CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, May 12, 2010

Payment from the Dar East



Separuh hari semalam adalah hari yang membengangkan...

Tapi bila sampai ke rumah, dan memeriksa peti surat terdapat sesuatu yang telah menyejukkan hati ini.

Ada satu sampul surat putih tertera namaku di atasnya.........


Taaadaaa.....

Inilah yang aku dapat.






Tengok tarikh kat atas tue: My son's birthday...Kira rezeki anak2...



Walaupun tak sebanyak mana (Kak Aida punya sure lagi banyakkan???), tapi itulah berkat usaha bersama.. Alhamdulillah..... Terima kasih pada Mak, kak Jua, Pika, kak Kamaliah & kakak2 PAB yang lain, Kak Aina, Kak Bie, Madam Norm, Madihah, Amalina dan kawan2 yang lain sebab menjadi pelanggan tetap ku selama ini. Jasamu ku kenang. Lain kali order lah lagi. Banyak2 tau!



p/s: Meh la join Tupperware Brands. HIDUP TUPPERWARE!

Tuesday, May 11, 2010

Superfriends 2010


8 Mei 2020

Hari nie ada aktiviti students Twintech. Ada beberapa acara yang dah daftar nama seminggu sebelum tue. Aktiviti ni kira ala-ala family day gaks coz acara-acara yang diadakan adalah untuk mengeratkan silaturahim antara students, staff & lecturers. Antara acaranya seperti pertandingan karoke, sukaneka, Lawan PS2, gerai2 jualan kecil-kecilan (banyak gak RM meyang kat gerai2 kecik nie) dan lain-lain. Nampak macam happening tapi rasanya lecturer yang ramai datang macam dari FABE jek...
Acara bergambar menjadi aktiviti wajib. (Gambar-gambar lain boleh tengok kat FB)
Sampai kat Kolej dah pukul 11.00 pagi. Acara bermula jam 9.00 pagi. Maka terlepaslah acara yang dah daftar awal iaitu kupas kuaci. Tapi takpe ada cara lain lagi. Jeng jeng jeng..... Masuk acara tiup belon sampai pecah. peserta dari FABE, Kak Aida, Kak Ika, Me (off course) dan import students dari FEIT (tak tau pun nama dia sapa). Ingatkan dapat no. 3 tue dah ok dah. Rupanya ini acara liga. Yang best tue dapat masuk final tapi tak menang. Sebabnya kali ni, tak boleh pakai pin. Kena pecahkan cara manual. He..he..he...
Peserta pertama group kami, Kak Aida
Dah lama tak tiup belon, biasa pakai pam jek
Round pertama (boleh pakai pin lagik)
Kak Ika meniup lak
Peserta import dari FEIT

Tengahari lunch kat situ jek. Beli nasi lauk ikan goreng + sayur = RM4.00. Kira ok lah tue coz Naurah dah lapar. Airiel lak tak ingat nak makan, astik main aje. Bila nak menyusu, masuk lecture theater kononnya nak tengok orang lawan Takeen PS 2. Ha..ha..

Juara acara 'Grooming': FABE tau

Acara Band bermula jam 2 petang. Tapi tak dapat tunggu sampai habis coz Airiel nangis sebab berebut bola dengan anak staffs lain. Sian dia, kecik-kecik dah kena buli. Sambil dia nangis tue, dukung bawak masuk kereta. Naurah tak puas hati coz nak kena balik. Dalam kereta dia tanya "Nape Mama kalah, kan dah tak dapat hadiah". Takpe lah Nak oii, asalkan happy sudah ler.

Naurah nak bergambar jugak kat Opis Mama dia...

P/s: Kalau Naurah nak hadiah, next week Naurah mesti menang masa hari sukan tau!

Thursday, May 6, 2010

Airiel turns 2

4 Mei 2010, genaplah umur Airiel Nazrin 2 tahun. Sudah bertambah usia dan bertambah akalnya. Tapi mamanya masih trauma lagi dek tragedi masa pantang. Masih teringat-ingat waktu bersalin dan masa tumpah darah seterusnya kena buat D&C. Mama berniat, bila umur Airiel dah 2 thn nk putus susu, tapi sampai hari ni masih belum lagi berhenti. Takpelah, berdikit-dikit. Mulakan dengan adanya bekalan susu tepung di rumah (selama ni ada kat rumah baby sitter jek...)
Birthday Boy bersama hadiah daripada Cik Rahmah (Nanny)
Masa tiup lilin

