CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, February 14, 2011

Kenduri Rumah Kak Zam

Minggu lalu, kami mendapat panggilan daripada keluarga angkat di Kampung Bantal, mengatakan bahawa ayahanda Sulaiman telah pulang ke Rahmatullah pada 5hb Februari 2011. Mereka kata ada cuba menghubungi pada hari tersebut, tetapi talian tidak dapat dihubungi. Al-Fatihah buat Ayah Sulaiman. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Semalam, kami pergi ke Taman Puncak Jalil sempena kenduri naik rumah kak Zam + En. Zolpairi. Pada mulanya berpakat dengan Chah untuk bersaing. Tapi disebabkan mereka hendak menunggu En. Ayie dahulu, maka kami bertolak dulu memandangkan keadaan kereta yang tak boleh laju nie. Jalan perlahan-lahan dulu...Alamat pula, minta pada kak Aida sebelum bertolak tue. Jumaat aritu tak ambil sebab ingatnya nak ikut Chah je...

Setibanya kami sana, kelihatan kak Aida sekeluarga sedang menjamu selera. Kami meninjau kawasan rumah kak Zam terlebih dahulu sebelum menikmati makanan yang disediakan. Banyak makanan yang menjadi hidangan tetamu pada hari itu. Antaranya ialah nasi beriani, gulai kambing, ayam goreng yang sangat sedap , rendang daging, dalca, bubur pulut hitam dan beberapa kuih muih.

Sebelum kami pulang, kami sempat mengambil gambar di bahagian ruang makan dan salah satu sudut rumah kak Zam saja. Itupun sebab malu nak petik kamera berulangkali. Rumah ini serba hijau. Hijau pula warna kegemaranku walaupun ramai yang megatakan kesesuaian warnaku adalah warna merah jambu. Iye ke???


Persinggahan kami sebelum pulang ialah di UIA PJ. Kami ke sana untuk berjumpa dengan pelajar Abang sayang yang akan menghadapi 'Portfolio Day' pada hari ini. Tujuan lain adalah untuk membincangkan mengenai 'Farewell Party' yang akan diadakan esok.

Balik dari kerja hari ni, kami pergi ke Tesco untuk membeli barangan yang diperlukan dan makan di KKFC. Dah lama anak2 nak makan KFC nie.....Tapi sebenarnya kami tak suka pergi ke KFC kat Tesco Kepong nie, sebab layanan yang kurang memuaskan. Sebelum pulang, sempat menyinggah ke kedai buku Popular untuk membeli novel. Kononnya nak baca masa tunggu kereta siap diselenggara hari Rabu ni. Dapat rebet 25% lagi tue....

p/s: Persediaan untuk esok bermula selepas ini.

Thursday, February 10, 2011

Aktiviti Pra-Kerjan

Kelmarin kawan-kawan di pejabat bersepakat untuk mengadakan sedikit jamuan sempena majlis perpisahan salah seorang staff kami ialitu Aqilah, yang akan ke Australia untuk menemani suaminya menyambung pengajian di sana. Seperti biasa konsep yang kami amalkan ialah "Port Luck". Kali ini, sayur kacang + lobak goreng tumis menjadi pilihan untuk dijamu bersama. Oleh kerana kami harus menghadiri kelas dari pagi sehingga petang maka tak berapa 'feel' la majlis tu. Tapi seharusnya semua makanan yang dibawa harus dirasa. Semuanya sedap2. Nasib baiklah paginya kami sempat merasa sardin yang dimasak oleh Azam bersama roti canai segera yang dimasak oleh Achah. Sambil tu ambil juga nugget ayam yang digoreng oleh Linda. Buat alas perut sebelum kelas pagi bermula. He..he..he...




Semalam pula, oleh kerana tiada kelas, maka kami mengambil kesempatan untuk pergi ke Semua House untuk membeli bunga telur sempena Kenduri Kerjan yang akan diadakan pada 20hb ni. Selepas sahaja kami menghantar Naurah ke Tadika, kami terus menuju ke tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Memang dah lama kami tak pergi ke sana sampaikan dah tak ingat bila kali terakhir menjejakkan kaki ke Jalan Tuanku Abdul Rahman. Almaklum Cik Abang sayang jenis yang tak suka pergi ke tempat-tempat yang agak sesak.

