Semalam, kami adik-beradik yang duduk di KL nie berpakat nak berbuka di Manjalara. Jadinya seawal jam 1 tengahari, sudah bertungkus lumus berada di dapur untuk menyediakan jaudah berbuka nanti. Menu utama kami berupa Laksa Johor. Tetapi banyak lagi menu sampingan yang disediakan oleh ku....
Kak Jua sekeluraga tiba jam 4 ptg dengan membawa 2 kotak santan seperti yang dipesan. Ada airkrim mini, nugget dan juga jajan. Amin pula tiba selepas selesai urusan di pejabat.
Tiba waktu berbuka......penuh satu meja.....kanak-kanak makan di bawah...
Kuih yang Amin kirim dengan kawan dia: Donut dan Karipap
Popiah goreng dan Nugget
Menu utama kami: Kuah Laksa Johor...
Yang nie versi untuk kanak-kanak
Kawan karib Laksa Johor: Bawang besar, timun, bunga kantan, limau kasturi dan taugeh
Murtabak maggi sekali lagi
Puding Koktail
Tiga jenis air: Laici, Tembikai dan Oren (ada air tebu dlm peti lupa nak keluarkan)
Tak lupa, kek coklat kukus untuk 'birthday Amin' tempohari.
Tahun depan giliran rumah kak Jua pula....
p/s: Habis semua makanan...Alhamdulillah.....
No comments:
Post a Comment