Sambutan Hari Lahir Airiel macam mana lak kali nie?? Takdelah besar2an. Lagi pun Papa tiada kat rumah sebab Papa ada kelas. Makanya, keluar berempat dengan Aunty Ainur ke Ikea dan Tesco. Di Ikea kami dinner, di Tesco beli diapers Airiel untuk bekalan kat rumah Cik Rahmah. Sambil meyelam minum air..Yea tak??
Dinner kami malam tue, meatball 10 untuk Naurah, pasta with tomato sauce (sebenarnya ini untuk Naurah tapi dia nak meatball lak), chicken wing 2 untuk Birthday Boy + Chicken with herbs sauce untuk Aunty Ainur. Walaupun Papa tak ikut serta kali nie, acara makan berjalan dengan aman sebab kitaorang pilih tempat yang dekat dengan kawasan kanak2. Okey jugak. lepas nie boleh lah ajak Kak Jua & family and Kak Kur & familiy...he..he....
Naurah yang lebih2
Naurah dan meatballnya
Airiel dan chicken wings

Mama pun nak join gaks


Lepas keluar dari Tesco, acara mencari kek untuk Airiel pulak. masa keluar jam dah menunjukkan pukul 9.50 mlm. Sempat ke nak cari kedai kek yang masih beroperasi nih??? Cari punya cari dari Desa Kepong ke kilang Kings ke Desa Park City, akhirnya kami membeli kek perisa vanila di De Pastry, Bandar Manajalara. Dan itu adalah kedai yang ke 7 kami singgah. Mama siap tanya kat cashier tue ada free gift tak untuk Birthday Boy Mama nie? Guest what? Dapat sebiji patung comel Astro Boy. Patung mini tue Mama bubuh atas kek Airiel. Jenuh mencari kek, dapat dah pukul 10.30 mlm. Kalau ikutkan hati nak beralah dah tiup lilin belated, tapi si kakak yang beriya-iya nak makan kek jugak.

Inilah rupa kek yang dicari2 sampai masuk 7 buah kedai


Sampai kat rumah, Abang sayang dah balik. Siap2 kan semua pinggan dan pasang lilin. Maka, suruh Airiel tiup lilin tu. Pandai lak dia tiup. Alah, 2 batang jek, kacang je tue. Hadiah untuk Airiel belum beli lagi tapi dia dah dapat mainan daripada Cik Rahmah dan kedai kek..ok lah tue


p/s: Lain kali memang kena pesan awal2 kat K. Che Pah soh wat kek.....

Saturday, May 1, 2010

Bata Branded Ware House Sale


Aktiviti pagi dimulakan dengan memasak sarapan untuk seisi keluarga. Sarapan berupa pasta fettunice goreng + roti goreng salut telur + teh tarik....Yummy.... Kemudian sekeluarga bersiap untuk ke Menara Mustapha Kamal @ Damansara Perdana sebab nak pergi ke Bata Branded Warehouse Sale dengan niat nak membeli kasut. Boleh tahan murah lah jugak kasut2 kat sana..Memborong sakan. Antara sebab lagi nak belikan kasut sukan Naurah untuk dipakai masa Hari Sukan IIUM Educare pada 15 Mei nanti. Oleh kerana tak ada saiz untuk kasut yang dia minat, akhirnya kami belikan dia kasut sekolah 'B. first'. Seperti biasa, dia kata nanti kasut tue nak pakai pergi sekolah kerajaan...Ha..ha......
Teka apa ada dlm nie??


Ini lah yang kami dapat...he..he..
Untuk mama, daripada aim 2 pasang (dari rumah kata nak beli 2 pasang jek..) , sudahnya ambil sampai 4 pasang. Itupun, ada 2 pasang lagi target nak beli..Itupun kalau sempat pergi lagi..(takpe2 Sale sampai esok ). Sepasang Maire Claire (RM30), Sepasang lagi bata kaler merah menyala (RM 1).


RM15.00


RM5.00


RM 10.00
RM 20.00

Ainur sempat rembat 2 pasang untuk dia...Prima Viera RM5.00 (apsal lah aku tak nampak kasut tue dulu) and Bata biru RM 1..Airiel ngan Papa jek yang tak beli coz takde yang berkenan di hati. Lagipun susah gie jualan gudang bawak budak2 nie..

p/s: rasa macam nak pergi lagi jek jap lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...