Semalam pula, oleh kerana tiada kelas, maka kami mengambil kesempatan untuk pergi ke Semua House untuk membeli bunga telur sempena Kenduri Kerjan yang akan diadakan pada 20hb ni. Selepas sahaja kami menghantar Naurah ke Tadika, kami terus menuju ke tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Memang dah lama kami tak pergi ke sana sampaikan dah tak ingat bila kali terakhir menjejakkan kaki ke Jalan Tuanku Abdul Rahman. Almaklum Cik Abang sayang jenis yang tak suka pergi ke tempat-tempat yang agak sesak.
Setibanya kami di sana, keadaan masih lengang lagi. Tempat letak kereta pun masih banyak lagi.kedai-kedai pun baru sahaja mula dibuka dan ada yang masih tertutup lagi. Mula-mula kami pergi ke Sin Yin yang terletak di tingkat bawah Semua House. Kemudian kami pergi ke tingkat U5 untuk meninjau harga bunga telur di Sayang You. Setelah itu, kami bergerak ke banguan lain untuk pergi ke Klim. Masih tidak berpuas hati kami pergi ke Bunga Reben. Sempatlah juga memilih beberapa biji butang untuk kerja kraftanganku. He..he.. Takpe ye Bang....
Akhirnya, kami berpatah semula ke Semua House, tapi kami memilih bunga telur yang ada di Yin Riben. Itu merupakan kedai yang kelima kami masuk. Sebelum menyatakan persetujaun mengenai rekabentuk yang diambil, perkara terpenting ialah memeriksa saiz kain net untuk mengisi telur. Bukan apa, takut nanti telur terkeluar kalau kain net tu kecil sangat.
Setelah selesai urusan membeli bunga telur dan pengikatnya, kami pergi ke Butik Hajra untuk membeli tudung yang berkenan di hati. Tadi masa lalu, jeling-jeling je sebab sibuk nak beli bunga telur. Tambahan pula kami mengejar masa dek Abang sayang ada mesyuarat jam 2 ptg nanti. Jadi, memilih dengan keadaan yang cepat, warna merah jambu dan coklat tua menjadi pilihan. Alang-alang dah sampai ke Jalan TAR, beli 2 pun takpe. Kalau keadaan kewangan mengizinkan rasanya banyak gak nak borong. Tahan nafsu je ler...
Jeng..jeng..jeng..... Bertambahlah koleksi tudung 'awning'ku...he..he..
Belum pun pukul 1 tengahari, kami dah selamat tiba di pejabat. Achah kata "key finder" yang kami tempah hari tue dah dapat. Seronok alang kepalang. Tapi tak boleh rasmikan pun sebab terlupa bawa kunci rumah.
Habis waktu kerja, kami pergi ke Pasar Malam Kg. Sungai Penchala untuk membeli makanan dan sayur segar. Lagipun, ada kerja yang perlu diuruskan malam ni, jadi tak payah masak untuk makan malam. Oleh kerana Mama dah beli tudung baru, maka Naurah menggunakan alasan tersebut untuk membeli tudung baru. Kali ni, kami memilih tudung Syria untuknya.
p/s: N3 nie sebenarnya ditulis semalam tapi lupa nak 'publish' dok duduk kat 'draft' je rupanya
No comments:
Post a Comment