CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, November 1, 2010

1st Day Naurah ke Taska

Hari nie 1 November, hari pertama Naurah ke sekolah...Dah pindah sekolah bawah dah..Sebelum nie sekolah atas dengan bayi dan kanak2 hingga 4 tahun. Naurah dihantar oleh Papa jek sebab Mama ada kelas pagi...Tapi dia memang dah biasa pun pergi dengan Papa. Oleh kerana belum dapat baju seragam lagi, pagi nie Naurah pakai baju sukan aje.

Masa menjemput Mama balik, Naurah sibuk tunjuk baju seragam sekolah dia...Kemeja kuning siap ada vest lagi..Seluar warna biru tua. Cikgu kata kena pakai tudung putih. Namapk gaya kena beli lagi la sebab yang ada tue sehelai je..Bertambah la rutin Mama setiap hari, gosok baju sekolah Naurah.

Sampai je rumah, Papa terus suruh cuba sebab nak pastikan saiz sepadan ke tidak. OK. Jadi, esok boleh pakai terus la. Yang jadi masalahnya, si Airiel pun sibuk2 nak baju sekolah jugak. Semangat si kakak dah menular ke adik.. Sampaikan masa makan malam pun Airiel masih lagi menggendong beg sekolah kecik dia..Dalam tue isi lampin dia jek..

Jadi gambar2 kat bawah nie gambar masa Naurah cuba saiz baju.






p/s: Tak sangka anak dah masuk sekolah secara rasmi....

Saturday, October 30, 2010

Kek Kukus, Coklat & Grilled Butter Chicken

29 Oktober 2010 merupakan hari ulang tahun kelahiran suamiku yang ke-30....So, welcome to the club...he..he.."Happy 30th Birthday Papa"

Malam sebelumnya, mencuba masak kek coklat kukus, resepi dari Tesco...Biasa dah buat kek coklat kukus, tapi sebelum nie guna mentega..kali nie cuba guna minyak masak pulak...Leceh sikit caranya, tapi saja mencari kelainan sempena "befdei" asben tercinta... Mengukus kek tue mengambil masa lebih kurang sejam, tapi disebabkan tertidur kerana nak menidurkan anak2, maka kek dikukus terlebih setengah jam..Nasib baik tak rentung, cuma membukit di tengah2...

Esoknya, selepas balik kerja, terus singgah ke opis lama sebab nak mengambil tempahan coklat daripada Din..Memang ada pesan coklat inti Almond dan bubble rice..Sambil2 tuesempat jugak bergosip dan jumpa bos2 lama...Bos kata, "Hai Ummi, u mahu kerja sini balik ka??"



Upacara memotong kek dilakukan selepas sahaja Airiel meniup ketiga-tiga lilin dengan sekali hembus sahaja. Tak sempat Papa nak tiup...


Selepas maghrib kami menuju ke the Curve... Abang sayang tak bagitahu pulak nak makan kat mana. Ingatkan nak makan kat Ikea atau Kenny Rogers...sekali tue terpandang The Chicken Rice Shop....Ada "Grilled Butter Chicken", menu masa terhad yang Abang sayang suka. Jadi, di situlah kami makan malam sampai perut kenyang. Mana yang tak habis tue kami tapau.

Birthday "boy"


Anak2 makan sampai licin..

Hari itu diakhiri dengan melawat para pelajar Abang membuat persiapan Mahabbah Day di studio masing2.

p/s: Tengahari sempat gie menonton RED bersama kak Aida dan Linda di TGV Kepong....

Tuesday, October 26, 2010

Assalammualaikum......

Setelah sekian lama, blogspot diharamkan di office, akhirnya hari nie barulah dapat dibuka...Tertinggal banyak benda dan jugak banyak yang hendak diceritakan...N3 untuk hari raya pun tak dapat ditulis... Hari nie, mood menulis pun tak ada sebab banyak nota yang perlu disediakan demi pelajar2....

Sekadar untuk 'warm-up' dengan harapan tak di'blocked' lagi selepas nie.....Antaranya...

1. Hari Raya disambut sederhana sebab Naurah sakit gigi.. (Geraham kecil dicabut pada raya ke-5)
2. Airiel dah potong rambut pendek (sebab selama ni rambut kerinting dia menampakkan dia macam girl)
3. Port-luck Aidilfitri di opis dan sempena kak Ika nak berhijrah kerja di kolej lain.
4. Rewang di FABE, membuat bunga dip (bunga telur) untuk Majlis perkahwinan anak Dr. Husin yang bongsu.
5. Abang Syah (Husband makcik), keluar masuk hospital menjelang Ramadhan dan Syawal sebab Demam Denggi, Sakit Jantung dan Batu Karang. Maka, jagalah kesihatan anda dan keluarga tercinta.
6. Laptop rosak dan dihantar ke Low Yatt untuk 2 minggu.
7. Terlepas nak daftar secara online untuk sambung master. Tapi berusaha jugak secara manual sehinggalah dipanggil interview minggu lalu. Sekarang tengah tunggu keputusan jek. Minta-mintak dapat.

Hari nie jugak Abang sayang menduduki peperiksaan paper akhir...Lepas nie merdeka la dia...

p/s: tak seronok N3 tanpa gambar, tapi belum ada mood daa....

Monday, August 16, 2010

Pot Luck pra-Ramadhan

Hari Isnin 9 Ogos 2010, kami sekali lagi membuat majlis 'Pot Luck' di pejabat. Kali ini saya membawa masakan telur masalla. Majlis yang lepas dibuat sempena farewell untuk kak Wan, tapi masa tue saya berada di Chiang Rai. Majlis kali ni sempena kedatangan Ramadan.. cerita dah agak basi sebab dah seminggu berlalu..

Jadi, layan ajelah gambar2 makanan di dalam bulan puasa nie yea...



Telur masalla ala Ummi + Acar buah mak mertua kak Aida


Hari nie masuk hari ke -6 umat Islam di seluruh dunia memunaikan rukun islam yang ke-3. Hari yang pertama, keedua dan ketiga kami sekeluarga berbuka makanan yang di beli di PARAM (Pasar Ramadhan). Hari ke-empat kami berbuka masakan sendiri berupa Spagheti dan cucur udang, gambar tak dapat disnap sebab terus diserbu, almaklum siap masak jam 7.30 mlm dan pada hari ke - 5 kami buka dengan nasi lemak, rendang ayam dan murtabak maggi. Minggu nie, kakak dan adik2 berkumpul di kampung, tapi kami tak balik sebab nak balik waktu cuti Nuzul Quran nanti. Dapat berita dari Kampung Asben, Abg Syah pulak masuk hospital Jempol sebab dijangkiti demam denggi.

Sahur hari pertama kami.....Ayam goreng + sambal cili campur + sayur pok choi ngan Tauhu telur sos tiram + karipap pusing


Haaa...resepi kulit karipap pusing nie dapat dari blog K-la. Sebenarnya, selalu buat doh kulit untuk karipap pusing saya guna minyak sapi, tapi kali nie cuba guna resepi lain pulak.. Menjadi jek...


Sahur hari kedua.....Ikan sembilang goreng + sambal cili campur + sayur kobis


Hari ke-3: Sardin + Sayur campur + telur dadar


Hari Ahad jugak, rumah kami telah dibanci. Setelah sekian lama menunggu akhirnya datang jugak gadis pembanci. Mahu tak tunggu, sepuluh tahun sekali tue.

p/s: Banci yang dulu, kenal Asben pun idak lagi.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...