03.06.2010
Hari nie kami sekeluarga beserta Amin & Eli akan ke Kampung Bantal, Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang. Perjalanan dimulakan jam 9.00 pagi bertolak dari rumah. Kami singgah bersarapan nasi lemak dan teh tarik di R&R Genting Sempah. Sampai di
Taman Negara Kuala Tahan pukul 12 lebih, masing-masing mencari 'kamar kecil'. Adik angkat, Rustam telah pun menunggu kami di jeti. Kemudian terus masuk ke dalam bot dan memulakan perjalanan jam 1.45 tengahari. Kami mengalas perut dengan roti sardin dan sausage goreng
dibeli sebelum menaiki bot sambil menikmati pemandangan indah di sepanjang sungai. Selepas sejam perjalanan, bot yang kami naiki tiba-tiba tersangkut pada pasir. Maka bermulalah aktiviti menolak bot setiap kali ianya tersekat. Adalah dalam 5 kali tersekat. Tapi mama tak yah turun menolak bot sebab kena jaga anak-anak takut diaorang pun nak ikut tolak sekali.
Kami sampai jam 6.15 petang. Disambut dengan ramahnya oleh mak dan ayah angkat. Sampai sahaja di seberang, kami terus membersihkan diri, almaklum sepanjang perjalanan basah, lebih-lebih lagi bila bertemu jeram. Habis semua air masuk ke dalam bot.
Makan malam kami sangat menarik. Ayah
angkatsudah menyediakan daging kancil untuk santapan istimewa kami sekeluarga. Tapi agak terbantut jugak selera sebab Airiel tiba-tiba demam panas pulak.
04.06.2010
Paginya, bangun dengan suasana sunyi sebab mak dan ayah dah pergi ke seberang untuk berniaga satay di Pasar Tani. di sini setiap hari Jumaat memang ada pasar tani. Tapi terdapat perbezaan berbanding 11 tahun lepas. Dulu mereka berniaga di tebing sungai dan ada juga yang berniaga dari dalam perahu. Tapi sekarang mereka berniaga di tempat yang telah dikhususkan macam kat pasar-pasar basah. Tak berapa asli lah pulak.
Oleh kerana mak berniaga satay, maka sarapan kami pagi tue adalah satay ayam. Mama makan 20 cucuk satay. Harga jauh lebih murah berbanding KL. 30 sen secucuk! Kemudian, kami pergi ke Klinik sebab Airiel demam. Mak
angkat dah bising dah suruh bawak gie Klinik. Balik dari klinik, kami bersiar-siar keliling kampung, ke Istana Sri Tembeling (istana Hinggap Sultan Pahang), ke Masjid dan kedai-kedai di sekitar. Menariknya, kedai-kedai ynag terdpat di sini semuanya berdekatan antara satu sama lain. Kami pulang ke rumah mak angkat setelah Airiel mengamuk sebab mengantuk nak tidur.
Selepas solat Jumaat, sekali lagi kami dihidangkan dengan makanan yang sungguh lazat. Ikan sungai
dah lupa apa namanya, udang gulai tempoyak, cendawan tahun dan lebihan makanan malam tadi; ayam kampung masak lemak cili api + kancil goreng kicap.
Tidak lama kemudian, Amin dan Eli pergi menyertai Rustam dan sepupu-sepupunya keluar mencari siput sungai. Diorang pergi menaiki 4 wheel drive milik Aki (Ayah mak). Mereka pulang waktu maghrib sambil membawa hasil; siput sungai dan paku pakis.
Dalam pukul 5 lebih kawan-kawan Abang sayang datang menziarahi rumah kami. Selepas anak-anak bangun tidur, kami anak beranak pun tak melepaskan peluang membuat aktiviti bersama iaitu mandi sungai. Walaupun airnya cetek dek musim kemarau, tapi arusnya tetap deras. Kawan-kawan master Abang, sibuk main galah panjang. Tak kurang ada yang menebeng aje di tepi sungai. Agak payah nak suruh anak-anak berhenti mandi sungai sebab mereka memang pantang jumpa air.
Makan malam kami berupa ikan patin masak tempoyak, sambal tempoyak, siput sedut cili api, pakis goreng dan telur dadar. Keluarga Mak Uda datang sekali termasuk pasangan pengantin baru
seminggu . Meriah makan malam tue sebab ramai yang datang. Masa mereka balik tak berkesempatan salam dengan diorang sebab Airiel merengek nak susu.
05.06.2010
Jam 7 pagi kami dah bersiap untuk pulang ke KL. Sebelum tu sempat bersarapan di rumah. Kuih donat, kuih ketayap, keropok ikan dan air milo. Semua tu mak yang buat sendiri..he..he...he...
tak tolong pun. Kemudian kami ke sebarang untuk menjemput Fuad dan Mat yang turut menaiki bot kami. Perjalanan pulang tak mengambil masa yang lama. kami tiba di Jeti Kuala Tahan jam 12.30 tengahari. Tanpa sempat membeli apa-apa cenderahati, kami terus masuk ke dalam kereta. Amin yang memandu kali ni, sebab Abang sayang dah mabuk sungai. Singgah makan tengahari di Bandar Jerantut. Sampai di rumah jam 5 petang.
p/s: Letih memang letih tapi seronok....