Setibanya kami di sana, keadaan masih lengang lagi. Tempat letak kereta pun masih banyak lagi.kedai-kedai pun baru sahaja mula dibuka dan ada yang masih tertutup lagi. Mula-mula kami pergi ke Sin Yin yang terletak di tingkat bawah Semua House. Kemudian kami pergi ke tingkat U5 untuk meninjau harga bunga telur di Sayang You. Setelah itu, kami bergerak ke banguan lain untuk pergi ke Klim. Masih tidak berpuas hati kami pergi ke Bunga Reben. Sempatlah juga memilih beberapa biji butang untuk kerja kraftanganku. He..he.. Takpe ye Bang....

Akhirnya, kami berpatah semula ke Semua House, tapi kami memilih bunga telur yang ada di Yin Riben. Itu merupakan kedai yang kelima kami masuk. Sebelum menyatakan persetujaun mengenai rekabentuk yang diambil, perkara terpenting ialah memeriksa saiz kain net untuk mengisi telur. Bukan apa, takut nanti telur terkeluar kalau kain net tu kecil sangat.


Setelah selesai urusan membeli bunga telur dan pengikatnya, kami pergi ke Butik Hajra untuk membeli tudung yang berkenan di hati. Tadi masa lalu, jeling-jeling je sebab sibuk nak beli bunga telur. Tambahan pula kami mengejar masa dek Abang sayang ada mesyuarat jam 2 ptg nanti. Jadi, memilih dengan keadaan yang cepat, warna merah jambu dan coklat tua menjadi pilihan. Alang-alang dah sampai ke Jalan TAR, beli 2 pun takpe. Kalau keadaan kewangan mengizinkan rasanya banyak gak nak borong. Tahan nafsu je ler...

Jeng..jeng..jeng..... Bertambahlah koleksi tudung 'awning'ku...he..he..

Belum pun pukul 1 tengahari, kami dah selamat tiba di pejabat. Achah kata "key finder" yang kami tempah hari tue dah dapat. Seronok alang kepalang. Tapi tak boleh rasmikan pun sebab terlupa bawa kunci rumah.

Habis waktu kerja, kami pergi ke Pasar Malam Kg. Sungai Penchala untuk membeli makanan dan sayur segar. Lagipun, ada kerja yang perlu diuruskan malam ni, jadi tak payah masak untuk makan malam. Oleh kerana Mama dah beli tudung baru, maka Naurah menggunakan alasan tersebut untuk membeli tudung baru. Kali ni, kami memilih tudung Syria untuknya.


p/s: N3 nie sebenarnya ditulis semalam tapi lupa nak 'publish' dok duduk kat 'draft' je rupanya

Monday, February 7, 2011

Our 6th Anniversary

4hb Februari yang lalu merupakan hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke 6. Syukur ke hadrat Ilahi atas rahmat-Nya sepanjang kami melalui usia jodoh kami yang menjangkaui 6 tahun ini. Tambahan pula, bulan lepas kami mengalami kemalangan yang mengakibatkan kereta kami tersadai di bengkel sehingga kini.

Oleh kerana pagi tersebut kami ada aktiviti rewang di rumah sepupu Abang sayang yang mengadakan kenduri kahwin pada esoknya, maka acara memotong kek berlangsung pada waktu tengahari memandangkan pada petangnya kami akan meneruskan aktiviti rewang dan malamnya kami akan menghadiri majlis tahlil.


