CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, May 11, 2010

Superfriends 2010


8 Mei 2020

Hari nie ada aktiviti students Twintech. Ada beberapa acara yang dah daftar nama seminggu sebelum tue. Aktiviti ni kira ala-ala family day gaks coz acara-acara yang diadakan adalah untuk mengeratkan silaturahim antara students, staff & lecturers. Antara acaranya seperti pertandingan karoke, sukaneka, Lawan PS2, gerai2 jualan kecil-kecilan (banyak gak RM meyang kat gerai2 kecik nie) dan lain-lain. Nampak macam happening tapi rasanya lecturer yang ramai datang macam dari FABE jek...
Acara bergambar menjadi aktiviti wajib. (Gambar-gambar lain boleh tengok kat FB)
Sampai kat Kolej dah pukul 11.00 pagi. Acara bermula jam 9.00 pagi. Maka terlepaslah acara yang dah daftar awal iaitu kupas kuaci. Tapi takpe ada cara lain lagi. Jeng jeng jeng..... Masuk acara tiup belon sampai pecah. peserta dari FABE, Kak Aida, Kak Ika, Me (off course) dan import students dari FEIT (tak tau pun nama dia sapa). Ingatkan dapat no. 3 tue dah ok dah. Rupanya ini acara liga. Yang best tue dapat masuk final tapi tak menang. Sebabnya kali ni, tak boleh pakai pin. Kena pecahkan cara manual. He..he..he...
Peserta pertama group kami, Kak Aida
Dah lama tak tiup belon, biasa pakai pam jek
Round pertama (boleh pakai pin lagik)
Kak Ika meniup lak
Peserta import dari FEIT

Tengahari lunch kat situ jek. Beli nasi lauk ikan goreng + sayur = RM4.00. Kira ok lah tue coz Naurah dah lapar. Airiel lak tak ingat nak makan, astik main aje. Bila nak menyusu, masuk lecture theater kononnya nak tengok orang lawan Takeen PS 2. Ha..ha..

Juara acara 'Grooming': FABE tau

Acara Band bermula jam 2 petang. Tapi tak dapat tunggu sampai habis coz Airiel nangis sebab berebut bola dengan anak staffs lain. Sian dia, kecik-kecik dah kena buli. Sambil dia nangis tue, dukung bawak masuk kereta. Naurah tak puas hati coz nak kena balik. Dalam kereta dia tanya "Nape Mama kalah, kan dah tak dapat hadiah". Takpe lah Nak oii, asalkan happy sudah ler.

Naurah nak bergambar jugak kat Opis Mama dia...

P/s: Kalau Naurah nak hadiah, next week Naurah mesti menang masa hari sukan tau!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...