CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, September 8, 2011

Sambutan Hari Raya, Kueh dan dot dot dot

Salam Lebaran.....Salam Aidilfitri.....
Hari nie merupakan Syawal yang ke 10......maknanya dah sepuluh hari kita beraya....Maka di kesempatan ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432 H serta Maaf Zahir dan Batin.

Hari ini juga diadakan sambutan Hari Raya di taska Naurah....Di pagi hari dia dah melaram dengan baju rayanya...oleh kerana tudung raya tertinggal di kampung Bahau, dia kenalah pakai tudung lama....yang penting cantik....hu..hu...

Apa kena mengena tajuk dengan N3 kali nie yer??? Sebabnya, juadah untuk taska Naurah yang disediakn oleh mamanya ialah 'Apam Polkadot'. Pertama kali makan kueh nie, masa hari raya tempohari. Maka semangat berkobar2 lah untuk mencuba resepi hasil pencarian di internet.

Maka, ini lah jadinya.....

Sangat berwarna-warni kannn......

Versi 'close-up' (Sila abaikan yang comot-comot tue yer..)

Fasa mengukus

Selain kuih nie, mama juga membekalkan kuih raya yang dibuat bersama-sama Naurah masa bulan puasa yang lalu....OK...

SELAMAT HARI RAYA.....

p/s: Sangat seronok membuat kueh ini.....

Sunday, August 21, 2011

Kuih Rayer....!!!

Tahun nie tak berapa berkesempatan nak buat kuih raya banyak2....Kemungkinan nak buat sebahagian di kampung ada juga. Kali nie tak sempat nak buat popiah mini or popiah simpul. Takde kuih gunting mahupun kerepek bawang.... Yang dapat dibuat cumalah cornflakes salut coklat, bubble rice bersalut coklat perisa blueberry (tahun lepas perisa stawberi) dan kacang goreng salut tepung. Lagipun dah tempah 3 balang kuih kat Kak Aida dan juga nak beli lagi kat Bukit Rahman Putra minggu nie....


Aktiviti pembuatan kuih raya bermula pada pagi Sabtu dengan kerjasama Chef Naurah dibantu oleh Assistant Chef Airiel.


Mula-mula....
'Double boil' coklat masakanSetelah coklat cair, masukkan pula
Cornflakes, gaul sebati

sehingga jadi begini rupanya.

Kemudian, masukkan ke dalam cawan kertas yang telah diasing2kan tadi...
Taburkan gula manik

Inilah rupanya bila siap (sila abaikan kadar taburan di atas cornflakes ok...)



Masukkan ke dalam peti sejuk lebih kurang 3 - 5 minit



Dah boleh makan
Untuk "Bubble rice bersalut coklat berperisa Blueberry" ulangi langkah yang sama seperti cornflakes bersalut coklat.



Bahan utama je yang berbeza



Tadaaa...dah siap pun..

Kacang tanah salut tepung... rasa macam kurang masin, tapi ok je...buat dalam sekilo je..kacang tanah dah naik harga weh...


p/s: Lagi seminggu nak raya, tapi kuantiti dalam bekas semakin berkurangan

Adik beradik berbuka....

Semalam, kami adik-beradik yang duduk di KL nie berpakat nak berbuka di Manjalara. Jadinya seawal jam 1 tengahari, sudah bertungkus lumus berada di dapur untuk menyediakan jaudah berbuka nanti. Menu utama kami berupa Laksa Johor. Tetapi banyak lagi menu sampingan yang disediakan oleh ku....



Kak Jua sekeluraga tiba jam 4 ptg dengan membawa 2 kotak santan seperti yang dipesan. Ada airkrim mini, nugget dan juga jajan. Amin pula tiba selepas selesai urusan di pejabat.


Tiba waktu berbuka......penuh satu meja.....kanak-kanak makan di bawah...

Kuih yang Amin kirim dengan kawan dia: Donut dan Karipap


Popiah goreng dan Nugget


Menu utama kami: Kuah Laksa Johor...





Yang nie versi untuk kanak-kanak




Kawan karib Laksa Johor: Bawang besar, timun, bunga kantan, limau kasturi dan taugeh




Murtabak maggi sekali lagi



Puding Koktail





Tiga jenis air: Laici, Tembikai dan Oren (ada air tebu dlm peti lupa nak keluarkan)


Tak lupa, kek coklat kukus untuk 'birthday Amin' tempohari.


Tahun depan giliran rumah kak Jua pula....


p/s: Habis semua makanan...Alhamdulillah.....

Flaming Steamboat Buffet @ 9.00pm

Kenapa tajuk di atas tue begitu ye?? Sebabnya, kami sebahagianpejabat nak berbuka puasa di Flaming Stemboat Buffet kat Bandar Sunway, tapi disebabkan lewat membuat tempahan, maka kami tepaksa mengambil tempat kedua iaitu jam 9.00 malam...sebelum tue, kami beramai-ramai berbuka di rumah ku dahulu..... tapi tiada gambar di N3 nie sebab aritu ambil gambar guna kamera Linda Rosly.


Setengah daripada rakan pejabat pernah ke sana, tapi ada sebilangan yang pertama kali menjejakkan kaki di sana termasuklah kami sekeluarga. Tiada gamabr pada permulaan makan dek tuntutan perut yang minta diisi.


Hanya gambar di penghujung waktu di sana saje ye....

Habis licin....Naurah kata best makan kat sini....


p/s: kami balik awal sebab anak2 pakat mengantuk...masuk kereta terus tidur
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...