuat oleh staff yang bertugas, kami dimaklumkan bahawa buku yang ditunggu-tunggu hanya akan tiba di kedai tersebut selepas isyak iaitu lebih kurang jam 9 malam!!!. Kemudian, staf tersebut kata, kalau buku tu sampai awal, mereka akan telefon. Maka, dengan panas hatinya kami keluar dari situ. Niat nak ke pasar malam Melawati pun terbantut.
Keesokkan harinya, selepas semua urusan berkaitan pejabat selesai, kami pergi ke Melawati sekali lagi. Lebih kurang jam 10.51 pg kami tiba di kedai tersebut. Untuk mengambil buku, kami berurusan dengan staff di bahagian kaunter. Di sana, kami meminta bayaran dikurangkan sebab dapat lambat buku. Tapi staff tu kata kena tanya dengan
ketua dia , staf no 36 yang berada di bahagian atas kedai. Mula-mula dia kata boleh tolak RM5.00, tapi kami kata nak tolak RM20. Dia kata mereka yang tentukan harga, bukan pelanggan. Kami tak setuju dengan cadangan tu sebabnya, janji hari Khamis tengahari siap, tapi kami sampai petang pun masih tak wujud lagi buku tu kat kedai. Kemudian suruh pulak datang balik lepas Isyak. Kalau dapat awal mereka akan telefon, tapi mereka hanya telefon pagi jumaat, itupun dah pukul 9.36pg. Jadi, kami kata, kami nak berjumpa dengan staff tersebut. Tapi staff no.36 tu, ada di bahagian atas pulak. Tunggu punya tunggu,dia tak turun-turun. Ikutkan hati nak je kami naik ke atas. Tapi disebabkan kami sedar yang ada had-had tertentu di kawasan kerja orang, maka kami tunggu jugak. Bila ditanya bila staff no.36 nak turun, dia kata sibuk, ada kerja. Hello...!! Ingat dia sorang ke ada kerja. Kami ni banyak lagi kerja nak buat tau. Takde maknanya nak kena berulang datang sini sekali lagi semata-mata nak ambil buku tue!
tapi kena ambil jugak, penting beb! Thesis master tu . Muka staff kat kaunter bayaran tue dah bengang dah. Nasiblah... Yang lagi sakit hati, takde staff pun yang nak minta maaf atas kelambatan mereka. Semua staf kat situ cuma perhati aje babak yang berlaku. Nampak sangat semua nak curi-curi pandang dan dengar, termasuklah pelanggan yang lain. Ikut hati nak je buat kecoh..Dapat lah mereka tengok drama percuma. Hari Jumaat beb! penghulu segala hari. Kawalan diri perlu dijaga. Hee...hee..
Akhirnya setelah hampir 1/2 jam ada kat situ dengan hati yang membara, kami terus
letak duit kat kaunter tu bayar mengikut apa yang ditentukan tannpa mengambil resit. Masa tue dah pukul 11.27 pagi. Mana nak kejar ke UiTM lagi, lepas tue abang sayang nak kejar sembahyang Jumaat pulak. Kami keluar sambil berkata "Terima kasih atas PERKHIDMATAN anda". Paham-paham sendiri lah yer...
Inilah yang menjadi isu..
p/s: Lepas nie TAUBAT, tak akan jejak kaki lagi ke kedai tue.....
No comments:
Post a Comment