Keesokkan harinya, pagi-pagi lagi kami telah pergi ke rumah kak Ani sempena majlis menyambut menantu. Sambil menolong apa yang patut, sempat juga kami bersanding untuk kali ke-2 cuma kali nie ditemani oleh anak-anak tanpa memakai persalinan pengantin. He..he...Nak juga tu mencelah. Itupun puas memujuk cik Abang dan memastikan tiada ramai orang di kawasan pelamin.



p/s: I Love You

Thursday, February 3, 2011

Cuti CNY 2011

1 Februari 2011

hari ni merupakan hari cuti umum bagi Wilayah Persekutuan. Oleh kerana tempat kerja terletak di Kuala Lumpur Selangor, maka secara rasminya kami kenalah pergi ke pejabat. Jalan raya lengang sebab KL cuti dan ramai yang memilih untuk bercuti awal sempena kedatangan Hari Raya Cina. Oleh kerana kami membatalkan kelas kerana ada perubahan pada minggu pembelajaran, maka hari ini kami berkesempatan membeli beberapa barang keperluan untuk mengubahsuai kawasan kerja kami. Idea ni dah lama, tapi seperti biasa kami kena menunggu kewangan stabil di awal bulan untuk membeli keperluan tersebut.

2 Februari 2011

Pagi-pagi lagi kami dah bangun untuk bersiap pulang ke kampung. Sebelum tu, sempat lagi mendapat panggilan daripada mak di Muar yang hendak memastikan bahawa kami memang akan pulang ke Bahau setelah beberapa faktor diambil kira. Sebenarnya, ikutkan perancangan awal, kami akan bergilir balik ke Muar dahulu barulah ke Bahau. Oleh kerana keadaan jalan yang tidak mengizinkan, maka pada cuti kali ini kami akan menghabiskan cuti di Bahau sahaja. Lagipun, 2 minggu yang lalu kami lama tinggal di Muar dek kemalangan yang menimpa kami sekeluarga. Tambahan pula kenduri kendara memang banyak di Bahau ni. Sebelum kami pulang ke Bahau, kami sempat singgah ke Plaza Low Yatt untuk membeli komputer riba Abang sayang yang baru sempena kejayaannya menghabiskan progam Sarjana dalam masa yang ditetapkan. pemilihan untuk membeli komputer riba tersebut tidak mengamil masa yang panjang, sebab kami sudah beberapa kali pergi ke Digital Mall di Seksyen 14 PJ. Abang sayang pula sudah pergi meronda di 'IT Fair' Mid Valley dan semalam kami ada membuat sedikit tinjauan ke Plaza Low Yatt.

Selesai urusan di pusat IT tersebut, kami meneruskan perjalanan ke Bahau. Ketika kami sampai di pekan Senawang, kereta kami tiba-tia berhenti dengan sendirinya. Kami merasa cemas seketika. Rupa-rupanya, skru yang memegang bateri kami longgar.Setelah mengetatkan skru tersebut di Pusat Servis di Stesen Petronas, kami meneruskan perjalanan ke kampung halaman dan tiba dengan aman.

3 Februari 2011

Buat julung kalinya, kami menyaksikan pernikahan antara 2 orang warga tua yang bertempat di Surau Kolej Islam Al-Majidiah berdekatan dengan Pondok Warga Emas Al Majidiah. Majlis pernikahn dijalankan selepas waktu Asar. Pengantin lelaki berusia 70-an manakala pengantin perempuan berusia 61 tahun. Selama nie dengar perkahwinan warga emas di media cetak sahaja, tapi kali ni berlangsung di depan mata. Agak lucu bila mengenangkan pengatin lelaki yang terpaksa mengukang akad beberapa kali. Berdebar agaknya. Maklumlah, majlis kali nie disaksikan oleh semua anak menantu dan cucu. Selesai upacar membatalkan air sembahyang dan bergambar, para tetamu dijemput untuk menjamu di bahagian bawah surau. Buat Haji Alias dan Puan Maimunah, kami ucapkan Selamat Pengantin Baru, Semoga berbahagian sehingga ke akhir hayat. Maklumlah, dengarnya banyak cabaran terpaksa dihadapi oleh pasangan ini sebelum melangsungkan perkahwinan ini. Antaranya ialah banjir besar yang berlaku ketika ini. Untuk makluman pengantin lelaki tinggal di Gemas, baju yang ditempah untuk pengantin perempuan juga tertinggal di Gemas angkara banjir dan gigi palsu pengantin perempuan jugak tidak dapat disiapkan sebelum hari nie. 8 hb baru siap katanya.

p/s: Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...